DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai
finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa
Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan
mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan
itu.
Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera
Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas
penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.
Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan
dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga
menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay,
sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan
penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.
“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.
Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang
beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan
ratu cantik.
Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu
ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi
gelaran Miss Malaysia pada 1992.
Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut
menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran
namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai
pendekkan.
“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan
mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah
personaliti setiap finalis yang bertanding.
“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang
wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?”
katanya.
Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula
supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu
cantik.
“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya
sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang
prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan
tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.
sepatutnya ada desakan daripada NGO islam dan majlis Fatwa itu sendiri. mengharamkan penyertaan orang islam dalam pertandiangan ratu cantik, sukan gimrama, gimnastik, angkat berat, renang, terjun dan sebagainya yang melibatkan sukan yang berpakaian yang menjolok mata dan seksi
ReplyDelete