Shandy adalah minuman yang dihasilkan melalui
campuran beer dengan jus lemon. Kadar alkohol di dalam shandy
kebiasaannya adalah 0.5% v/v.
Maka minuman ini seperti jenama Anglia Shandy & Jolly Shandy adalah HARAM diminum.
ISU : Definisi Minuman Beralkohol atau arak Mengikut Peraturan
Makanan 1985 : Peraturan 361(1-2) menyatakan minuman beralkohol adalah
likuor yang mengandungi alkohol melebihi 2%. Maka Shandy yang
mengandungi 0.5% alkohol tidak termasuk dibawah peraturan ini &
boleh dijual di rak yang sama dengan minuman ringan yang lain.
0.5% yg disebutkan di dalam fatwa tersebut merujuk kepada produk
minuman yg mengandungi alkohol bukan dari proses penghasilan arak.
Shandy adalah campuran Beer+Jus Lemon, maka Shandy tetap haram walau
berapa % kandungan alkoholnya. Beer adalah arak, arak adalah najis,
sedikit atau banyak tetap hukumnya haram..
Carlsberg mengeluarkan dua produk minuman tin bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .
Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.
Apa
yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia
dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam
yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains
alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.
Tambah
mengejutkan lagi, minuman tersebut dijual ditempat minuman yang halal
diletakkan dan tidak diasingkan, jikalau ianya khas untuk orang kafir
mengapa ianya disertakan bersama minuman halal, jelas disini musuh2
Islam ingin merosakkan umat Islam dan mereka yang ingin mengaut
keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam.
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut