Warkah terbuka buat Menteri Pengajian Tinggi Berkenaan Isu Listen
Warkah terbuka buat Menteri Pengajian Tinggi
Ibu prihatin,
Salam Kebangkitan Rakyat, Pak Menteri
Pertamanya, saya ingin nyatakan rasa dukacita dengan isu video
‘listen,listen, listen’ uum yang sekarang hangat ditonton dan
dibicarakan 1 Malaysia. Ada beberapa persoalan yang ingin saya
kemukakan dan diharap mendapat response dari tuan.
1. Siapakah penganjur program tersebut?
2. 2 Apakah objektif atau matlamat program? Manfaat mahasiswakah atau talian hayat BN?
3. 3 Atas kapasiti apakah Syarifah Zohra Jaben diangkat sebagai Jurucakap program berkenaan?
4. 4 Apakah yang diharapkan kementerian melalui program seumpama ini? Memandulkan minda golongan mahasiswa ?
5. 5 Apakah pihak universiti dan NC nya faham hala tuju pendidikan
pengajian tinggi dan pengisian yang sewajarnya dalam pembentukan
jatidiri siswa-siswi merdeka?
Apa yang dapat dilihat
dalam video yang memalukan itu- nyata ianya tersasar dari tajuknya
“Seiringkah Mahasiswa dan politik”. Sama ada penganjurnya pihak
universiti, maupun pihak persatuan pelajar, objektif penganjurannya
sewajarnya ke arah membuka minda mahasiswa, memantapkan daya fikir
mereka, menggalakkan pemikiran kritis khususnya dalam membicarakan
isu-isu semasa . Sesungguhnya golongan siswa adalah pemimpin muda
masakini dan bakal pewaris pimpinan Malaysia akan datang. Mahasiswa dan
politik adalah satu keperluan.
Justru- forum ini tidak sepatutnya dikendalikan oleh wanita ‘setengah masak ‘ dengan pendekatan setengah masaknya.
Sewajarnya panelis matang dan berautoriti dari parti-parti politik PR
dan BN digandingkan dalam forum tersebut. Berikan ruang dan peluang
untuk anak-anak kita mendengar ‘hujjah dan fakta’ dan hormati kemampuan
mereka ‘untuk menilai serta memutuskan’ pihak mana yang lebih benar
hujjah dan faktanya- dan pihak mana pula sekadar memuntahkan ‘auta dan
fitnah’.
Begitu juga, sewajarnya berikan ruang
secukupnya untuk golongan siswa yang telah ‘mengorbankan masa berharga’
mereka –duduk dan sabar mendengar apa yang diperkatakan sepanjang forum
itu berlangsung( walau mungkin mereka tidak bersetuju dengan auta
panelisnya) untuk mengemukakan pandangan serta persoalan.
Sebagai seorang ibu yang peka dengan perkembangan semasa negara dan anak
muda, saya berpendapat bahawa Syarifah ZJ bukan ‘somebody’ yang layak
untuk bercakap dalam forum itu-atas kapasiti apapun! Apa lagi atas
kapasiti pimpinan KIMA!! Keangkuhan dan kebodohan beliau serta sikap
biadabnya di majlis wacana siswa amat menjengkelkan. Oppps…..adakah ini
oppa BN style memaksakan pengaruh ke atas anak muda?
‘Omelan beliau ibarat sampah yang tidak berbaloi diulas. Biarkan
kucing, lembu dan itik saja memberikan komen. Saya hanya ingin
mengingatkan pihak tuan dan kementerian yang beroperasi dari wang
rakyat- supaya jangan memperbodohkan anak-anak kami di menara gading
seperti yang berlaku di UUM.
Pada anak-anak siswa
khususnya di uum, hormatilah diri kalian sebagai wrga intelek, penghuni
menara gadiang yang sewajarnya bijak fikir , tau membezakan yang tulin
dan yang palsu, dan tidak membiarkan maruah ‘siswa/siswi’ dicucuk hidung
serta dikondokan oleh mana-mana badut 1 Malaysia.
Buat Bawani dan siswa-siswi merdeka harapan rakyat- syabbas dan teruskan
berfikiran terbuka, matang dan berani menyuarakan pandangan-pandangan
mantap kalian , sesuai dengan status kalian sebagai golongan bijak
pandai penentu masa depan Negara!
Akhirnya, buat Pak Menteri,
dengar! Dengar! Dengar! Dengar! Dengarkan kata-kata peringatan ini!
Hentikan agenda-agenda sengal di menara gading! Kembalikan maruah warga
kampus! Martabatkan menara gading, martabatkan golongan siswa dengan
program-program membuka minda! Hentikan pemandulan daya fikir dan
menghina intelektual anak muda!
Shah Alam, Selangor.
salam nice entry. yup saya sokong apa yang awak tulis di dalam blog ini. Sepatut nyer mahasiswa dan mahasiswi tidak kira mereka dari ipta or ipts berhak menyuarakan pandangan. Sebab golongan macam ini yang akan menerajui negara pada masa hadapan. Bukan mengendahkan pandangan golongan mahasiswa macam haiwan. http://hok-aloh91.blogspot.com/
ReplyDelete