Saturday, October 09, 2010
Resepi Spaghetti Bolognese
Bahan Untuk Kuahnya.
2 sudu besar minyak kelapa sawit / zaitun.
2 ulas bawang besar kuning /bombay. (dicincang)
1 labu bawang putih.(dicincang)
1/2 sudu kecil Italain herbs*.
1 senduk cili kisar500 gram / lebih daging kisar.
450-500g /1 Tin tomato puree.
Air secukupnya..
4 biji tomato ranum merah.(dipotong kuib)
2 pelepah Daun celeri (dipotong kuib)
Keju Cheddar/ Mozarella. (di parut atau dicincang)
Button Mushroom. (dipotong dadu)
Beberapa biji cili padi
Lada Hitam Kisar
Cara:
1) Rebus Spaghetti dengan air + sedikit garam.
2) Baca dengan teliti peraturan merebus spaghetti.
3) Kacau sekali-sekala.
4) Masa merebus 8- 10.(lihat masa pada bungkusan spaghetti.)
5) Apabila sudah lembut tapi masih kenyal, toskan.
Tips:Ada 2 cara supaya spaghetti tak melekat-lekat.
1) Selepas tos, tuang sedikit minyak dan gaul dengan spaghetti. atau
2)Toskan dibawah air yang mengalir sehinga tidak melekat.
Kuah:
-Panaskan minyak dalam periuk.
-Tumis bawang kuning hingga lembut dan naik bau.
-Jangan sampai perang. Masukkan Italian herbs.
-Tumis hingga naik bau. Masukkan daging cincang. -
-Masak hingga separuh masak.
-Masukkan cili kisar.
-Tambah tomato puree. Didihkan. Tambah air.
-Kacau hingga sebati. Biar mendidih. Campurkan buah tomato. Kacau.
-Masukkan Mushroom
-Kemudian campur daun celeri dan optional cilipadi dan serbuk lada hitam bagi yang suka pedas.
-Hidangan Masuk Spaghetti dalam pinggan.
-Sendukkan kuah tomato tadi panas-panas.
-Tabur keju di atasnya. Hias dengan daun parsley kalau mahu.
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut