Peristiwa Sebelum Dan Selepas Kelahiran Nabi SAW
Peristiwa Sebelum Dan Selepas Kelahiran Nabi SAW
(1)Semasa Rasulullah berada di dalam kandungan bondanya,Aminah,beliau
tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang
hamil.Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang
kepadanya ketika beliau sedang tidur.Malaikat mengatakan bahawa beliau
telah mengandungkan seorang nabi dan penghulu kepada seluruh umat
manusia.Selain itu tanda kehamilannya ialah dengan haidnya terputus dan
berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya
(2)Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah,Allah memerintahkan
malaikat supaya membukakan pintu syurga dan memberitahu semua penghuni
langit dan bumi.Tanah-tanah di persekitan tersebut yang kering menjadi
subur,pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat.Begitu juga
haiwan-haiwan di laut sibuk membincangkannya
(3)Peperangan tentera bergajah yang disebut dalam Al-Quran,surah
Al-Fil,datang menyerang Kota Makkah.Ia diketuai oleh tentera bergajah
dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmud.Apabila mereka
hampir sampai ke tempat tersebut,gajah-gajah tersebut berhenti dan
berundur dengan izin Allah.Namun sekumpulan burung Ababil datang
menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut dalam
Al-Quran.Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam
kitab-kitab sejarah
Firman ALLAH, bermaksud :
"
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak
terhadap tentera bergajah ( yang dipimpin oleh Abrahah Gubernur Yaman
yang hendak menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke kota Makkah tentera
tersebut di serang burung- burung yang melempar tenteranya dengan
batu-batu kecil sehingga mereka musnah.) Bukankah Dia ( ALLAH ) telah
menjadikan tipu daya ( taktik ) mereka ( untuk menghancurkan Kaabah )
itu sia-sia?, dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang
berbondong-bondong, yang melempari meraka dengan batu yang ( berasal
)dari dari tanah yang terbakar ( dari neraka ), lalu Dia menjadikan
mereka ( tentera Abrahah ) hancur sepertidaun-daun yang dimakan (
ulat)."
Di
segi politik , Habsyah mempunyai permusuhan tradisi dengan Makkah
kerana kecemburuan mereka dengan perkembangan kota Makkah sebagai pusat
tumpuan penduduk dunia yang datang untuk beribadah di Kaabah, sejak
didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan sekali guskota Makkah juga menjadi
tempat tumpuan dan nadi kegiatan perdagangan dan ekonomi dunia. Lalu
Habsyah merancang serangan tentera bergajah terhadap Makkah dan Kaabah
yang hendak dibawa pulang ke Habsyah dapat mengalih perhatian dunia ke
negara Habsyah. Tetapi ALLAH mengagalkantipu daya ( taktik ) mereka
itu, dengan dikirimkan tentera-NYA yang dhaif yang berupa burung yang
berbondong-bondong melempari ke atas tentera yang diketuai Abrahah
dengan batu yang berasal dari tanah yang panas dari neraka, lalu tentera
Abrahah itu hancur lumat seperti daun-daun yang di makan
ulat.
Demikian
keanehan peistiwa tersebut, dan tahun tersebut juga ALLAH lahirkan Nabi
Muhammad s.a.w. seorang tokoh yang bakal menyambung perjuangan untuk
memuliakan Kaabah yang d asaskan oleh Nabi Ibrahim a.s. itu. Dikota
itulah juga Baginda s.a.w. di lahirkan pada isnin, bulan Rabi'ul Awwal
yang di namakan Tahun Gajah. ALLAH menyelamatkan Kaabah yang bakal
dijadikan pusat pergerakan Islam pimpinan Nabi Muhammad s.a.w dengan
peristiwa yang ganjil dan aneh.
(4)Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan.Beliau menadah tangan
ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit.Ia diumpamakan
kain putih yang terapung di angkasa.Kemudian malaikat itu tersebut
berdiri di hadapannya.Dia berkata,"Khabar bahagia untuk saudara,wahai
ibu daripada seorang nabi.Putera saudara itu menjadi penolong dan
pembebas manusia.Namakan dia Ahmad.Semasa kelahiran Nabi Muhammad,Aminah
ditemani Asiah dan Maryam.Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat
bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Nabi
Musa.Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan kitab Injil bahawa
akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Keadaan ini
diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi
pada akhir zaman.Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur
atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari
sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak
panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat
dilihat.Ada
juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh
dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal
yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila
baginda dilahirkan.Cahaya keluar terang benderang dari rumah Aminah
sehingga berpusu pusu orang Arab datang menjengah dan menilik ke dalam
rumahnya yang mulia.. Malah ada di kalangan mereka yang cuba mengopak
rumah tersebut kerana perasaan ingin tahu; apakah cahaya terang
benderang tersebut yang keluar dari rumah seorang yang sederhana dan
miskin.
Wangi2an
yang tidak terhingga laksan kasturi menusuk ke hidung semua yang berada
di situ sehingga membangkitkan rasa damai ke sanubari mereka…Aminah
sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya
mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.Kemudian
bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau
mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan
Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala
perkara syirik”.Ada riwayat menyatakan bahawa baginda diarak ke seluruh
dunia untuk dipertontonkan kecantikannya kepada semua…Ada riwayat
menyatakan bahawa Sayyidah Maryam dan Asiah turut serta menyambut
kelahiran Rasul yang paling bongsu ini saw…Segala malaikat memandang
baginda tidak berkelipan mata; sehinggalah baginda yang masih kecil
sendawa lalu berkata; “Alhamdulillah,” dan segenap malaikat pun
menyatakan “YarhamkALLAH…” sambil tersenyum…
Semua alam maya bertumpu mata terhadap bagina lantas terpesona dengan
kecantikan dan cahaya yang luar biasa daripada Saidina Muhammad saw yang
masih kecil. Setiap mata yang memandangnya berasa kagum…Ummu Aiman yang
berada di situ berasa sangat takjub lantas jatuh cinta dan tidak
semena2 beliau menyusukan baginda Nabi saw… Beliau seolah2 terasuk
dengan kecintaan itu malah baginda yang masih bayi mempersilakan anaknya
Ummu Aiman untuk menyusu di sebelahnya…Selepas itu awan tersebut lenyap
daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan
dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke
tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.Ada
menyatakan bahawa nabi Muhammad lahir dalam keadaan matanya bercelak
dan sudah dikhitankan…Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda,
berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan
kemusnahan.
