Saturday, February 16, 2013
Meteor besar terhempas di Rusia
MOSCOW:
Sebuah meteor besar menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari
ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan
mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku
di zaman moden ini.
Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.
Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.
Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.
Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.
Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.
Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.
Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.
AFP

Thursday, February 14, 2013
Gadis Mati Jatuh Dari Tingkat 6 di Time Square
Seorang gadis berbangsa cina telah ditemui mati di lobi berhampiran dengan Papa John dan booth U Mobile di Berjaya Times Square shopping mall dalam pukul 11 pagi tadi (14/02/2013/Khamis). Mangsa yang baru berusia 19 tahun dipercayai telah terjatuh dari tingkat 6 bangunan berkenaan .Dan ada sumber berita mengatakan bahawa gadis berkenaan terjun untuk membunuh diri yang berkemungkinan akibat daripada tekanan perasaan selepas bergaduh dengan kekasih.Masih belum disahkan.
Wednesday, February 13, 2013
Khalifah Umar bin Abdul Aziz - Khalifah az-Zaahid digelar Khulafa al-Rasyidin yang ke5
Nama sebenar beliau ialah Abu Jaafar
Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam, lahir pada tahun 63H (682M)
dan meninggal dunia pada 101H (720M). Beliau adalah pemimpin @ khalifah
kepada Bani Umaiyyah yang ke 6, dan telah memerintah selama 2 tahun 5
bulan.
Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, gabenor Mesir dan adik kepada
Khalifah Abdul Malik. Ibunya adalah Ummu Asim binti Asim. Umar adalah
cicit kepada Khulafa Ar-Rasyidin kedua Umar bin Khattab.
Umar bin Abdul Aziz dibesarkan di Madinah dengan bimbingan Ibnu Umar,
iaitu salah seorang sahabat nabi yang paling banyak meriwayat hadis.
Umar telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi serta bergaul
dengan para pemuka ahli feqah dan ulama. Merantau ke Madinah untuk
menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh
terkemuka seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair,
Abdullah bin Jaafar, Yusuf bin Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau
melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul
Malik bin Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan
puteri Khalifah, Fatimah binti Abdul Malik (sepupunya).
Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang
diwarisi dari datuknya Saidina Umar bin Al-Khattab. Baginda amat
berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat.
Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua
lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk
kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu
diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah
dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat
biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan
kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep
jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini
terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang
boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan
harta kerajaan.
Umar bin Abdul Aziz Sebagai Khalifah
Beliau dibai'ah / dilantik menjadi Khalifah pada tahun 98H (717M)
setelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik atas
wasiat khalifah tersebut. Padahal sebenarnya dia tidak mahukan jawatan
itu.
Oleh kerana itu dia mengumpulkan orang-orang di masjid untuk solat
berjamaah lalu berpidato. Setelah menyampaikan pujian kepada Allah dan
bersalawat kepada Nabi, dalam pidatonya dia mengatakan,
“Wahai manusia! Saya telah diuji untuk menjalankan tugas ini tanpa
diminta pendapat, permintaan dari saya, atau musyawarah kaum Muslimin.
Maka sekarang ini saya membatalkan bai'ah yang kalian berikan kepada
diri saya dan untuk selanjutnya pilihlah khalifah yang kalian suka!”
Tetapi orang-orang yang hadir dengan serempak mengatakan, “Kami telah
memilih engkau wahai Amirul Mukminin. Perintah lah kami dengan
kebahagiaan dan keberkatan!”
Setelah itu dia
lalu menyuruh semua orang untuk bertakwa, untuk tidak menyukai dunia
dan menyukai akhirat, kemudian berkata, “Wahai manusia! Barang siapa
mentaati Allah, wajib ditaati, siapa yang mendurhakai-Nya tidak boleh
ditaati oleh seorang pun. Wahai manusia! Taatilah saya selama saya
mentaati Allah dalam memerintahmu dan jika saya mendurhakai-Nya tidak
ada seorang pun yang boleh mentaati saya.” Lalu dia turun dari mimbar.
Kenyataan Khalifah Abdul Aziz yang terakhir di atas iaitu agar taat
kepadanya selagi dia taat pada Allah, dan jangan taat padanya jika dia
tidak taat kepada Allah, adalah sama sepertimana yang diucapkan oleh
Saidina Abu Bakar ketika beliau dilantik menjadi khalifah. Kata-kata
Saidina Abu Bakar seperti berikut;
".....Patuhilah
aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak
mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian
terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan
sanadnya adalah sahih).
Maka kita tanya diri kita sekarang, adakah kerajaan dalam negara kita
sekarang ini mematuhi Allah? Sedangkan Hukum Hudud yang wajib dan
diperintahkan di dalam AlQuran pun satu habuk kita tidak laksanakan.
Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad s.a.w dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah”
Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.
Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau menjawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah s.a.w." Isterinya juga turut mengalirkan air mata.

Setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz
telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feudal.
Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) Menghapuskan
cacian terhadap Saidina Ali bin Abu Thalib dan keluarganya yang disebut
dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan
ayat suci al-Quran
2) Merampas kembali harta-harta yang disalah-gunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3) Memecat
pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalah-gunakan kuasa dan pegawai
yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) Menghapuskan
pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah
terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata
tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal
peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat
sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat mengambil-berat tentang kebajikan
rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga
ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitik-beratkan penghayatan agama di kalangan
rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah
memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjamaah dan
masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana
yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Khulafa' Ar-Rasyidin.
Baginda turut mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar
mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikiawan Islam
supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari
bahasa Greek, Latin dan Suryani ke dalam bahasa Arab supaya senang
dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyyah, beliau telah menghantar 10
orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang
pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk
mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah
menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan
Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah
menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua
rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya
keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan
adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab,
yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh
pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.
Hari-hari terakhir Umar bin Abdul Aziz
Ketika menjelang sakaratul mautnya, umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki".
Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”
Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa."
"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"
"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mahu meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah."
Pada waktu lain, Umar bin Abdul Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama: menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam syurga (kerana tidak menggunakan wang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih syurga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)
Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gabenor lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa selepasnya, keturunan Umar bin Abdul Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul Aziz.
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Menurut riwayat, beliau meninggal kerana dibunuh (diracun) oleh pembantunya.

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah
pemerintahan, tetapi Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah membuktikan
sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada
pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat
layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh
dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat.
Kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari
sendiri.
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur,
adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman
moden ini. Hanya dalam masa 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan
ke arah pemerintahan yang diredhai Allah dan menjadi contoh sepanjang
zaman. satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang
yang benar-benar ikhlas!
Kesimpulan
Marilah sama-sama kita berusaha untuk melantik Perdana Menteri yang
berjiwa seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz, yang mana tidak KEDUNIAAN ,
ZUHUD serta TAWADHU'. Dan membahagikan kekayaan negara sama rata di
kalangan rakyat. Adakah anda rasa itu mustahil? Tidak sama sekali
sebenarnya. Janji ada kehendak, doa dan usaha, kemudian tawakkal pada
Allah s.w.t.
Sedangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz boleh lakukan di zamannya,
mengembalikan kegemilangan zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, apa
lagi kita di zaman sekarang yang penuh kemudahan dan teknologi. Yang
menjadi masalah ialah semangat dan keyakinan kita saja yang kurang.
Adakah kita hanya mahu menjadi PEMBACA kepada kisah Khalifah Umar bin
Abdul Aziz tanpa mahu mengambil iktibar dan cuba lakukan sedemikian
juga?
Ingatlah, jika kekayaan dibahagi sama rata, maka tidak akan wujud hasad
dengki, rompakan, curi, ragut, pecah rumah, bunuh-membunuh kerana harta
dan seumpamanya. Tidakkah anda nampak itu aman seamannya? Dan kepada
golongan kaya raya yang makin mahu menambah kekayaan, untuk apa kamu
mahu bertambah kaya lagi? Untuk menunjuk-nunjuk hebat di dunia yang
sementara ini? Adakah kamu boleh hidup selamanya di atas dunia ini?
Berapa tahun sangat umur kamu dapat bertahan? Sedarlah dan jelirlah
kepada bisikan-bisikan syaitan yang menghasut nafsu kita agar tidak
pernah puas dengan kekayaan yang sedia ada.
Buat apa kaya-raya sedangkan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan?
Bimbang harta dirompak, diragut, dirampas, anak kena culik, isteri kena
culik, dikhianat dan sebagainya.
Jika kita teruskan dengan konsep dan kaedah yang ada sekarang ini, maka
orang kaya akan terus bertambah kaya, dan yang miskin akan tersepit dan
makin terkepit. Dan apabila disebut agar berusaha agar rakyat sama kaya
semuanya, akan ada lah mulut-mulut 'mengada' yang mengatakan "tu nak
suruh rakyat agar malas berusaha lah tu". Atau pun "ini nak suruh
kerajaan beri subsidi selalu lah ni". Orang yang cakap begitu biasanya
hanya fikir tentang 'perut' sendiri tetapi tidak menghayati dan memahami
kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara kita yang miskin dan susah
di luar sana.
“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati
sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh
mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)
Sedarlah, tidak semestinya semua usaha lebih dan rajin itu akan menjadi
kan seseorang itu KAYA. Kadang-kadang, orang yang berusaha lebih, dia
tetap miskin. Kadang-kadang orang berusaha sikit saja, tapi dia dah jadi
kaya raya. Adakalanya orang-orang bawahan dia yang penat lelah
mengkayakan dia.
Sedarlah, kekayaan dan kemiskinan itu adalah REZEKI dan UJIAN dari Allah
s.w.t. Dia mahu uji dan tengok kita setakat mana kesabaran dan
ketahanan kita digoda oleh harta benda. Hinggakan ada kalanya manusia
merasakan harta benda itu dia sendiri yang punya, hingga langsung tidak
sedar banyaknya AMANAH yang ada dalam hartanya yang nanti akan
dipersoalkan di Hari Kiamat kelak.
“Ketahuilah
oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan
sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kalian
serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan
yang kerananya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani,
kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning
lantas menjadi hancur, dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan
ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya, dan kehidupan dunia itu tidak
lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid : Ayat 20)
Sama-sama lah kita fikirkan dan guna akal yang Allah Ta'ala bagi ini
dengan sebaik mungkin. Dan sedarlah, kita ini sudah sekian lama ditipu
oleh PENJAJAH dan sampai sekarang pun masih pakai Undang-undang penjajah
dan ikut telunjuk penjajah.
Rujukan:
1 - tayibah.com
2 - Abdurrahman, Jamal (dalam bahasa Indonesia). Keagungan Generasi Salaf (disertai kisah-kisahnya). Darus Sunnah.
3 - Jalaluddin Suyuthi - Tarikh al-Khulafa (Sejarah Para Khalifah).
credit unikversiti.blogspot.com
Monday, February 11, 2013
NAJIB kena BOOOOO di Penang Psy Show
PenGertian Akikah
Ibadah Aqiqah / Akikah
Akikah adalah suatu kegiatan penyembelihan / menyembelih haiwan ternak sebagai tanda rasa syukur kepada Allah SWT karena mendapatkan anak lelaki atau perempuan (setelah lahir). Hukum pelaksanaan acara aqiqah adalah sunah / sunat bagi ibu bapa atau wali anak bayi yang baru lahir tersebut.
Akikah dilakukan pada hari ke-tujuh setelah kelahiran anak. Apabila belum mampu di hari ketujuh, di hari setelahnya juga tidak apa-apa.
Jumlah haiwan untuk akikah ialah
- 2 ekor kambing untuk anak lelaki
-seekor kambing untuk anak perempuan
Apabila hanya mampu menyembelih seekor kambing dahulu untuk anak lelaki tidak mengapa.
Haiwan yang dijadikan akikah adalah sama dengan haiwan untuk korban dalam hal persyaratannya.
Akiqah memiliki tujuan untuk menanamkan jiwa keagamaaan pada anak, sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT atas segala nikmat dan rejeki yang diberikan kepada kita selama ini.

Adab Majlis Kenduri
Jemputan wajib hadir rai pengantin walaupun berpuasa
Pasangan yang berkahwin disunatkan mengadakan majlis kenduri atau walimah untuk mengisytiharkan ikatan perkahwinan mereka di samping melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.
Majlis kenduri sebenarnya bukan sekadar menjemput tetamu
menikmati juadah dihidangkan, tetapi ada kaitannya dengan ibadah kepada
Allah SWT. Kebanyakan ulama berpendapat mengadakan majlis walimah
hukumnya sunat muakkad, amalan amat dituntut dalam Islam.
Malah sebahagian ulama seperti mereka yang bermazhab al-Zhahiri menyatakan hukum mengadakan walimatul urus atau kenduri perkahwinan adalah wajib seperti pandangan sebahagian ulama bermazhab Syafi’e dan Hambali.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, direkodkan oleh Imam Muslim dan Imam al-Bukhari, Nabi SAW telah menyembelih seekor kambing ketika Baginda berkahwin dengan isterinya, Zainab binti Jahsy.
Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW menyuruh ‘Abdul Rahman bin Auf mengadakan kenduri ketika perkahwinan beliau walaupun dengan seekor kambing. Sabda Baginda SAW: “Adakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.”
Ketika Ali memperisterikan puteri Rasulullah SAW, Fatimah, Baginda bersabda: “Bagi sesuatu perkahwinan itu ‘walimah’ (kenduri).”
Dianjurkan Islam
Mengadakan kenduri perkahwinan walaupun secara kecil-kecilan adalah dianjurkan dalam Islam. Oleh itu, disunatkan bagi sesiapa yang melangsungkan majlis perkahwinan mengadakan jamuan dan menjemput orang lain untuk menghadiri majlis itu.
Pada pandangan Imam Ahmad bin Hanbal, disunatkan mengadakan majlis kenduri pada hari kedua-kedua pengantin diijabkabulkan. Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pula, digalakkan pasangan pengantin mengadakan kenduri perkahwinan setelah mereka bersama.
Imam al-Mardawi pula menyatakan waktu disunatkan mengadakan majlis kenduri adalah luas iaitu bermula dari hari akad sehinggalah berakhirnya hari-hari perkahwinan (mengikut adat masyarakat).
Hukum penuhi undangan
Bagi mereka yang diundang ke majlis kenduri perkahwinan hendaklah memenuhi undangan itu. Ulama berpendapat hukum memenuhi undangan perkahwinan atau apa saja undangan selagi tidak membawa kepada kemaksiatan serta tidak ditegah Nabi SAW adalah wajib.
Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “Penuhilah undangan jika kamu telah dipanggil.” (Riwayat al-Bukhari).
Seseorang Muslim yang diundang oleh saudara Muslim lain wajib menghadirinya jika tiada sebarang halangan mahupun keuzuran. Walaupun seseorang itu berpuasa penuhilah undangan dan dia dibenarkan meneruskan puasanya atau memilih untuk berbuka bagi puasa sunat.
Nafi’ telah menjelaskan, sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Umar akan memenuhi sesuatu undangan tidak kira undangan perkahwinan atau selainnya walaupun dalam keadaan berpuasa. Dalam Fathul Bari juga dinyatakan beliau (Ibnu Umar) akan memenuhi undangan majlis kenduri dalam keadaan berpuasa dengan hanya bertemu dan mengucapkan doa Nabi SAW kepada pasangan pengantin.
Elak majlis dicemari dosa
Perkara penting perlu diketahui oleh setiap orang yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan mahupun mereka yang hadir adalah berusaha mengelakkan majlis dicemari perkara mendatangkan dosa.
Antara yang perlu dititikberatkan, kedua-dua pasangan pengantin perlu menjaga adab seperti tidak mendedahkan aurat serta tidak bersalaman dengan mereka yang bukan mahram. Begitulah juga dengan tetamu Muslim yang diundang perlu menjaga batasan hukum agama.
Meraikan adat perkahwinan hukumnya adalah harus selagi tidak membawa dosa kepada Allah SWT. Jangan sekali mencampurkan majlis dengan aktiviti bertentangan agama seperti acara menolak bala, tarian bercampur lelaki dan wanita.
Tidak salah untuk memasang muzik mahupun lagu hiburan selagi mana tidak membawa kepada kemaksiatan. Namun disarankan muzik yang dipasang itu lebih berkonsepkan nasihat dan tidak terlalu kuat hingga mengganggu keharmonian majlis perkahwinan.
Perkara lain perlu dipelihara ialah pembaziran. Walaupun tidak salah mengadakan kenduri secara besar-besaran tetapi jangan terlalu boros hingga terpaksa berhutang. Anjurkan majlis kenduri mengikut kemampuan.
Majlis diberkati, sebagai ibadat
Alangkah bertuahnya apabila majlis kenduri yang diadakan atau kita hadiri diberkati serta dikira sebagai ibadat kerana dapat mengeratkan silaturahim, memaklumkan ikatan perkahwinan yang baru termeterai dan bersedekah kepada tetamu.
Sebaik-baik doa diucapkan kepada pasangan yang berkahwin: “Semoga Allah memberkatimu serta menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Pasangan yang berkahwin disunatkan mengadakan majlis kenduri atau walimah untuk mengisytiharkan ikatan perkahwinan mereka di samping melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.
Meraikan adat perkahwinan hukumnya adalah harus selagi tidak membawa dosa kepada Allah SWT. Jangan sekali mencampurkan majlis dengan aktiviti bertentangan agama”

Saturday, February 02, 2013
Friday, February 01, 2013
Ikan Segar Pasar Nelayan & Gulai Temenung
Jumaat yang indah arini.. diajak mak aku ke Pasar Nelayan Seberang Kota ikut akak aku..sebab duk dengaq cite akak aku yang asik cari ikan segar dan makan gulai ikan temenung kat sini.. maka dari kemarin mak aku dah plan nak ikut p tengok cmne. adakah beza dengan suasana dulunya..Pasar Nelayan Seberang Kota ini terletak kira-kira 1 km dari pekan Kuala Kedah dan 200 meter dari Muzium Kota Kuala Kedah..
ikan terus dari pukat
Pelanggan telah siap menunggu |
Bot nelayan Ikan temenung |
Atas Jambatan Seberang Kota |
Best dapat tengok ikan terus dari bot nelayan dan dibuang dari pukat terus kita beli.. arini ikan temenung sekilo RM6 .Kalau cni RM6 .kat pekan sehari dalam RM12 atau kurang2 RM10.. ermmm.. 2 kali ganda dari dibeli terus dari nelayan..
itu yang kita selalu dengar.. ikan mahai..tpi kehidupan nelayan tetap ditahap tu jugak..
Gulai ikan temenung, Pasar Nelayan,Seberang Kota,Kuala Kedah
ini dia gulai ikan temenung yang top tuu... ikan fresh.mmg best.. Menu kat cni cuma ulam ,sambal belacan ikan temenung goreng dan gulai ikan temenung..
Kami oder 8 ekoq gulai ikan temenung |
berselera abang ipaq aku makan
Ramai sangat pelanggan menanti giliran untuk makan.