Thursday, October 10, 2013

Hindari Makanan Syubhah




Makanan syubhah ialah makanan yang tidak jelas status halal ataupun haram. Namun begitu Rasullullah S.A.W tetap menyeru umatnya supaya meninggalkan makanan tersebut kerana ditakuti akan terambil makanan yang haram.

Berlakunya syubhah terhadap makanan atau minuman adalah disebabkab oleh terdapat keraguan yang membawa kepada halal atau pun haram. Syubhah timbul kerana berlakunya percampuran antara makanan yang halal dengan yang haram dan makanan tersebut tidak dapat dibezakan ataupun dipisahkan antara satu sama dengan lain.

Syubhah juga berlaku apabila perkara yang halal itu mempunyai kaitan dengan maksiat seperti membeli makanan semasa azan sembahyang jumaat. Hatta daging binatang yang disembelih menggunakan pisau curi juga tergolong sebagai daging/makanan syubhah.

 
 Sebenarnya tiada garis pemisah yang jelas mengenai kategori makanan syubhah sepertimana makanan halal atau haram.

Sabda Rasulullah saw :

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Untuk mengelak daripada mengambil makanan syubhah, seseorang itu perlu mempunyai sifat wara' dan meninggalkan perkara-perkara meragukan.

Perkembangan bioteknologi dalam penghasilan makanan dengan memasukkan unsur-unsur haram atau yang tidak diketahui puncanya bagi menghasilkan produk makanan yang lebih berkualiti atau tahan lama seperti yang diamalkan dalam sesetengah geneticaly modified food (GMF) boleh menambah makanan syubhah di pasaran. Memakan makanan syubhah boleh menjejaskan pembentukan insan kerana amal ibadat dan doa seseoarang itu mungkin tidak akan diterima Allah. Antara ciri utama dalam pembentukan modal insan yang cemerlang ialah mempunyai hubungan rapat dengan Allah melalui hubungan iman dam akidah. Justeru makanan dan minuman yang diambil oleh seseoarang itu mempengaruhi keperibadian dan keimananya.

No comments:

Post a Comment

Komen apa yang patut