Dengan menyebut nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala Puji bagi Allah, Tuhan semesta
alam.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; Bukan
(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Amin..
Ya Allah..hamba merasa tak pantas memohon
Kepadamu,,kerana hamba penuh dengan dosa..
Ya
Allah..hanya KepadaMu hamba memohon, hanya Engkaulah yang dapat memberikan
jawapan kepada hamba mu hanya Engkaulah yang boleh mengubah segala sesuatunya.
aku hanyalah seorang hamba allah yang penuh dengan kekurangan dan
kelemahan dalam diri...seseorang yang perlu dibimbing dan di berikan
petunjuk ke arah yang lebih baik..hanya Allah sahaja yang tahu segala
kekurangan dan kelebihan diri ini...sesungguhnya,Dia maha berkuasa lagi
maha mengetahui.
Ya Allah.. Dalam Tangis malam ku sedar,Kau hadirkan dia sebagai ujian buatku..
Meski aku sering terluka, meski hati ku sering tercalar, meski air mata ku sering mengalir..Ya Allah..kuatkan diri ini, untuk terus mendoakan dia, membimbing dia ke jalan MU...Dia.. Ujian Buatku... Berikan aku kekuatan untuk terus menghadapi dugaanMU ni . Tuhan hadirkan ‘dia’ kepada kita untuk menguji keimanan kita. Tuhan
datangkan ‘dia’ bukan sekadar untuk memberi seri pada hati ku..
Hamba memohon
padaMu ya Allah..
Hamba mohon.. lindungilah dia disana.. ..
Seseorang
yang telah kau utus untuk ku bimbing ke jalan MU..
Lindungi dia ya Allah..Lindungi dia dari orang-orang yang ingin mendzaliminya..
Ya Allah, berikanlah dia semangat untuk terus berjuang.. Berjuang dengan dirinya
ya Allah....
Ya Allah..hamba pasrahkan
dia kepadamu Ya Allah.. Lindungilah dia, jagalah dia, permudahkan pekerjaannya,,dan lancarkan urusannya..
Ya allah.. lindungilah kami Tidak mahu kami melakukan segala dosa dan maksiat jauhkan lah kami dari hasutan syaitan yang direjam jauhkan lah kami dari lakukan perkara yang kau larang.
Ya allah.. bukakanlah pintu hati kami agar kami selalu ingat kepada larangan mu...
Ya Allah , terima kasih kerana kau telah menghantar dia untuk aku . Bimbinglah kami dalam mencari redha Mu.Jauhkan lah kami dari segala perkara2 buruk. Dekatkan lah kami dengan pintu2 syurga. . Kuatkan lah kami untuk menangani segala masalah yang mendatang. Jadikan kami anak2 yang solehah. Pimpinlah kami hingga ke pintu syurga. Aku mohon semoga kau lindungi dan pelihara lah kami hingga Jannah ...
TUHAN. JAGAKAN DIA...
SESUNGGUHNYA ALLAH LAGI MAHA MENGETAHUI DAN LAGI MAHA ADIL"
"MATAHARI KITA MINTA, HUJAN TURUNNYA LALU MENJADI PELANGI"
"SEGALANYA SUDAH DIATURKAN OLEH MAHA PENCIPTA"
yang kita mampu lakukan hanya lah "PERCAYA" akan N-ya .. dan berdoa agar dipermudahkan segalanya .
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut