Video dan berita panas sekarang di halaman sosial ialah isteri Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha kurang ajar dengan pak guard tersebar. Memang sangat kecoh apabila isteri kepada Mat Yo
yang dikenali sebagai Shahrul Aisya telah melemparkan kata kesat
terhadap seorang pak guard gara-gara isu parkir kereta.
Pada mulanya,
video itu dirakam dan dimuat naik dilaman sosial oleh isteri Mat Yo
untuk mempamerkan sikap layanan buruk pak guard yang memarahinya. Tanpa
disedari, perbuatan isteri Mat Yo itu adalah lebih teruk dan sangat
kurang beretika terhadap seorang yang lebih berumur atau berusia darinya.
Di bawah ini pula ialah saksi yang berada di tempat kejadian.Anda boleh menilai sendiri.. Page di facebook juga dibina untuk menunjukkan perasaan benci dan marah terhadap isteri mat Yo.. Masyarakat kita semakin prihatin dengan isu sebegini.tahniah..Peminat juga marah terhadap Mat Yo yang dilihat dayus kerana hanya melihat sahaja perlakuan biadap isterinya terhadap Pak Guard yang juga merupakan orang tua..
Tuesday, September 24, 2013
Monday, September 16, 2013
Leina Hangat Berhijrah, Tidak Hangat Lagi
PETALING JAYA: Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu
melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk
berhijab dan berubah menjadi lebih baik.
Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredai.
"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.
"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.
Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.
"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.
"Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya.
Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.
Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.
"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.
"Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya.
Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.
MSTAR
****************************************************
Berubah dan berhijrah adalah sesuatu yang tidak asing lagi sesiapa saja yang sentiasa inginkan perubahan dalam hidupnya. Selaras dengan tuntutan dan perkembangan semasa, kita semua sentiasa tergerak untuk berubah mengikut arus semasa tidak kira ke arah yang positif atau pun negatif.
Barang siapa hari ini lebih baik dari hari kemarin, dialah golongan mereka yang beruntung, barang siapa yang hari ini sama dengan hari kemarin dialah golongan mereka yang rugi dan barang siapa yang hari ini lebih buruk dari hari kemarin maka dialah golongan mereka yang celaka".
"Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia." : SUrah Al-Haj: 58

|

Saturday, September 14, 2013
Jawapan dari McDonald's Malaysia :McDonald’s nafi guna bahan ada unsur babi
ISU MCD:
Kuala Lumpur: McDonald’s Malaysia menafikan rangkaian restoran itu di
negara ini menggunakan bahan berasaskan babi dalam produknya dan
menyifatkan ia khabar angin yang sengaja direka pihak tidak
bertanggungjawab.
Jurucakap
syarikat berkenaan, berkata semua produk yang dijual di rangkaian
restoran makanan segera itu dijamin halal sepenuhnya dan mendapat
pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), malah makanan
jualannya bersama sos yang diimport, memenuhi standard dan kualiti
keselamatan makanan yang tinggi
Ikut panduan
“Pelanggan
kami boleh menikmati hidangan tanpa ragu-ragu kerana ia diperoleh dan
disediakan mengikut garis panduan kerajaan serta pihak berkuasa
berkaitan,” katanya kepada BH, semalam.
Isu sijil halal
McDonald’s kembali menjadi sebutan berikutan e-mel didakwa dikeluarkan
Muslim Judicial Council (MJC) dan IQSA menerusi laman sosialnya.
Ia
mendakwa MJC dan IQSA menarik balik pengesahan halal daripada
McDonald’s selepas menerima maklumat kewujudan bahan berasaskan babi,
dikenali LM10 dalam sos mayonis yang digunakan.
Ia juga
mendakwa kononnya, pengurusan McDonald’s di Afrika Selatan mengesahkan
semua ramuan membuat sos McDonald’s diimport dari Amerika Syarikat,
sekali gus menasihatkan pengguna Islam menghentikan pengambilan makanan
dari restoran itu.
Jurucakap itu berkata, orang ramai boleh menyemak status halal produk McDonald’s di negara ini dengan melayari www.halal.gov.my.
Sumber : http://www.bharian.com.my/ bharian/articles/ McDonald__8217_snafigunabahanad aunsurbabi/Article/
http://www.thestar.com.my/ News/Nation/2013/09/13/ Our-food-is-halal-says-McDonald s.aspx
Juga penjelasan Rasmi dari McDonald's Malaysia di laman web
http://www.mcdonalds.com.my/
Gunakan Direktori Halal untuk menyemak status Halal Premis/Produk & Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf.
www.halal.gov.my
*Berhati-hati dengan sesuatu Info yang diterima.
