5 September 2014 berkesempatan berkelah dengan keluarga di Pulau yang cantik ini,iaitu Pulau Bunting yang terletak di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah..Pulau yang cantik dan terdapat jambatan
yang menghubungkan Pulau Bunting. Selain Pulau Bunting, pulau-pulau yang terletak berhampiran iaitu Pulau Bidan dan Pulau Telur serta Pulau Songsong..Kalau dilihat dari gambar-gambar
Pulau Bunting, memang indah di pandang. Namun.....Tapi ada juga hanya indah khabar
dari rupa...
|
Jalan Masuk Jambatan Yang Berpagar Duri.Untuk Menghalang Kenderaan Berat dari memasuki Pulau Bunting. |
Jambatan Yang menghubungkan Pulau Bunting telah siap dibina oleh GAMUDA dan boleh digunakan, namun... jalan untuk menuju ke Jambatan dan pulau ini TIDAK SIAP dan boleh dikatakan sebagai TERGENDALA. Percaya atau tidak, jalan masuk ke pulau ini tidak berturap.Jalan berbatu kelikir semata-mata. Kiri-kanan jalan masuk yang sempit
dihimpit hutan sedikit banyaknya menyukarkan orang luar untuk ke pulau
indah ini yang merupakan jalan utama yang menyambung ke jambatan mewah Pulau Bunting.Seakan TIDAK percaya..Kalau dilihat pada Jambatan Pulau Bunting itu sendiri, kita boleh
membayangkan bahawa ada projek mega pernah dirancang Pulau Bunting dan
sekitar kawasannya.
"Infrastruktur seperti jambatan mewah ke Pulau Bunting sahaja tidak memadai kalau tiada promosi pelancongan ke pulau itu.Tiada jalanraya atau Mini Tar menghubungkan jalan masuk ke Jambatan ini.. Jalan batu yang berlubang dan berlopak...Ditambah dengan hutan di kiri dan kanan jalan serta besi penghadang yang telah roboh dan terbiar tanpa diselenggara.. Sangat mengecewakan..Sesiapa yang tidak pernah ke sini, memang tidak menyangka bahawa lorong kecik yang hanya berbatu dan berlubang ini adalah jalan menuju ke Jambatan untuk menuju ke Pulau Bunting..Ditambah pula dengan TIADA LANGSUNG papan tanda jalan yang menunjukkan arah untuk ke Jambatan dan Pulau ini.. Mujur saja aku dan ayah tidak tersesat jalan.. dan sempat bertanya jalan kepada kanak-kanak yang berselisih jalan ketika menuju ke Pulau ini..
|
Peta Kedudukan Pulau Bunting |
Jambatan Bunting merupakan Sebuah jambatan sepanjang kira-kira 2.5 kilometer yang menghubungkan tanah besar dengan Pulau Bunting bukanlah suatu monumen asing bagi penduduk di daerah Yan khususnya di Kuala Sedaka, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau. Jalan masuk ke pulau ini berpagar. Hanya motosikal kecil sahaja boleh
masuk menyeberang. Kereta dan kenderaan lain tidak boleh masuk.
Kedah, Di sebalik keunikan namanya yang digelar Negeri Jelapang Padi
Malaysia, Kedah sebenarnya memiliki banyak spot pancingan ekoran lautnya
yang terbentang luas, selain di daratan yang memiliki hamparan parit,
sungai dan tasik.Apatah lagi daeran YAn ini, yang merupakan kawasan peairan yang terkenal dengan Tenggiri..Pulau Bunting ini juga merupakan SPot yang terbaik bagi pemancing..terutamanya pancingan bottom (atas jambatan) dan casting (tepian pulau) .. Sangat menarik panorama ramai kaki pancing yang sedang memancing di sepanjang jambatan ini tanpa mengira tua muda, lelaki perempuan, serta pelbagai kaum..Begitu sabar mereka menanti umpan disambar ikan meski di tengah matahari terik..
|
Asyik mereka memancing |
|
Di sekitar pulau ini menjadi spot pancing popular bagi ikan sembilang, gelama dan kerapu..Ikan belanak juga terdapat di sini..Tertanya sepintas lalu kepada seorang anak muda yang sedang memancing dengan hanya menghulurkan umpan isi udang ke bawah melalui saluran air dan menanti umpan di makan ikan..Dan kemudian tarik naik ke atas..Katanya dengan cara itu boleh dapat ikan kerapu hitam.. Terlihat di dalam bekas simpanan ikan yang diperolehinya, beberapa ekor ikan kerapu hitam. dan jenis-jenis ikan lain yang tidak aku kenali..huhuh..
Di bahagian tengah jambatan ini juga merupakan lokasi terbaik untuk menjerat ikan Kelas A seperti kerapu,jenahak dan senangin..Manakala di bahagian Pulau Bunting pula menjadi kawasan ikan seperti alu-alu ,GT dan talang.. Dan yang lebih menarik pulau ini juga menjadi lokasi memburu sotong menggabang..Cuma, apabila memancing di tepian pulau.. anda harus bersabar dengan batu-batu karang yang akan menggangu lontaran umpan anda..Sangat menyakitkan hati bila mata kail melekat di batu-batu tersebut...
Ramai yang tidak tahu bahawa terhadapat mata air yang menjadi air terjun di atas bukit dan tengah-tengah pulau ini.. Ketika kami sedang enak berkelah dan menjamu selera, seorang pakcik tua datang dan menceritakan mengenai air semulajadi tersebut dan mengajak kami mengikutnya pergi.Hanya Jan dan Bon saja yang sanggup mengikut pakcik tersebut untuk sana.Perjalanan dari pinggir pantai ke sumber air tersebut memakan masa setengah jam melalui jalan-jalan berliku.. Mereka juga membawa turun air tersebut untuk kami merasa sendiri bagaimana rasa air tersebut..Katanya tempat air tersebut sangat menarik dan nyaman airnya.. Aku jugak sempat merasa air tersebut..Ya, tiada bau yang tidak menarik dan tidak rasa payau..jika tidak diberitahu, sesiapa yang meminumnya pasti menyangka bahawa air tersebut adalah air mineral yang kita beli..Sayangnya mereka tidak membawa telefon untuk mengambil gambar..
Selain menjadi tumpuan kaki pancing yang datang secara bersendirian mahupun berkumpulan, Pulau ini juga merupakan lokasi berkelah yang menarik sambil menikmati keindahan alam..
Jambatan ini pada mulanya dibina sebagai usaha untuk pembangunan Pulau Bunting yang dirancang pada tahun 2000, termasuk membangunkan stesen janakuasa elektrik dan pelabuhan, namun terbiar sejak siap pada 2004.
|
Dapat menikmati pemandangan Gunung Jerai Dari Pantai Pulau Bunting ini. |
Ramai berpendapat daripada jambatan itu terus dibiarkan tanpa pengurusan, ia boleh dimanfaatkan sebagai destinasi pelancongan berikutan kunjungan ramai individu dari jauh dan dekat.Penutupan laluan masuk dari tanah besar menjadikan kawasan itu terbiar, selain tidak mempunyai kemudahan jalan yang baik. Memang ramai kaki pancing dan keluarga datang memancing serta berkelah
kerana kawasan pantainya yang cantik dan landai. Tak ada kemudahan bagus pun ramai yang
datang.
|
Terdapat binaan yang terbiar.Tidak diketahui asalnya surau atau chalet. |
Kerajaan perlu lakukan sesuatu untuk meningkatkan pelancongan di sini.Pembinaan surau dan tandas sangat memberi manfaat untuk para pemancing dan orang ramai yang datang ke sini..Dan sekiranya beberapa buah chalet dibina di kawasan pulau ini , sangat baik untuk pengunjung dan keluarga masing-masing khususnya yang mempunyai anak kecil kerana ada tempat berehat yang selesa.
|
Memang sedap makan dalam suasana cmni |
|
Enak menjamu selera bersaksikan lautan dan alam.. |
Sepertimana kami yang sanggup datang dari Alor Setar pada awal pagi bersama keluarga untuk memancing sekaligus menghilangkan tekanan kerja serta dapat lari dari bising kesibukkan bandar.Apatah lagi kawasan ini amat sesuai bagi ''kaki pancing''malah , tidak hairan ada antara mereka yang sanggup tidur di atas jambatan serta di sekitar pulau, termasuk waktu malam meskipun tiada lampu jalan di sekitar kawasan ini. Dan ada yang sanggup berpanas terik di atas jambatan untuk memancing...
|
Keadaan Pintu Masuk Jambatan Bunting |
Ketiadaan pengurusan yang baik menjadikan kawasan itu dipenuhi sampah sarap menyebabkan longkang di jambatan itu tersumbat.
|
Sampah Sarap Yang tidak diselenggara |
Pantainya yang cantik jika dibangunkan dan dijadikan seperti Batu
Feringgi, Pulau Pinang pasti akan menarik lebih ramai pengunjung...Disamping dapat menjana ekonomi masyarakat setempat.Apatah lagi daerah ini dikenali dengan NIRA NIPAH yang lazat dan segar di tepi-tepi jalannya..Semoga pihak berwajib dapat selenggara tempat ini dengan lebih bertanggungjawab setelah membinanya...
|
Jenuh Jugak berjalan .. |
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut