Cara mengatasi stress
ini ada banyak. Namum sebagai orang Islam kita seharusnya berpegang
kepada asas ajaran kita. Agar kita tidak terpesong apabila jiwa kita
sedang berkecamuk. Ada orang yang hilang kawalan apabila stress, mereka
lupa kepada ajaran agama, dengan mengambil jalan mudah dengan membunuh
diri.
Stress ini kita perlu atasi dengan bijak, jika anda tanda-tanda awal
kita stress, jangan kita biarkan ia berlarutan. Kita perlu cari punca,
mengapa kita jadi stress, dengan apa kita stress, dengan siapa kita
stress.
Apa bila kita tahu puncanya, senang untuk kita merawat stress kita.
kalau kita tak tahu dekat mana yang rosak, macam mana kita nak baiki
betul tak? Jika kita tak mampu buat seorang diri, kita carilah orang
lain atau kawan yang boleh dipercayai, unutk kita usaikan stress kita.
Kita kena tahu sejauh mana ita mampu untuk menerima bebanan atau tekanan. Jika sudah sampai tahapnya, jangan kita nebeng
teruskan juga, biar ada batasnya kita mencabar diri kita. Biar cukup
persediaan kita, dari segi mental dan fizikla kita untuk teruskan
cabaran hidup.
Mengingati ALLAH S.W.T
“(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tentram dengan
mengingat Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah SWT hati
menjadi tentram.” (QS Ar-Ra’d 28)
Kita sebagai hamba yang taat harus selalu mengingati pencipta kita.
Tak
kira dalam keadaan senang atau susah. Ada banyak cara untuk kita
mengingati ALLAH S.W.T salah satunya adalah dengan zikir.
Basahkah lidah kita dengan zikir, jernihakan hati kita dengan zikir, dan
tenang fikiran kita dengan zikir, cara untuk zikir dengan akal fikiran
adalah dengan kita merening alam ciptaan tahn dan mengagumi
kebesaran-Nya.
Membaca Al-Quran
Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dan kahsiat
Al-Quran itu cukup banyak. Jadi jika amalkan sentiasa membaca Al-Quran,
agar jiwa kita sentiasa rasa tenteram. Sambil itu kita dapat menbersih
jiwa kita dan sentiasa dekat dengan ALLAH S.W.T.
Berdoa Agar Beban Kita Diringankan
Doa adalah senjata kita orang mukmin. Hanya kepada tuhan sahajalah
tempat kita bergantung. Jadi kepada Dia sahaja kita meminta pertolongan.
Apabila kita stress, rasa terbeban, kita berdoalah agar diringankan
bebanan yang kita sedang hadapi. Semoga termakbul doa kita dan dapat
menhilangkan rasa stress kita.
Ada juga doa khas untuk kita amalkan selalu apabila menghadapi stress.
حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ
Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Azzim
"Cukuplah Allah untuk (menolong kami, dan Dialah sebaik-baik Pengurus (Dan terserah kepadaNya segala urusan kami)".
Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha BesarYa Arhamar RahiminWahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha PenyayangNota:Apabila menghadapi tekanan baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir.Insya'Allah hati akan menjadi tenteram.
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut