PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang berulang
alik ke Thailand menggunakan pas sempadan akan diberi dokumen
perjalanan terhad dalam bentuk buku, lebih berkualiti dan menyerupai
pasport Malaysia, mulai awal bulan depan.
Pas sempadan Malaysia-Thailand bagi
kegunaan penduduk tempatan khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis dan
Perak (hanya di bahagian Hulu Perak) ketika ini dikeluarkan dalam bentuk
sekeping kertas, yang mudah rosak akibat dilipat atau terkena air.
Jika pasport Malaysia yang merupakan
dokumen perjalanan antarabangsa berwarna merah, pas sempadan baru ini
pula akan berwarna biru. Di kulit hadapan pas ini juga akan menyerupai
seperti pasport, mempunyai lambang Jata Negara dengan perkataan
“Malaysia” selain tertulis perkataan “Pas Sempadan” berwarna emas.
Pengarah Keselamatan dan Pasport Jabatan
Imigresen,
Ibrahim Abdullah berkata, penggunaan buku pas sempadan ini
bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti dan ciri keselamatan dokumen
perjalanan sementara selain memudahkan pemeriksaan imigresen di pintu
masuk sempadan.
Ciri MRZ digunakan oleh kebanyakan
pasport antarabangsa yang mengikut standard Pertubuhan Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO). Nombor siri MRZ pada pas sempadan akan diimbas
menggunakan mesin pengimbas yang sama untuk memeriksa pasport bagi
paparan butiran peribadi.Ibrahim berkata, pas sempadan baru ini
akan mengandungi 16 helaian muka surat yang boleh digunakan untuk tempoh
lebih lama. Muka surat biodata akan memaparkan nama penuh pemegang pas,
alamat, nombor pas, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan,
pekerjaan, tinggi, tarikh dikeluarkan dan tarikh tamat .
Jarak perjalanan ke Thailand turut
diperluaskan berbanding sekarang hanya tidak melebihi 25 kilometer dari
sempadan berdasarkan Perjanjian Lintas Batas antara Malaysia dan
Thailand pada Februari tahun lalu bagi menggantikan ‘Traffic Across the
Boundary Between the Malay States and Thailand’ yang ditandatangani di
Bangkok pada 1940.
Pas sempadan baharu ini meliputi
perjalanan ke lima wilayah di selatan Thailand iaitu Satun, Songkhla,
Yala, Narathiwat dan Pattani. Tempoh sah laku pas turut dipanjangkan
dari enam bulan kepada setahun dari tarikh ia dikeluarkan.
Cara mohon pass sempadan baru
Sediakan 2 keping gambar berukuran 35
milimeter (mm) x 50 mm, dengan syarat mempunyai kad pengenalan (MyKad)
sebagai warganegara Malaysia yang sah dan bukti menetap di negeri
dinyatakan.
Sediakan wang tunai RM 10 (harga masih kekal tidak berubah)
dah macam pasport dah rupanya pass sempadan yg baru ni ya,.
ReplyDeleteya.. mmc mcm paspord
ReplyDelete