Pakai Tudung (Jahat)
Yang ni benda yang sangat rare
sebenarnya, tapi bukan perkara yang luar biasa. Bagus dah
pakai tudung tapinya jahat lah pulak..
Tak Pakai Tudung (Jahat)
Yang ni common rasanya. Orang
selalu samakan, tak pakai tudung = jahat macam kapir. Ish3. Harsh gila
ayat tu. Ada je kapir yang baik. Hmm, contoh yang tak pakai tudung dan
memang jahat betul contohnya:
#1 minum minuman keras yang memabukkan,
#2 mewarnakan rambut, warnakan kuku tangan kuku kaki semua, nak solat macam mana kalau wudhuk tak sah?
#3
hipokrit contohnya dia pura-pura pakai tudung sebab nak mengorat lelaki
ataupun pura-pura pakai tudung sebab kena paksa dengan family. Bila dah
belakang family, terus jadi Setan. Lepastu tak pasal-pasal ada lagu
"Minah Tudung" ciptaan Hafiz As'ari,
#4
seksi meksi yang menggoda mata para Arjuna. Kalau yang alim sambil
tengok sambil geleng-geleng kepala atau istighfar, kalau yang gatal,
sambil tengok sambil tersengih kerang busuk.
#5 pregnant out of wedlock lepastu dump baby merata-rata dekat dalam longkang lah tong sampah lah. Aiyooo.
Pakai Tudung (baik) Tapi ...
Pakai tudung (baik) tapi.....
#1 pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)
Pakai tudung (baik) tapi.....
Ini
ada 1 masalah. Dah bagus dah pakai tudung dan baik sebab tak buat
maksiat apa semua, TAPI, alamak ada tapi lah pulak, tapi tudung tu
sekadar tudung, tak tutup aurat dengan sempurna. Contohnya:
#1 pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)
#2 pakai tudung tapi pakai legging (ketat)
#3 pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)
#4 pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)
#5 pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)
#6 pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
#7 pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem)
#8 pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
#9 pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)
#10 pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. [klik sini utk penjelasan]
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
*Nak tengok alasan serta jawapan yang lebih detail dan berhemah untuk golongan sperti ini, boleh klik syahirul.com.
Maaf jika aku terlalu kasar dalam
menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima
kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku
bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan
kita.. =)
Source:-milimilo
- szlihin
Setuju dengan artikel nih..
ReplyDelete