Wednesday, September 30, 2009
Kesan Sampingan Tetikus pada nadi pegelangan tangan.
Penggunaan tetikus (mouse) computer yang berterusan seharian di pejabat, rumah dan sebagainya boleh menyebabkan kerosakan pada saraf jari kita kalau tak diberikan perhatian yang serious.
Oleh itu dianjurkan agar jari kita dipanaskan (warm-up) dahulu sebelum kita ke ofis. Jangkamasa warm-up lebih kurang 5-8 minit sahaja kerana dikhuatiri kalau berlebihan warm-up kita terus tak pergi kerja pula, jem langsung!
Untuk itu dilampiran adalah gambar cara-cara warm-up jari yang disyorkan oleh pakar-pakar WHO, cuba-cubalah, mungkin ianya bermakna untuk anda!
Kisah Dan Hukum Pada Musim Raya
Adapun mengenai ibadah khusus, maka Islam begitu ketat melarang sebarang perkara yang ditokok tambah dalam agama yang akhirnya menghilangkan keaslian agama yang asal. Ia juga mencabar Allah Yang Maha Berhak dalam menentukan syariatNya, juga mencabar Rasulullah s.a.w yang merupakan wakil sah yang tiada lagi rasul selepas baginda dengan cara menambah agama yang telah disampaikan.
Maka, jika dikaitkan dengan hariraya; takbir idil fitri adalah ibadah khas yang tamat selepas solat raya. Maka tidak boleh lagi takbir khas sempena hariraya fitri selepas itu. Demikian solat hariraya, hanyalah pada 1 syawwal, maka tiada lagi solat pada hari kedua, atau ketiga, atau selepas puasa enam. Ini kerana perkara-perkara seperti ini wajib diambil langsung daripada Rasulullah s.a.w dan kita tiada hak membuat edisi tambahan ke atas agama yang telah sempurna ini. Sekalipun tambahan itu nampaknya baik pada zahirnya, namun memberikan kesan yang buruk kepada agama ini di sudut ketulenannya. Apa akan jadi jika semua pihak menambah produk masing-masing ke atas Islam?!
Lihat apa yang berlaku kepada Yahudi dan Kristian, pengikut mereka sudah tidak tahu lagi apakah upacara asal yang dilakukan oleh Nabi Musa a.s. dan Isa a.s. Berbagai-bagai upacara baru dalam gereja mereka. Kemenyan yang diasapkan, loceng yang dibunyikan, muzik yang didendangkan dan berbagai lagi upacara yang akhirnya tidak lagi dapat dibezakan antara arahan wahyu dan tokok tambah pendeta.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)
“pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.(Surah al-Maidah, ayat 3).Kata al-Imam Malik bin Anas (179H):
“Sesiapa yang mengadakan-adakan perkara baru dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: (maksudnya) “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 35 Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).Main Mercun
- Gambar Hiasan
Ada yang bertanya saya tentang hukum main mercun. Sebenarnya main mercun pada hariraya bukan sahaja di Malaysia, di negara-negara Arab pun sama. Saya kata bahawa di sana ada beberapa perkara yang mesti dijelaskan.
Pertama sekali, tidak boleh sesiapa pun beriktikad bahawa Islam menggalakkan main mercun pada musim raya. Jika kepercayaan ini ada, ia termasuk dalam bid’ah kerana menokok tambah ajaran Islam dengan satu upacara yang dianggap ibadah. Walaupun kepercayaan seperti di tempat kita tiada, namun mesti diperingatkan prinsip ini, kerana perubahan masa dan tempat boleh menyebabkan perubahan kepercayaan dan ibadat.
Kedua, permainan secara umumnya termasuk dalam urusan am kehidupan. Selagi ia tidak memberi mudarat pada diri atau orang lain, maka ia dibolehkan. Mercun yang membawa kepada kecederaan diri atau orang lain adalah haram. Haram itu bertambah apabila adanya arahan pemerintah yang melarang rakyat dari perbuatan tersebut. Ketaatan kepada Ulul Amri dalam perkara yang baik adalah wajib.
Lebih buruk lagi apabila ada yang bermain mercun sehingga mengganggu ketenteraman awam, jamaah yang bersolat di masjid, bayi yang sedang tidur dan seumpamanya. Di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, malam mereka dentuman bagaikan peperangan sedang tercetus.
Nabi s.a.w menyebut dalam hadis:
“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).Namun jika bunga api atau mercun yang tidak merbahaya dan diizinkan oleh undang-undang, maka tidak menjadi kesalahan untuk bermain sebagai satu aktiviti kegembiraan dalam batasan yang diizinkan.
Kisah Malam Raya
- Gambar Hiasan
Ada isteri bersungut suaminya tiada di rumah pada malam raya. Bahkan suami membantah isterinya yang sibuk menghias rumah dan menyiapkan juadah kerana katanya bahawa disunatkan pada malam Hariraya menunaikan solat Sunat Jibril sebanyak seratus rakaat, dibaca dalam setiap rakaat al-Fatihah dan sebelas kali Surah al-Ikhlas serta beberapa kaifiyyat yang lain. Kononnya fadhilatnya begitu hebat. Saya jawab aduan itu dengan berkata bahawa menghias rumah dan menyediakan makanan untuk hariraya termasuk dalam perkara yang diharuskan, itu adalah urusan umum kehidupan.
Adapun solat berkenaan, seperti kata al-Hafiz Ibn Jauzi (meninggal 597H) dalam karyanya al-Mudu’at : “Tiada syak lagi ia hadis palsu”. Bahkan hadis-hadis tentang menghidupkan malam hariraya berada dalam sekitar status ‘teramat dhaif’ dan ‘palsu’. Bukan tidak boleh beribadah pada malam hariraya, sama seperti setiap malam, beribadah malam tetap disunatkan.
Namun fadilat khusus yang sahih tidak sabit periwayatannya daripada Nabi s.a.w. Maka tidak mengapalah jika suami atau seisi rumah bersiap pada malam hariraya untuk bergembira pada esoknya. Islam itu bak kata Nabi s.a.w:
“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).Puasa Enam
- Gambar Hiasan
Dalam laman web saya Minda Tajdid (drmaza.com) saya telah menjawab keluhan seorang suami yang isterinya meminta dia berbuka puasa enamnya untuk meraikan anak-anak yang pulang jauh, agar dapat makan bersama. Oleh kerana dia bimbang nanti fadhilat puasa enam Syawwal itu hilang jika tidak puasa berturut selepas hariraya, maka dia enggan berbuka yang mungkin membawa kecil hati, atau ‘kurang meriah’ bagi anak-anak yang pulang dari jauh.
Kesimpulan dari jawapan saya dalam Minda Tajdid saya kata bahawa walaupun ada ulama yang menyebut tentang keafdhalan berturut-turut itu, namun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis.
Apatah lagi di sana ada hadis Abu Sa’id al-Khudri katanya:
“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu”(Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda:“saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!”.
Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak.
Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.
Jika kita luaskan apa yang Islam luaskan, dan elakkan menokok tambah apa yang Islam tidak izinkan, maka kita akan melihat Islam itu begitu indah dan mudah.
Tuesday, September 29, 2009
Waktu-waktu yang mustajabnya doa
Tempe Jepun
Tempe Misokatsu
Tempe tumis kubis dan kucai
Tempe Pasta (yg coklat2 itu tempe, bukan daging)
Lumpia isi tempe
Tempe Cannape
Tempe dijadiin sushi
Monday, September 28, 2009
FOTO : Rumah Nabi SAW dan Sayyidah Khadijah AS yang Dihancurkan.
Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Saturday, September 26, 2009
Penting Memberi Salam
Yazid bin Khushaifah meriwayatkan daripada Basar bin Saad yang mendengar Abu Said Al Khudri berkata:
"Aku menetap di kawasan kaum Ansar, kemudian tiba-tiba saja Abu Musa datang kepadaku dalam keadaan terkejut dan takut. Abu Said berkata, bagaimana khabarmu?"
Abu Musa berkata:
"Aku diutus oleh Sayidina Umar bin Khattab untuk mendatangi rumahmu,
sampai depan pintu rumahmu aku mengucapkan salam sampai tiga kali tetapi tidak ada jawapan dari dalam, sehingga aku memutuskan untuk kembali."
Dan Rasulullah SallALLAHualaihiwasalam pun bersabda:
"Apabila kamu mengucapkan salam sampai tiga kali sedangkan tidak ada jawapan, maka pulanglah."
(Riwayat Muslim)
Hikmah daripada kisah singkat di atas ialah Nabi SallALLAHualaihiwasalam melarang sesiapa pun memasuki rumah orang Islam tanpa terlebih dahulu memberi salam iaitu meminta izin daripada pemiliknya.
Memberi salam amalan yang sangat ringan dan mudah dilakukan di mana sahaja
- dijalan, pejabat ataupun tempat lain.
Salam memiliki makna teramat besar.
Dengan salam, suasana tegang akan terasa sejuk dan damai, permusuhan menjadi persahabatan.
Dengan salam, kehidupan semakin bererti kerana dipenuhi kasih sayang dan cinta kasih yang mendalam.
Salam menghilangkan buruk sangka dan dendam kesumat antara kita.
Salam akan menyelamatkan diri kita daripada gangguan orang jahat.
Salam adalah simbol kedamaian, kebersamaan, kekeluargaan dan ketenangan.
Hal ini sesuai dengan erti kata salam itu sendiri - yang bererti damai.
Salam telah mengajarkan kita tentang cara yang baik dalam pergaulan dan mencari teman.
Kita segan memanggil saudara yang belum dikenali.
Jadi dengan memulakan kata salam, kita akan berani berkenalan dan menjadikannya teman.
Apatah lagi memasuki rumah yang bukan milik kita, ada tatacara dan adan yang harus diperhatikan sebelumnya, daripada memberi salam sehingga kita meminta diri.
Apabila kita bertamu ke rumah sahabat, kerabat ataupun saudara dekat, hendaklah diawali dengan kata salam, dan apabila tidak ada jawapan dan tidak mendapat restu atau izin daripada pemilik rumah, hendaknya kembali dan menunggu waktu yang tepat untuk berkunjung.
Salam merupakan norma yang telah digariskan oleh ALLAH Subhana wa Ta'ala.
Ingatlah, mengucapkan salam adalah sunnah, sedangkan menjawabnya adalah wajib,
demikian ketetapan Al Quran dan Hadiths.
Islam mengingatkan umatnya membalas penghormatan (salam) dengan balasan lebih baik:
AsSalamualaikum di balas dengan waAlaikumsalam waRahmatullah.
Jika dalam disebut dengan AsSalamualaikum waRahmatullah,
maka dijawab dengan waAlaikumsalam waRahmatullahi waBarakatuh.
Sumber - Ensiklopedia Sirah
ALLAHualam bisawab.
Wednesday, September 23, 2009
Tuesday, September 22, 2009
Cara2 Membuat Lemang
Pulut yang sedang mendidih
1.Daun pisang
2.Beras pulut(pulut susu lebih baik kerana lebih lembut dan sedap)
3.santan pekat (yang 1st dan 2nd perahan)
4.sedikit garam
5.Buluh lemang
Monday, September 21, 2009
Menu Raya
Friday, September 18, 2009
**Salam Aidil fitri buat semua
MenYaMBuT
HaRi RaYa aiDiLFiTRi
MaaF ZaHiR DaN BaTiN
SeMoGa HuBunGan
SiLaTuRaHiM
KiTa TeTaP
B
e
R
K
e
K
a
L
a
N
Thursday, September 17, 2009
Tuesday, September 15, 2009
**Resepi Kuih Raya:-Marmar Carries
Biskut kedua yang aku buat..
Bahan 2:-
300 gm mentega
400 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
100 gm gula aisng
1 sudu teh esen vanila
Cara membuat:-
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang .
2. Masukkan vanila dan kedua - dua jenis tepung . Gaul sebati.
3. Canai dan terap dengan acuan yang anda suka .
Aising :
2 biji putih telur
150 gm gula aising
15 gm tepung jagung ( masukan berdasarkan kecairan aising.jika terlalu cair.aising akan meleleh dari adunan yang anda terap.)
Serbuk Coklat
Untuk membuat aising:
1. Pukul putih telur bersama gula asing dan tepung jagung hingga ringan .
2. Asingkan sedikit aising dan warnakan dengan coklat .
3. Sapukan aising warna asal (putih) atas adunan.
4. Celupkan lidi kedalam aising coklat dan lorekkan atas permukaan ising putih tadi.
5.Corakkan mengikut kesukaan anda.
**Mencari Lailatul Qadar,
hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: "Carilah
lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari
bulan Ramadhan"
(Riwayat Bukhari)
Daripada Ibnu Umar r.a., bahawasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat
Nabi s.a.w. diberitahu dalam impian mengenai tibanya lailatul-qadri iaitu dalam
tujuh yang terakhir (yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke
28). Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Saya melihat impian-impianmu semua itu
sesuai iaitu pada tujuh yang terakhir. Maka barangsiapa hendak mencari
lailatul-qadri itu, hendaklah mencari-nya pada tujuh yang terakhir itu juga."
(Muttafaq 'alaih)
Monday, September 14, 2009
**Resepi Kuih Raya: Biskut Mazola
Kuih Raya pertama untuk 1430 H nie..ialah biskut mazola.
so,aku letakkan resepi aku wat sendiri yang simple gilerknyer.
BISKUT MAZOLA:-
BAHAN2:-
*1 cawan tepung gandum
*1 Cawan kacang tanah-(Goreng tanpa minyak dan kisar halus)
*1 Cawan gula halus
*Minyak mazola/Minyak Masak secukupnya.
*Kuning telur(untuk disapukan ke atas biskut)
CARA2 MEMBUAT:-
1-Gaul sebati tepung, gula dah kacang tanah yang dikisar.
2-Masukkan minyak sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
3-Bentukkan atau terapkan doh mengikut citarasa anda sendiri dan susun didalam
loyang yg telah disapu dengan mentega.
4-Sapukan kuning telur di atas adunan biskut yang telah dibentuk tadi dan
bakar didalam oven hingga masak kekuningan.
Saturday, September 12, 2009
**Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
JUTAWAN Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary adalah seorang yang perahsia. Jarang sekali, beliau ingin berkongsi kisah peribadinya dan lebih banyak tersenyum dan memerhati.
Mokhtar merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951, beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.
Usahawan Melayu terkaya berusia 58, juga dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 tahun ini dan tersenarai antara 10 lelaki terkaya di Malaysia.
Pemilihannya dibuat berdasarkan pelbagai kejayaan yang ditempa selama 43 tahun di dalam bidang perniagaan selain sumbangan amalnya.
Syed Mokhtar pernah dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah/2008 Masihi, menjadikan beliau individu Melayu kelima menerima anugerah berkenaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005.
JIWA DERMAWAN DIPUPUK IBU AYAH
Sifat dermawan dalam diri Syed Mokhtar dipupuk oleh bapanya, Syed Nor AlBukhary dan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat.
Kisah hidupnya bermula ketika membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar 1960-an sebelum beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada 1970-an selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Daripada perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia awal 20-an mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan pertama daripada perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke rumah ialah sebanyak RM1,500. Pada 1970-an, jumlah itu agak lumayan dan pastinya hati begitu gembira dengan wang sebanyak itu.
Namun, apabila ibunya memberitahu bahawa setengah daripada pendapatan itu digunakan untuk adik yang lain, sementara setengahnya pula perlu diberi kepada 15 keluarga miskin, Syed Mokhtar tidak membantah.
Masa beliau bawa balik pendapatan pertama, ibunya beritahu RM750 akan digunakan untuk adik dan RM750 lagi kena bagi pada 15 keluarga jiran yang susah, orang tua dan lain-lain. Setengah pendapatan itu diambil ibunya untuk beri orang yang kurang kemampuan.
Dari situlah jiwa dermawan dipupuk ibu bapa. Walaupun dari segi hukum, zakat pendapatan hanya 2.5 peratus, tetapi pendapatan Syed Mokhtar diambil 50 peratus. Selebihnya diberi kepada 15 keluarga dan sehingga kini beliau masih meneruskan amalan jariah membantu 15 keluarga berkenaan.
Kawan beliau, Syed Abdullah yang ditugaskan mengagih wang itu sejak mula pun sudah bercucu. Namun hingga kini beliau masih melaksanakan tanggungjawab itu. Dan lori serta syarikat berasnya masih beroperasi di Kedah.
Ramai yang tidak mengetahui Syed Mokhtar hanya sempat tamatkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima, tetapi tidak berpeluang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Kisah yang dilalui pada zaman sekolah ini mendorong beliau untuk menjayakan Program Tuisyen Albukhary pada 2001. Ketika itu, perniagaan yang dimulakan sejak 30 tahun lalu berbekalkan jerit perih sudah maju dan berkembang pesat dan Yayasan Albukhary sudah ditubuhkan sejak 1996.
YAYASAN ALBUKHARY
Matlamat penubuhan yayasan itu sebagai memenuhi impian orang tua, terutama ibu yang mendidik beliau mencari rezeki bukan saja untuk diri sendiri tapi membangunkan ummah dan membantu golongan miskin.
Walaupun tidak dapat peluang melanjutkan pelajaran, Syed Mokhtar sedar kejayaannya pada hari ini kerana berjaya dalam bidang perniagaan. Atas kesedaran ini, beliau terfikir untuk memberi budak kampung yang miskin dan kurang cerdik mengikuti tuisyen secara percuma.
Guru yang mengajar digajikan satu jam RM40 untuk ajar budak-budak dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan subjek lain yang mereka tidak mahir. Pusat tuisyen sudah berjalan empat tahun dan 22,000 pelajar sudah mendapat manfaat untuk maju dalam pelajaran.
Bukan setakat itu saja, Syed Mokhtar turut menyediakan Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin yang cerdik daripada 47 negara yang umat Islamnya adalah kumpulan minoriti untuk melanjutkan pengajian pada peringkat universiti.
Biasiswa Albukhary, program pendidikan antarabangsa itu sudah berjasa kepada 372 pelajar yang ada antara mereka cemerlang di persada antarabangsa.
Selain bidang pendidikan, Yayasan Albukhary turut mengambil tanggungjawab membina masjid dan memastikan pengurusannya berjalan lancar. Setakat ini, yayasan itu sudah membina 20 masjid di bandar dan luar bandar di seluruh negara.
Ayah kepada empat orang anak ini mengambil inisiatif membaik pulih Masjid Negara yang menjadi satu daripada destinasi pelancongan negara supaya sentiasa terang dan bercahaya seperti cerahnya Muzium Kesenian Islam Malaysia yang didirikan yayasan, bersebelahan Masjid Negara.
Daripada muzium, masjid, perniagaan berkembang dan rezeki Syed Mokhtar bertambah. Berkat dengar nasihat ibu, setengah kena bagi balik, beliau mendapat keinsafan.
Keinsafan itu juga mendorongnya membina Kompleks Albukhary di Kedah yang menempatkan rumah anak yatim, hospital dan pusat dialisis yang semuanya diberi secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat hidup selesa.
Syed Mokhtar berkata, semua yang dilakukan datang daripada jiwa dan didikan asal ibu bapa, selain gerak hatinya, ikhlas kerana Allah.
Semua yang dilakukan dengan niat satu tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Atas inisiatif beliau juga, beliau memohon kuota haji untuk menghantar kumpulan yang difikirkannya sudah layak, tetapi tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah kerana tidak mempunyai wang seperti imam, bilal dan siak masjid.
Hartawan berusia 58 tahun itu berkata, beliau tidak pernah melihat dirinya seorang yang kaya kerana prinsip beliau ialah manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya. Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak lebih 40 tahun lalu baginya adalah rezeki Allah. Dan rezeki itu dikongsi bersama 67,700 tenaga kerjanya.
Bagi Syed Mokhtar, jika seseorang itu rajin berusaha, dengan izin Allah mereka akan berjaya. Jadi, jika sesiapa bertanyakan apakah resipi kejayaan, jawapannya ialah menggunakan nikmat Allah untuk faedah orang ramai terutama dalam pencarian ilmu.
Beliau pernah dipetik berkata, "Saya bersyukur saya sudah rasa semua nikmat Allah melainkan mati, belum rasa lagi. Saya sudah dapat lebih, apa lagi yang saya hendak. Jadi, apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat itu untuk faedah orang ramai.
"Apabila melihat pertubuhan Kristian, Buddha dan wat Siam yang banyak di Kedah, saya terfikir kenapa kita orang Islam tidak boleh berkembang. Alhamdulillah, saya dapat buat semua dan berkembang seperti hari ini, walaupun terpaksa melalui pahit maung," kata Syed Mokhtar.
Kini, Yayasan Albukhary yang diasaskan Syed Mokhtar berjaya memartabatkan Malaysia sebagai negara prihatin yang sentiasa membantu masyarakat dibelenggui kemiskinan, perang saudara dan bencana alam.
ANAK KELAHIRAN DEB
Kejayaan yang dinikmati Syed Mokhtar adalah hasil daripada langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kata beliau, DEB telah memberi peluang kepadanya untuk bersaing dengan kaum lain dan seterusnya membuktikan bahawa anak Melayu juga mampu muncul sebagai konglomerat berjaya di pentas antarabangsa.
"Saya adalah anak kelahiran DEB. Melalui bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi terpaksa melalui proses pahit maung dahulu.
"Tiada jalan singkat untuk berjaya walaupun dengan bantuan kerajaan. Bumiputera harus mengambil peluang ini dan membuktikan mereka juga mampu berjaya," katanya.
Ketika ditanya sumbangan amalnya selepas mengumpul pelbagai anugerah, Syed Mokhtar berkata, rezeki yang diperolehinya digunakan untuk kebajikan lebih 67,800 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya membantu golongan miskin.
Kesempitan hidup yang terpaksa dilaluinya ketika zaman kanak-kanak menyebabkan beliau kini berusaha membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar dan anak-anak yatim.
BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini.
Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.
Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.
Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
DARI BIDANG PENGANGKUTAN KE TOKOH KORPORAT
Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.
Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
Nama Tan Sri Syed Mokhtar turut tersenarai dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini.
Syed Mokhtar dilaporkan mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion). Meskipun susut dari AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) pada tahun lalu, beliau masih mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimilikki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah.
Malah, Syed Mokhtar mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan.
"Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita," pesan Syed Mokhtar.
Friday, September 11, 2009
**Detik-Detik Rasulullah Dijemput Sakaratul Maut
Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai
menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah S.A.W dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai
umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka
taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al
Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai
aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga
bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang
dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata
itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan
tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya
dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah
akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia
tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah
Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang
terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah
kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,
orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,
tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu, " kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai
Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan
syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,"
kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih
Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak
tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai
dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar
seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat
dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,
ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup
manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad
wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran
untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai
kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka
Thursday, September 10, 2009
**Lailatul Qadar
Dari Ubadah bin Samit r.a. telah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang Lailatul-Qadr. Lalu baginda bersabda:
“ Ianya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh malam yang akhir. Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan. Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi suyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sdang memancar ( kerana banyak Nur kerohanian ). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi. Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. Ianya terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah s.w.t. telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu.' (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit) ”.
Huraian Ringkas.
Beberapa alamat Lailatul-Qadr sudah jelas diterangkan oleh hadis ini. Ada juga alamat atau tanda yang telah diriwayatkan oleh mereka yang pernah mengalami malam tersebut khasnya ialah apabila matahari terbit pada paginya, ia akan terbit tanpa sinaran yang memancar kuat. Tanda ini banyak di dapati di dalam hadis-hadis dan ia selalu didapati.
Hazrat Abdah bin Abi Lubabah r.a. berkata, ' Saya telah merasai air laut pada malam 27 Ramadhan dan sesungguhnya saya telah mendapatinya betul-betul tawar'. Hazrat Ayyub b Khalid rah. pula berkata, " Saya terpaksa mandi pada suatu malam. Saya telah mandi dengan air laut lalu mendapatinya tawar. Kisah ini berlaku pada malam yang ke 27 '. Para masyaikh menulis bahawa di dalam Lailatul-Qadr semua benda akan bersujud. Sehingga pokok pun akan rebah ke bumi dan kemudian akan bangun ke tempatnya kembali. Walau bagaimanapun perkara-perkara sebegini adalah berkaitan dengan kasyaf, ia tidak dapat disedari oleh semua orang.
Semoga hadis ini dan kisah-kisah tersebut dapat menjadi pengajaran kepada kita, Insya-Allah.
Wednesday, September 09, 2009
Kabel Power supply Terbakar
*Bila kita apat dengan seseorang,selalunya apa yang kita rasa dia juga seakan rasa.then bagaikan kita dapat rasa biarpon berjauhan ..
**My dier akan mula bertugas di Miri start 1 oktober nie.. sedihnyerr...
**CARA-CARA MEMIKAT LELAKI
- Sentiasa tersenyum dan jngan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan sidia.
- Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda
- Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya)
- Jujur dan sentiasa merendah diri
- Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
- Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu)
- Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut
- Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati
- Jangan terlalu mengongkong
- Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahaui seprti mata dan tangan
- Jaga cara pemakaian anda,sekdi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati
- Sering memberikan kad ucapan buat sidia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
- Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
- Apabila berhadapan dengan lalaki yang kamu minati,renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu.Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
- Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka
- Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Tidak mudah purus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
- Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
- Jangan bandingkan'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali
- Mnjadi temannya ketika dia susah dan senang
- lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
- yang paling penting lalki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
- Bunyi derapan ksut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki
- Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal
- Mengetahui bila hari lahirnya
- Menghormati dirinya,keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya
- bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
- Agresif
- Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya..Contohny a berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama
- Jangan terlalu bersikap'kelakian' dan ganas dalam perbualan
- Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna
- Jangan perasan bahawa kamu memnpunyai paras rupa yang jelita.
- Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
- Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan
- Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
- KETAHUILAH MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TERLALU SENSITIF DAN SUKA AKAN KELEMBUTAN APATAH LAGI DARI SEORANG GADIS
- Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
- lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
- Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata,punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
- Jangan bersikap terlalu kuno
- Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja.Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
- Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan,kejujura n dan tingkah laku yang bersopan - santun
- lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama
- Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan
- Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada
- Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati
- Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang
- Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
- Tidak terlalu meminya dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
- Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!