Tuesday, February 01, 2011

Lelaki Patut Bersyukur

Wahai lelaki.. Bacalah ini. Supaya Kamu Tahu apa yang kamu patut bersyukur pada Allah di atas kurniaan seorang Mujahidah Solehah untukmu..
Wahai wanita.. Bacalah ini. Supaya Kamu Tahu Muslimah bagaimanakah yang tinggi darjatnya di sisi Allah swt.
Kelak; aku, engkau serta zuriat-zuriat soleh yang akan menuju ke JannahNya.. Destinasi kita sama, hanya satu, hanya itu.. berusahalah.
Kita tak sempurna, tiada yang sempurna. Ye, semua orang tahu itu. Sama-sama kita cuba menuju ke arah kesempurnaan.
Lelaki, terimalah seseorang wanita itu seadanya. Jangan mengharapkan kesempurnaan, kekayaan, kebijaksanaan, kelebihan serta kehebatan dari wanita tersebut. Cerminlah diri, berpijak pada dunia yang nyata. Apakah kita sudah cukup semua itu untuk memiliki wanita sempurna seperti itu ?
Tetapi lelaki; jika kamu memperolehi ciri-ciri seperti berikut, bersyukurlah. Walaupun diri kamu tak seperti itu, walaupun kamu tak ada seperti yang si wanita itu ada, tapi sebenarnya; itu hadiah terindah dari Allah untukmu.
Bersyukur apabila wanita itu beragama Islam. Bukan sahaja Islam pada nama, bukan sahaja Islam kerana keturunan, malah, yang mengamalkan ajaran Islam sebaiknya.
Bersyukur apabila wanita itu menjaga solat lima waktu dengan baik tanpa meninggalkan satu pun tiang agama tersebut serta menjaga solat di awal waktu. Bertambah kesyukuran bila wanita itu mencantikkan ibadatnya dengan solat-solat sunat seperti Solat sunat Dhuha, Solat sunat Hajat, Solat sunat taubat, Solat sunat Tahajud, solat sunat rawatib. Bertuahnya si lelaki bila mendapat wanita seperti ini.
Bersyukur apabila wanita itu boleh membaca Al-quran, mempunyai ilmu tajwid, dapat mengalunkan alunan Al-quran dengan merdu dan baik, faham isi kandungan Al-quran, tahu terjemahan serta tafsir Al-quran tersebut dan sentiasa membaca Al-quran setiap hari. Ramai yang pandang remeh dalam hal ni, ramai yang tinggalkan Al-quran.
Bersyukur apabila wanita itu menutup aurat, menutup kepala, menutup kulit dari terdedah pada mereka yang bukan muhrim sekalipun; sepupu, abang ipar, bapa saudara, adik beradik angkat, jiran, tetamu. Ada wanita yang menutup aurat hanya di luar rumah, tapi memandang remeh tentang aurat dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.
Bersyukur apabila wanita itu seorang wanita yang masih suci, masih perawan, masih dara. Ye, ramai wanita zaman ini yang belum berkahwin, tapi mahkota kebanggaannya sudah hilang di ragut oleh lelaki durjana. Lagi malang bila mereka saja suka-suka merelakan menyerahkan dirinya pada lelaki yang bukan suaminya.

Bersyukur apabila wanita itu seorang wanita yang berilmu, yang mempunyai ilmu. Benar ilmu bukan hanya pada segulung diploma, ijazah, masters mahupun PHD, tapi segulung diploma, ijazah, masters mahupun PHD itulah sebagai bukti seorang yang berilmu. Bukan setakat itu, tapi teramat bersyukur bila wanita itu juga tinggi ilmu agamanya serta mengamalkannya dengan sempurna. Bertuahnya seorang lelaki bila dapat wanita yang bijak, pandai, cerdik & ilmu agama yang mantap. Lengkap untuk kehidupan dunia akhirat. Ilmu ni bukan untuk kerja je, tapi juga untuk mendidik anak-anak & menguruskan rumahtangga kelak.
Bersyukur apabila wanita itu seorang yang berjimat cermat, bijak menguruskan wang, bersederhana, tidak meminta berlebih-lebihan dari seorang lelaki & faham akan kemampuanmu. Dalam kata lain, tidak materialistik. Bertuahnya seorang lelaki bila mendapat wanita macam ni kerana kelak; dia tidak akan membebankanmu, tidak menyusahkanmu kerana dia tahu menguruskan perbelanjaan untuk dirinya & juga keluarga walaupun hanya sebanyak itu wang yang ada untuk keluarga. Akan tetapi, ada wanita yang mementingkan diri menghabiskan duit untuk membeli barang kemas & pakaian untuk dirinya saja. Elakkanlah dari wanita sebegini.
Bersyukurlah apabila wanita itu tidak kedekut dan suka bersedekah. Makin banyak duit yang dia ada, makin ringan tangannya memberi kepada orang lain. Sekalipun sikit harta yang dia miliki, bila memandang orang yang lebih memerlukan, dia rela menghulurkan setakat yang termampu walaupun sedikit. Kerana baginya, apa yang dia ada adalah milik Allah, kurniaan Allah, maka seharusnya dia berkongsi kepada orang lain juga.
Bersyukur apabila  wanita itu pandai memasak. Pada zaman moden ini, ramai wanita yang bekerjaya yang tak berminat nak masuk dapur & memasak. Tapi wanita, memasak itu salah satu asset berharga untuk kita mengikat kasih sayang seorang lelaki bergelar suami.
Biasalah insan yang bergelar hamba Allah, tak lari dari kesilapan. Jika kat situ dia lebih, mungkin kat satu bahagian lagi dia kurang. Walau apa pun, saling melengkapi di antara satu sama lain. terima seadanya.
Apa yang saya cakap kat sini, benda yang paling penting, yang basic yang perlu seorang wanita tu ada. Fikir-fikirkanlah. Dan lelaki, sekali lagi; bersyukurlah. Bila dah dapat yang macam ni, jagalah wanita itu sebaik mungkin, suntinglah wanita itu dengan cara yang sebetulnya, hargailah wanita itu serta berusaha mencapai akhlak setanding wanita ini.
Wahai wanita sekalian, kita di tahap mana sekarang ini ? Apakah kita sudah sama seperti di atas ? atau apakah kita masih jauh lagi ? Kita tahu apa yang kita perlu buat kan ?
Ada sesiapa nak tambah ?
http://gadiskalispeluru.blogspot.com/
Credit to:evisoraya.com

No comments:

Post a Comment

Komen apa yang patut