Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredai.
|
"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.
"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.
Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.
"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.
"Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya.
Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.
Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.
"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.
"Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya.
Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.
MSTAR
****************************************************
Berubah dan berhijrah adalah sesuatu yang tidak asing lagi sesiapa saja yang sentiasa inginkan perubahan dalam hidupnya. Selaras dengan tuntutan dan perkembangan semasa, kita semua sentiasa tergerak untuk berubah mengikut arus semasa tidak kira ke arah yang positif atau pun negatif.
Barang siapa hari ini lebih baik dari hari kemarin, dialah golongan mereka yang beruntung, barang siapa yang hari ini sama dengan hari kemarin dialah golongan mereka yang rugi dan barang siapa yang hari ini lebih buruk dari hari kemarin maka dialah golongan mereka yang celaka".
"Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia." : SUrah Al-Haj: 58
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut