Friday, October 03, 2014

AWAS Hadis Palsu Berkaitan Hari Arafah

Telah tersebar sebuah hadis palsu yang menyatakan bahawa NABI SAW bersabda:
“Diangkat segala amalan kepada Allah pada hari Arafah melainkan orang yang saling bergaduh.”
Apabila diteliti, hadis di atas palsu tetapi pengajaran-pengajarannya terdapat dalam hadis-hadis yang sahih. Antaranya;
(1) Amalan diangkat pada hari Isnin dan Khamis, aku adalah orang yang suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.
- HR At-Tirmizi: 747, Sahih.
(2) Amalan keturunan Adam akan dibentangkan pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Tetapi tidak diterima amalan orang yang memutuskan silaturahim.
- HR Ahmad: 10272, Hasan.
(3) Dibentangkan segala amalan pada setiap hari Khamis dan Isnin. Lalu Allah mengampunkan setiap orang yang tidak mensyirikkan Allah pada hari itu. Melainkan seseorang yang terdapat permusuhan antara dia dan saudaranya. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai, Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai.”
- HR Muslim: 2565. Sahih

No comments:

Post a Comment

Komen apa yang patut