Friday, November 16, 2012

CARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT


Solat Taubat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat.

 WAKTU PERLAKSANAAN 
 
-Solat Taubat ini sebaik-baiknya dikerjakan sesegera mungkin setelah seseorang itu melakukan apa jua jenis dosa dan ingin bertaubat darinya.
- Solat Taubat boleh dilaksanakan walaupun pada waktu-waktu yang diharamkan solat.
-  Lebih afdhal dilakukan selepas Solat Isya'.


CARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT
 

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
 Berniat:
“Sahaja aku solat sunat taubat dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
  -Dalam raka’at pertama (selepas membaca Surah Al-Fatihah) bacalah Surah Al-Fath (susunan surah dalam Al-Quran surah nombor 110).
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua


Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
 (selepas membaca Surah Al-Fatihah) bacalah Surah al-Ikhlas (surah ke-112).
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri



Kemudian berdoalah dengan doa-doa yang memohon keampunannya, contohnya:
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”.
(Surah Al A’raaf : 23)

“Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh kerana itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Hadith Riwayat Imam Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)
 
Selain dari doa ini, anda juga boleh menggunakan doa-doa yang lain.
Walau bagaimanapun, di dalam mengerjakan solat, anda tidak boleh menggunakan bahasa yang lain selain daripada bahasa arab khususnya semasa membaca Surah Al-Fatihah yang menjadi sekurang-kurang bacaan ayat Al-Quran yang perlu dibaca di dalam mendirikan solat sama ada solat fardu ataupun sunat.
Ringkasnya, di dalam mengerjakan Solat Sunat Taubat, sekurang-kurang bacaan Al-Quran yang perlu anda baca adalah Surah Al-Fatihah sahaja


No comments:

Post a Comment

Komen apa yang patut