Friday, September 13, 2013
Mahkamah sahkan Wan Muhammad Azri Papa Gomo
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papa Gomo
perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran
ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.
Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar).
Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta
terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan
beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.
Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin
Meera memerintahkan Papa Gomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan
RM300,000 ganti rugi teladan.
Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.
Vazeer juga memerintahkan Papa Gomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.
Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papa Gomo tidak insaf dengan
tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan
dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.
Beliau berkata,
keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik
artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity). – 13
September, 2013.
Tuesday, September 10, 2013
Status Halal Secret Recipe
Isu
Secret Recipe sedang dihangatkan semula di media baru dan whatapps. Isu
tersebut adalah isu lama yang dikeluarkan kembali. Pihak syarikat telah
mengambil langkah pembetulan dan proses sertu telah dilakukan. Punca
wujudnya dna babi adalah dari sumber bahan mentah oleh pembekal. Halal
adalah melibatkan satu rantaian pembekalan yang besar. Jika satu sumber
tercemar, ianya memberi kesan kepada semua yang berada pada rantaian
yang terlibat.
Artikel berkenaan bertarikh pd 2011. Secret Recepie mempunyai sijil halal yang sah Sehingga 2013. Puratos juga mempunyai sijil halal yang sehingga 2014.
Boleh semak maklumat lanjut di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia
Seandainya kita menerima berita sebegini, semak kesahihan status halal melalui direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my atau gunakan aplikasi mobile myJakim atau HDC Halal Apps.

Sunday, September 08, 2013
Kisah Pilu Pejuang Islam Di Medan Perang Yarmuk
Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah
berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak
suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang
berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh
umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.
Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.
Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah.
Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu.
Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya.
Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.
islam itusuci
Saturday, September 07, 2013
Disebalik skandal Adi Putra
SIAPA pun tidak menyangka kisah seorang pelakon lelaki kacak didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Menerusi laporan media, pelakon berusia 32 tahun itu dikhabarkan sedang
dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya.
Adi Putra turut didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli perniagaan terbabit. Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit di Johor sekitar awal Ogos lalu.
Adi Putra juga membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut. Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan
maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya.
Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur. Pelakon KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lalu, dia telah memasang loudspeaker sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida.
Sinar Harian cuba mendapatkan pelakon kelahiran Singapura itu namun beliau mengelak untuk ditemui media. Bagaimanapun Sinar Harian berjaya mendapatkan penjelasan daripada ahli perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Amiruddin Osman.
Kami juga berjaya mendapatkan isteri Adi Putra, Aida Yusof. Ikuti temubual eksklusif ini.
'Saya mahu dia keluar Malaysia!'
Boleh anda jelaskan situasi yang berlaku?
AMIRUDDIN: Sebenarnya, isteri saya merupakan peminat fanatik pelakon itu. Malah, isteri saya turut memaklumkan kepada saya bahawa mereka turut berhubung melalui aplikasi sosial, WhatsApp dan Instagram.
Pada 1 Ramadan ketika sedang bersahur ketika pelakon itu berada di Kota Suci, saya terbaca kandungan perbualan di WhatsApp yang berbaur lucah yang disertakan gambar. Saya sangat terkejut melihat tindakan keterlaluan mereka dan terus bertanya kepada isteri mengenai perkara itu. Isteri saya memberitahu bahawa pelakon itu yang memulakan terlebih dahulu dan mereka saling berkongsi gambar.
Adakah anda pasti, gambar itu dihantar pelakon terbabit?
AMIRUDDIN: Sudah pasti, kerana perkara ini turut diakui oleh isteri saya. Malah, gambar yang dihantar pelakon itu kepada isteri saya adalah di lokasi penginapannya di Kota Suci ketika mengerjakan umrah.
Lokasi gambar itu turut disahkan rakannya yang turut berada di sana. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa, namun selepas kes itu, hubungan saya dan isteri mula renggang dan sering bergaduh.
Kenapa baru sekarang anda mahu ambil tindakan?
AMIRUDDIN: Saya cuba mendapatkan kerjasama daripada pelakon itu untuk berbincang mengenai perkara ini, namun dia tidak mahu. Saya tidak pasti, adakah dia ego ataupun malu untuk berjumpa. Apabila niat saya untuk berbincang secara baik tidak dihiraukan, saya tampil membuat laporan polis kerana tertekan dengan perkara ini.
Anda seperti menyalahkan pelakon itu sahaja....
AMIRUDDIN: Tidak, dua-dua salah. Saya tak kata dia saja yang salah, orang rumah saya pun salah juga. Namun, dalam hal ini, dia perlu bertanggungjawab dan sebagai selebriti, dia tidak sepatutnya berbuat demikian apatah lagi kepada isteri orang.
Tetapi, melihat kepada kandungan perbualan mereka, pelakon itu yang memulakannya dahulu. Sebagai peminat fanatik, isteri saya terus termakan pujukan dan kata-katanya sehingga bertindak 'melayan' permintaan pelakon itu.
Saya sendiri tidak sangka dia sanggup berkelakuan seperti itu apatah lagi ketika itu dia sedang mengerjakan umrah. Sebelum perkara ini diketahui umum, saya sudah memberi peringatan kepadanya menerusi gambar yang dimuat naik isterinya di Instagram ketika dia dimasukkan ke wad. Namun, ketika itu saya dihambur kata-kata kesat oleh peminat fanatiknya di laman sosial.
Menerusi laporan polis yang dibuat, pelakon itu mendakwa anda mengugut untuk menghancurkan karier dan memastikannya keluar dari Malaysia. Benarkah?
AMIRUDDIN: Memang saya mahu dia keluar dari Malaysia kerana dia tidak menghormati undang-undang negara kita.
Sebagai rakyat Singapura, dia perlu peka mengenai perkara ini dan tidak membuat masalah yang boleh mencabar undang-undang. Saya minta agar masyarakat dan peminat yang terlalu obses dengannya 'celik mata'.
Setelah dua bulan perkara ini berlaku, bagaimana pula hubungan anda dengan isteri?
AMIRUDDIN: Kami masih tidak seperti dulu. Namun, hubungan ini diharapkan dapat dipulihkan walaupun mengambil sedikit masa. Saya tahu, setiap orang pasti melakukan kesilapan. Lagipun, dia sudah menginsafi kesalahan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Saya ada semua bukti: Aida
Isteri mana yang tidak melatah sekiranya suami dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, apatah lagi wanita yang dimaksudkan adalah isteri orang. Namun, sikap profesional yang ada pada isteri Adi Putra, Aida Yusof, wajar diberi pujian.
Bukan sahaja menasihati suaminya untuk tidak membuat sebarang kenyataan, malah Aida juga tenang menghadapi dugaan yang mampu menduga kesabarannya itu.
"Tak apa, biar dia (pengadu) tampil memberikan segala bukti yang ada. Memang media ada menghubungi saya dan Adi, namun saya nasihatkan Adi untuk tidak memberikan sebarang penjelasan yang boleh mengganggu siasatan polis.
"Beri kami sedikit masa dan kami juga akan tampil dengan bukti yang kami ada. Saya tidak berniat untuk menyebelahi Adi kerana yang salah tetap salah. Namun, sebagai suami dia tidak sepatutnya mendedahkan aib isteri," katanya.
Menurut Aida, dia tetap berpegang kepada pendiriannya untuk berfikir secara rasional tanpa terburu-buru.
"Kenapa saya tidak melenting? Kerana saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya ada kesemua bukti. Jadi, kenapa pula dia terlalu menyalahkan Adi dalam hal ini sedangkan isterinya sendiri tidak tahu menjaga adab seorang isteri.
"Sebenarnya, ini bukanlah isu besar pun sehingga membabitkan media. Dia tak ubah seperti menegakkan benang yang basah. Saya takut, selepas saya kemukakan semua bukti, dia yang akan malu kerana dia fikir saya tak tahu apa yang terjadi," kata Aida yang mengakui akan mengadakan sidang media secepat mungkin untuk membersihkan nama suaminya.
Tambah Aida lagi, walaupun isu ini lebih kepada serangan peribadi, namun dia berharap agar peminat dan masyarakat tidak terus menghukum sebelum menilai.
"Saya tak rasa, perkara ini boleh menjejaskan karier Adi kerana peminat lebih mengenalinya. Peminat dan masyarakat tidak perlu membuat sebarang spekulasi kerana kami belum mengeluarkan kenyataan lagi.
"Kalau Adi salah, sebagai isteri, saya yang sepatutnya melenting. Namun, saya tidak nampak kesalahan itu pada Adi kerana sebagai lelaki, dia ada tiga kuota untuk diisi sekiranya saya izinkan.
"Saya percaya, usaha lelaki itu untuk 'menghalau' Adi dari Malaysia tidak akan berhasil malah pendedahan kami akan membuktikan siapa isterinya dan apa yang pasti, ini bukanlah kali pertama isterinya bertindak seberani itu," katanya.
SINAR ONLINE
Adi Putra didakwa hantar gambar lucah
KUALA
LUMPUR: Pelakon Adi Putra kini disiasat polis berhubung aduan seorang
ahli perniagaan Johor yang mendakwa Adi berbalas mesej dan bertukar
gambar lucah dengan isterinya, yang juga peminat pelakon berkenaan.
Pelakon kelahiran Singapura berusia 32 tahun itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun, biarpun baru seminggu berkenalan.
Difahamkan, hubungan antara pelakon terbabit yang sudah beristeri, dikesan suami wanita berkenaan yang terbaca mesej mereka ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu.
Menurut sumber, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mendapati isterinya saling menghantar gambar lucah kepada pelakon berkenaan.
Berikutan itu, pengadu mengalami tekanan perasaan dan perkara itu kerap menimbulkan pergaduhan antara mereka.
"Pelakon terbabit dikatakan berkenalan dengan wanita itu melalui laman sosial Instagram sebelum hubungan itu menjadi erat sehingga kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu.
"Perbuatan wanita itu dikesan suaminya 10 hari kemudian selepas ternampak gambar pelakon lelaki berkenaan dalam telefon bimbit isterinya ketika sedang bersahur," katanya.
Sumber itu menambah selepas meneliti isi kandungan telefon bimbit isterinya, lelaki terbabit terkejut apabila menemui mesej dan gambar lucah antara pelakon berkenaan dengan isterinya.
"Lelaki berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru kerana mengalami tekanan disebabkan kandungan dalam telefon isterinya," kata sumber itu lagi seperti yang ditukil Berita Harian Malaysia (BHM).
Sumber berkata pelakon dan wanita terbabit mengaku berbalas mesej, selain bertukar-tukar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos lalu, dengan alasan hanya 'suka-suka' dan mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini.
Difahamkan, polis merampas telefon bimbit milik kedua-duanya untuk dihantar ke makmal bagi dianalisis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Penolong Pesuruhjaya Ruslan Hassan, mengesahkan menerima laporan suami wanita terbabit tetapi enggan mendedahkan nama aktor berkenaan.
Menurutnya, aktor itu telah dipanggil memberi keterangan sekitar 8 malam Ahad lalu atas dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita.
"Pelakon itu memberikan kerjasama yang baik dan sudah memberi keterangan selepas diminta berbuat demikian susulan laporan polis yang diterima," katanya.
Jika sabit kesalahan, aktor itu boleh dipenjarakan sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Adi gagal apabila aktor terbabit tidak dapat dihubungi.

Friday, September 06, 2013
Bekas ahli kumpulan RUFFEDGE Rogol Anak Tiri dipenjara 20 tahun
KAJANG – Seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan
2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen
di sini hari ini selepas disabitkan bersalah merogol anak tiri berusia
14 tahun di rumah mereka, di Gombak Februari tahun lalu.
Hakim Nor Hazani Hamzah mengarahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun itu berjalan mulai hari ini.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, pada pukul 9 pagi, 9 Februari 2012.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.-kosmo

Wednesday, September 04, 2013
Kisah Sedih 20 Sen
Just nak kongsi ttg kisah sedih 20 sen....
Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..
Tiap pg,sblum sampai opis, akn sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akn membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sgt harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya, berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)
Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pcik dan tak berjumpa dgn Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakankan kembali rutin membeli nsi lemak pcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy berhentikan kereta sy disebelah Ashraf.
Jiha: Ashraf~~!! akak tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: eh, kak jiha..lama x nmpak.trima ksh byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring.Tapi..(muka sayu)
Jiha:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org.Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye )
Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak tahu apa2 ni..kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...T_T
ORANG MISKIN ADALAH TANGGUNGJAWAB KEATAS ORANG YANG KAYA

Monday, September 02, 2013
Najib Nafi Minyak Akan Naik Selepas PRU?
Kerajaan Tiada Hasrat Naik Harga RON95 - Ismail Sabri
BERA: Kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga
atau memberhentikan pemberian subsidi minyak petrol RON95 walaupun harga
minyak mentah semakin meningkat di pasaran dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika langkah itu diambil, sekali gus akan menyebabkan harga barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain akan naik secara mendadak.
"Minyak petrol merupakan keperluan utama dan jika kerajaan menaikkan harga sudah tentu peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut dan ini akan membebankan rakyat.
Justeru itu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak walaupun harganya semakin meningkat di pasaran dunia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) UMNO Bahagian Bera di sini, Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika dibandingkan harga minyak petrol RO N95 di negara ini dengan negara jiran serantau, ia jauh lebih murah iaitu RM 1.90 seliter, selepas kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.
Katanya, di Thailand minyak petrol dijual RM4.71 sen (seliter), Filipina RM5.85 sen, Singapura RM5.48 dan Indonesia RM3.08 sen.
Ismail Sabri bagaimanapun tidak dapat meramalkan bila harga minyak petrol akan turun kerana ia bergantung dengan ekonomi global.
Dalam pada itu, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau.
"Tahun lepas lebih 100 peniaga restoran telah dikenakan tindakan di bawah akta tersebut apabila didapati mengaut keuntungan dengan mengenakan harga tidak munasabah apabila mengenakan bayaran antara 50 sen hingga RM1 untuk segelas air kosong.
"Susulan itu tiada lagi peniaga yang mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan dan harga air kosong segelas hanya dikenakan kurang daripada RM0.50," katanya. BERNAMA
Isnin April 16, 2012Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika langkah itu diambil, sekali gus akan menyebabkan harga barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain akan naik secara mendadak.
"Minyak petrol merupakan keperluan utama dan jika kerajaan menaikkan harga sudah tentu peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut dan ini akan membebankan rakyat.
Justeru itu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak walaupun harganya semakin meningkat di pasaran dunia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) UMNO Bahagian Bera di sini, Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika dibandingkan harga minyak petrol RO N95 di negara ini dengan negara jiran serantau, ia jauh lebih murah iaitu RM 1.90 seliter, selepas kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.
Katanya, di Thailand minyak petrol dijual RM4.71 sen (seliter), Filipina RM5.85 sen, Singapura RM5.48 dan Indonesia RM3.08 sen.
Ismail Sabri bagaimanapun tidak dapat meramalkan bila harga minyak petrol akan turun kerana ia bergantung dengan ekonomi global.
Dalam pada itu, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau.
"Tahun lepas lebih 100 peniaga restoran telah dikenakan tindakan di bawah akta tersebut apabila didapati mengaut keuntungan dengan mengenakan harga tidak munasabah apabila mengenakan bayaran antara 50 sen hingga RM1 untuk segelas air kosong.
"Susulan itu tiada lagi peniaga yang mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan dan harga air kosong segelas hanya dikenakan kurang daripada RM0.50," katanya. BERNAMA
MSTAR
5 tahun lepas, rakyat Malaysia pernah
melahirkan kerisauan menjelang Pilihanraya Umum ke 12 (2008), adakah ada
kemungkinan kerajaan Malaysia bakal menaikkan harga minyak selepas
pilihanraya. Oleh itu rakyat Malaysia telah bertanya sendiri kepada
pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yang
bermain di fikiran kalangan rakyat Malaysia.
Akhirnya, rakyat Malaysia ketika itu mendapat satu jawapan yang menyenangkan hati mereka seketika, iaitu….
Ini antara penjelasan & jawapan
balas Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu memgang jawatan
sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu 2 minggu sebelum
berlangsung Pilihanraya Umum ke 12 (2008) pada 8 Mac 2008 adalah seperti
di bawah ini…
“Harga minyak tidak naik & nafikan harga petrol akan naik selepas pilihanraya”
Datuk Najib terus menafikan harga minyak
petrol akan naik selepas Pilihanraya Umum ke 12 (2008). ya…satu jawapan
yang meyakinkan daripada seorang Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Walaubagaimanapun, kerisauan rakyat
Malaysia datang lagi apabila tertanya-tanya apakah dasar yang akan
diambil kerajaan Malaysia selepas kemungkinan kenaikan harga minyak akan
berlaku tidak lama sahaja lagi terus bertiup kencang.
Pada laporan berita yang dilaporkan
Berita Utusan Malaysia seperti di bawah ini, Barisan Nasional telah pun
berjaya menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 (2008) dan terus memgang
tampuk pemerintahan Malaysia walaupun kehilangan majoriti 2/3 kerusi
parlimen buat pertama kalinya.
Akhirnya, kerisauan rakyat Malaysia kerisauan menjadi kenyataan & realiti.
“Suka atau tidak, rakyat Malaysia perlu menghadapinya”
Bukan 10 sen, 20 tetapi 78 sen kenaikan
harga minyak petrol pada ketika itu ditambah juga dengan kenaian tarif
elektrik. Walaubagaimanapun, terma kenaikan tidak digunakan, tetapi
dikatakan harga minyak petrol, diesel dan tarif elektrik diselaraskan
semula. Hakikatnya sama sahaja maksudnya.
sumber:berita semasa.
Diesel, RON95 naik 20 sen Mulai 3 September
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.
Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.
Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,
Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.
Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.

Sementara itu, Bernama melaporkan
pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi
RON95dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga menteri kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.
Jimat RM1.1 bilion tahun ini
Jimat RM1.1 bilion tahun ini
Perdana
Menteri berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang
akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada
tahun ini.
"Bagi tahun sepenuhnya, kita menjangka kira-kira RM3.3 bilion, tetapi tahun ini kerana kita akan bermula esok pagi, jumlah itu kira-kira RM1.1 bilion, kata beliau.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata untuk menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan, pelaksanaan projek-projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti.
"Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah akan diberi keutamaan dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.
"Manakala, pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran," kata beliau.
Bagaimanapun, jelas Najib projek Mass Rapid Transit Jajaran 1, 2 dan 3 akan diteruskan seperti dirancang dan Projek Rel Kelajuan Tingi Koridor Selatan pula masih dalam proses rundingan.
"Kita akan meneliti mana satu projek yang akan dijadualkan semula dan mana projek yang akan diteruskan," tambahnya.
Menurut Perdana Menteri dalam jangka sederhana dan panjang, kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan lagi pasaran eksport negara.
"Pelancongan, sumber terimaan luar yang besar akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau.
Najib berkata Jawantankuasa Dasar Fiskal (FPC) telah menekankan bahawa komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3.0 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.
"Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar," kata beliau dan menambah bahawa lebihan akaun semasa imbangan pembayaran yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.
Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur, kata Perdana Menteri.
"Pada masa ini, subsidi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah dalam kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing.
"Oleh itu, kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas," kata beliau.
'Inflasi masih rendah'
Menjawab mengenai kemungkinan kenaikan inflasi selepas kenaikan harga bahan api tersebut, Najib berkata inflasi pada masa ini masih rendah dan dijangkakan kesan itu tidak akan memudaratkan rakyat.
"Mungkin peningkatannya tidak begitu tinggi," kata beliau.
Semasa ditanya mengenai cukai barangan dan perkhidmatan, beliau berkata: "Apa sahaja berkaitan GST akan diumumkan dalam ucapan belanjawan."
Menyentuh mengenai ringgit, beliau berkata ringgit mendapat kesan ekonomi luar dan di luar kawalan negara.
"Bank Negara menyedari akan hal ini dan tidak memberi kita tekanan yang tidak wajar pada masa ini tetapi kita percaya apa yang penting ialah untuk mengukuhkan asas ekonomi," kata beliau.

sumber:malaysiakini
DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP
Doa ini diambil dari Darusyiffa. Ia salah satu doa untuk membuka segala kunci pada permasalahan jasmani dan rohani. Sebelum ini captain telah memasukkan N3 "Doa Pembuka Dan Menutup Pintu Hati". Doa untuk membuka apa telah tertutup atau
terkunci seperti fikiran,hati, pintu rumah, peti dan lain-lain lagi.
Banyak
perkara yang tertutup atau terkunci. Sebagai contohnya, nafsu dikunci
terhadap isteri, ilmu pelalau yang digunakan atas seseorang untuk
menghalang dari bertemu jodoh. Pintu rezeki tertutup rapat. Fikiran dan
hati yang tertutup. Perasaan dan kasih sayang tertutup pada isteri atau
suami dan sebagainya.
Jodoh
pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam Qada' dan
Qadar Allah S.W.T. Kita hanya mampu berusaha dan Allah SWT akan
menentukan segala-galanya.
Maksudnya:(Surah Al-Fath:Ayat 1,2,3):
1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. Kemenangan
yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah
lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta
menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan
melaksanakan hukum-hukumnya).
3. Dan
dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai
kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang
tidak ada bandingannya).
Sumber:darul syifa'