Ummu
Aiman pun memanggil datuknya Abdul Mutallib yang sedang tawaf di
Kaabah.. Belum pun sempat tujuh pusingannya Abdul Mutallib pun kembali
dan melihat anak tersebut diletakkan di bawah belanga. Ini kerana
mengikut adat orang Arab, tiada seorang pun boleh melihat anak yang baru
dilahirkan kecuali selepas dilihat oleh bapanya terlebih dahulu sebagai
orang pertama menyaksikan kelibat tubuhnya…Oleh kerana itu bayi
tersebut ditutup terlebih dahulu dari pandangan orang ramai… Oleh kerana
bapa nabi saw sudah wafat maka, bapa kepada bapanya yang melihat
terlebih dahulu….
Belum
pun sempat Abdul Mutallib mengangkat belanga itu, dek kerana ajaib dan
kuatnya cahaya yang terpancara dari Saidina Muhammad saw yang masih
kecil, meletuplah belanga tadi kerana tidak dapat menanggung cahaya yang
hebat tersebut..Maka mata pun bertemu mata, dan alangkah terpesonanya
si datuk melihat cucuandanya yang begitu luar biasa sehingga terpacul….
Ini malaikat atau manusiakah…. Maka jatuh cintalah datuknya terhadap
cucundanya yang tersayang lantas di bawa ke BaituLLAH untuk
disempurnakan tawafnya yang berbaki tadi…Menurut
riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah,
tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku
mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan
yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada
berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha
Mengetahui.”Selain
itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra
dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang
serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan
kerajaan tersebut.
Namun,
api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun
telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan
orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat
mengejutkan orang Parsi.Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran
baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.Setelah
baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa
pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah
tamat.Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah
khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.Perkara -perkara luar biasa ini
telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali
gus sebagai bukti kerasulannya.
Di
samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab
terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang
terakhir.Alam maya bertambah subur… Bumi yang kering kontang mula
dipenuhi pohon dalam satu malam sahaja….. Pohon2 yang tidak berbuah…
dengan rasa tiada segan silu melanjutkan dahan2nya untuk mudah dipetik…
apabila dengan tidak semena2 berbuah dengan lebatnya pada hari kelahiran
Nabi Muhammad saw….Haiwan ternakan yang kurus, tidak berdaging dan
bersusu…. Semuanya gemuk dan susunya keluar tanpa2 putus2… Inilah alam
maya yang terkesan dengan keberkatan Maulidur Rasul saw….Abu Lahab, bapa
saudara Nabi saw membebaskan hamba perempuannya Thuwaibah untuk tujuan
menjadi ibu susu nabi saw . Sebab itulah setiap hari Isnin di dalam
neraka Abu Lahab diringankan sedikit hukuman disebabkan kegembiraannya
menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw dan dihujung kuku ibu jarinya
tangannya keluar sedikit susu menjadi habuannya…. Membebaskan Thuwaibah
untuk menjadi ibu susu nabi…Akhirnya datang juga wanita-wanita Keluarga
Sa’d yang akan menyusukan itu ke Mekah. Mereka memang mencari bayi yang
akan mereka susukan.
Akan tetapi mereka menghindari anak-anak yatim, karena mereka
mengharapkan upah yang lebih kerana kemiskinan merek. Sedang dari
anak-anak yatim sedikit sekali yang dapat mereka harapkan. Oleh karena
itu di antara mereka itu tak ada yang mau mendatangi Muhammad.Salah
seorang dari mereka, Halimah bint Abi-Dhua’ib, ternyata tidak mendapat
bayi lain sebagai gantinya. Halimah dan suami datang dengan menaiki unta
yang kurus…Setelah mereka akan meninggalkan Mekah, Halimah memutuskan
untuk mengambil Muhammad. Dia bercerita, bahwa sejak diambilnya anak itu
ia merasa mendapat berkah. Unta kurus yang dinaikinya tadi sihat dan
gemuk serta merta… Halimah dan suami yang sudah ketinggalan dari
rombongan Bani Saad, dengan pantasnya memotong barisan rombongan
tersebut dengan tunggangan mereka yang sihat, gemuk dan kuat tadi…Sejak
memelihara Insan Mulia tersebut… Ternak kambingnya yang kurus2 semuanya
menjadi gemuk-gemuk dan susunyapun bertambah serta merta… . Tuhan telah
memberkati semua yang ada padanya. Selama dua tahun Muhammad tinggal di
sahara, disusukan oleh Halimah dan diasuh oleh Syaima’, puterinya. Udara
sahara dan kehidupan pedalaman yang kasar menyebabkannya cepat sekali
menjadi besar, dan menambah indah bentuk dan pertumbuhan badannya.
sirah ni rujukan dari kitab mana. blh x bagithu
ReplyDeletedari pelbagai sumber.termasuk wikipedia.termasuk buku sirah KAFA
ReplyDelete