Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang
pada 3 Oct 1990 telah membincangkan Keju Sebagai Bahan Makanan.
Muzakarah telah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah
harus samada enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam
pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang
yang halal dan disembelih.
1. Hujah/Ulasan
(a)
Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh
Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti
berikut: Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia
mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan
keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair
maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan
"enzime" dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai "renet".
Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi
enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju.
Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak
biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling
praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut
anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang
dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk
menjadikan keju.
Kebanyakan keju yang diimport oleh
Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul
keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil
renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang
halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam. Kebanyakan
keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa
ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal
atau tidak.
(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:
Renet atau "infah" yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil
daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau
pun tidak.
Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab" "
Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu
renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol
untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati
di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke
dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan
buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.
Menurut
mazhab Abu Hanifah dalam Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah
Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada
pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus. Pendapat yang
mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat,
keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal
sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.
Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama' Shafie,
seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad
Al-Fathani di dalam kitab" " Juzu' Pertama bahawa "jubnun atau keju itu
halal dan boleh dimaafkan" Ulama'-ulama' Islam juga berpendapat
bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan
kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan
makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak
berubah, maka ia boleh dimakan.
2. Muzakarah telah mengambil
keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat
enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu
diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada
binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.
By Sahabat Halal Jakim
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut