Listen Listen Listen Listen Listen - Brave Miss Bawani VS Arrogant Sharifah Zohra Jabeen
Peristiwa di UUM gejala pembodohan mahasiswa
Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin,
Peristiwa yang berlaku di UUM yang sekarang ini heboh diperkatakan di
media sosial perlu difahami dengan teliti punca berlakunya masalah
tersebut. Pertama begitu sedikitnya mahasiswa yang sanggup bangkit
mempertahankan pendapatnya dan hanya menjadi tukang angguk. Tahniah ke
atas saudari Bawani yang berani dan juga berhujah menggunakan bahasa
yang elok dan tidak emosional.
Kedua adalah pentingnya mahasiswa (dan juga pensyarah) diberi peluang
meluahkan pendapat. Apatah lagi dalam sebuah program yang mahu dilihat
sebagai forum intelektual. Pada masa kini memang telah banyak program
seperti ini namun kebanyakannya menjadi semacam pseudo-intelektual dan
orang yang dipanggil bukan daripada ahlinya. Sepatutnya program seperti
forum ini adalah gelanggang pertentangan idea di mana orang yang
berkenaan berbincang secara aman dan bukan menjadi tempat menyerang
individu tertentu dan memaksakan pendapatnya ke atas orang lain. Ini
namanya gejala pembodohan mahasiswa.
Di program
seperti ini juga kita dapat melihat mahasiswa mana yang betul-betul
memahami peranannya sebagai mahasiswa berbanding rakan-rakanya yang lain
yang melihat menjadi mahasiswa sekadar tuntutan kerja pada masa
hadapan. Saya fikir kerajaan telah banyak membuka banyak ruang kepada
mahasiswa untuk meluahkan pendapat dengan pengurangan kekangan di dalam
AUKU dan perkara sepatutnya disambut oleh mahasiswa. Manakala kakitangan
universiti sepatutnya lebih memahami kehendak mahasiswa dan tidak hanya
melabel pihak yang berani sebagai pembangkang.
Akhirnya kita semua setuju bahawa universiti adalah tempat untuk
mendidik pemimpin masa depan. Sekiranya gejala pembodohan di universiti
terus menular maka bersedialah rakyat Malaysia untuk dipimpin oleh
pemimpin yang bodoh
Penulis ialah Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM.
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut