Friday, October 08, 2010

aDRiaNa : Aku Dan Dunia Ku

Hujan di luar renyai2..di kala hampir subuh ini..Terasa jemari menari di keyboard ini ingin melakarkan kata dan rasa..Sahur ini,sahur terakhir ku untuk syawal kali ini.Moga akan ketemu lagi syawal akan datang..
Minggu ini dirasakan seperti minggu yg mna perjalanan hidup ku lambat ,slow melow..Lemah..
Dan dirasakan bahawa aku lebih bersabar dalam hari2 yang lalui..Dan lebih banyak berdiam.Terasa lemah untuk melakukan apa saja...Tiada kekuatan..Sama ada di alam siber atau di real life..Cuma semalam je marah dan bengang dek kerana arahan dan keputusan yang telah dikeluarkan belum diambil tindakkan dan perubahan oleh mereka yang terbabit..Why? Aku sendiri sukar mencari jawapannya.Mungkin sebab aku puasa?...hurm...
Detik ini juga, tetiba terkenangkan ank didik pertama aku sejak 5 tahun lalu.. Mereka adalah kebanggan aku,sebagai seorang pendidik..Aku didik mereka dari mereka tahun 2 hingga 4.Dari mereka mula mengenal huruf hingga mereka khatam al-Quran..Dari kanak2 menjadi remaja.. Hingga mereka tahun 6,akhlak mereka cukup aku bangga..Mereka yang aku didik lama.iaitu 3 tahun...Sudah pasti,orang akan menilai ,kerana 3 tahun aku didik mereka..Bagi aku,sebagai seorang pendidik.akhlak mereka yang aku utamakan..Jika bijak mana sekalipon,akhlak hancur.. tiada ertinya..Mereka cukup hormat,sopan santun,tidak seperti murid2 lain..
Bayangkan,di tahun 4,mereka cukup menjaga aurat mereka.baik lelaki atau perempuan.Murid lelaki akan menegur murid perempuan sekiranya nampk rambut..
Anak2 didik Pertama yang rapat .semua berjaya.alhamdulillah..

Mereka guna pakai ilmu.hukum yang diajarkan..Bulan rejab dan syaban,mereka puasa.Sedangkan orang dewasa pon tak puasa ganti pon.mereka puasa sunat.. Terharu tersangat mengenangkan akhlak mereka.. Belom ada lagi yang boleh menandingi cara anak2 didik pertama aku sehingga kini..
Kenangan Bersama Anak didik pertama
Ya,aku memang garang,tegas dengan disiplin..Tiada kompromi mengenai disiplin..
Mereka yang terdekat pasti tahu dan faham cara aku disiplinkan dan ketegasan aku..Dan hasilnya dapat aku banggakan..Pernah seorang murid bgtaw cita2 dia.."saya nak jadi macam ustazah nanti" (hancus kalau nak jdi mcm aku.detik hati aku) "Tak payah la jadi mcm saya"(ujar ku)" Saya nak pergi belajar ke mesir pastu nak jadi ustazah mcm ustazah.." sambung dia.. (dalam hati, terharu sangat sangat dengan cita2 anak didik ku seorang itu. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati aku mendengarnya.. Kini dia telah berada di tingkatan 1 di sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah..Moga tercapai cita2 nya Beberapa orang daripada mereka berjaya masuk ke SMKAK ..Alhamdulillah..
Dalam ketegasan aku dalam mendidik, ada masanya aku luangkan masa mendengar cerita mereka, melayan cerita mereka.Iya, ada ibu bapa mereka yang mungkin terlalu sibuk untuk mendengar apa yang mereka ingin kongsikan. oleh itu,kitalah tempat mereka ingin berkongsi cerita.. tempat mereka ingin menumpang kasih..
Berbeza tersangat bila aku mengajar di kelas yang aku mengajar skrg.. Apatah lagi punya seorang murid yang memang sukar untuk dikawal.macam2 telah aku cuba untuk mengubahnya.malah..makin menjadi2 kekurangan ajarnya.. Benarlah apa yang Al-Quran dan hadis sarankan,supaya lelaki yang ingin berkahwin,pilihlah isteri yang ada agama dan ilmu.Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: 

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik." 

Baginda bersabda lagi yang maksudnya: 

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."


.Sebab tanggungjawab ibu membesarkan anak..JIka ibu itu tiada ilmu agama dan nilai2 yang baik. maka anak yang dididik juga akan mengikut corak ibunya.. Contohnya budak yang ku kira kurang ajar nie... Dia pernah bagitau bahawa mak dia pernah kata kat dia "HARAMJADAH budak nie" so sad... Senakal mana anak itu, tidak sepatutnya seorang ibu mengeluarkan kata2 sedemikian.. Aku sendiri walau hanya pendidik dan selalu marah budak tersebut..Tak pernah mengeluarkan kata2 sedemikian.. Perkataan bodoh pon tak pernah aku kata atau sebut kepada ank2 didik aku.walau semarah mana dan senakal mana mereka.. Lantaran itu aku berpikir.. Patutlah anak dia perangai mcm nie.mak dia pon dua kali lima jika perkataan sedemikian dilemparkan kepada anak sendiri.. Aku berharap aku tidak menjadi ibu sedemikian +_+ ..


Wahai ibu, didiklah anak-anakmu dengan cara yang betul dan jadikanlah anak itu kepercayaanmu. Jangan dihina anak dengan kata-kata kesat sekiranya dia melakukan kesalahan. Sebaliknya, cubalah merapati dirinya dan ketahuilah isi hatinya kerana tidak semua anak-anak adalah sama. Seorang ibu mempunyai naluri yang akan memandu dirinya dalam setiap tindakan. Naluri itu akan menjadikan dirinya seorang ibu yang berperikemanusiaan. Seorang ibu yang prihatin akan memberi sepenuh perhatian kepada anak-anaknya tanpa membandingkan keupayaan sesama mereka kerana keupayaan setiap anak itu adalah berbeza.


Selesai sudah hutang puasa aku untuk tahun ini.alhamdulillah..Bermulalah pula proses aku untuk makan tanpa limit.untuk membesarkan diri ku +_+ ..SELAMAT HARI RAYA UNTUK DIRI KU SENDIRI..


Minggu ini tak banyak rehat.Cuti sehari je..Musim exam telah bermula.. Maka kesibukkan hampir ke kemuncaknya.. Mata dan pikiran bertambah akan pening.. Mana taknya.. markah perlu segera dikira..Kertas perlu segera ditanda.. Kelas lain tak seteruk aku .Iye la.ank murid mereka cuma 20-30 org.Kelas aku 42 orang murid.. Darab pula dengan 8 pelajaran darab lagi dengan 8 sebab 1 subjek 2 paper.. Banyak bukan kertas yang aku kena tanda/semak.. Markah perlu segera di kira.untuk majlis penyampaian hadiah..


Dalam masa yang sama sibuk untuk memastikan reunion member SMKAK..berjaya..10 tahun tak bersua..memang amat merindui semua.. Dan alangkah bezt nya kiranya plan nk wat reunion pakai baju sekolah menjadi  kenyataan.. mest posing sakan dengan baju sekolah..Time tu rasanya ku ingin menjadi diri aku yang dulu... +_+ Tapi,dalam msa yang sama segan.. ramai yang dah kahwin dan ada anak.. aku antara yang belom.. Macam tak bezt lak bila ingat part nie..


Kala malam ini juga.teringatkan lagu kegemaran ku hingga kini dan masih kekal menjadi caller ringtone phone maxis ku.. Penuh makna..DEALOVA


...


Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu


Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih


Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu


Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan


Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada


Oh…
Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…


Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada


Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada


Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…


Sya… na na na…

Sayu pulak dengarkan tgh2 malam nie.. IYA.KAU SELALU ADA.. MESKIPUN BUKAN KU PINTA..KAU HADIR DALAM MIMPI2 KU..Meski mungkin bukan aku dalam mimpi indahmu.. +_+




Cinta Dalam Hati


Terima Kasih kepada mereka yang mengambil berat terhadap diri ini .... Aku menghargainya.. Diri ni oke. dan akan oke kot... +_+ Maaf membuatkan anda risau..

Selepas ini tidak tahu bila pula aku bisa mengarang lagi +_+

Dalam Islam, darjat wanita sebagai ibu amat tinggi

.
Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya. 


Impian ku.ingin bergelar isteri dan ibu.. Ya Allah..matikan aku sebagai Seorang isteri dan Ibu Yang Solehah +_+..

No comments:

Post a Comment

Komen apa yang patut