Dr. Muhammad Afifi al-Akiti, MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM
–
juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo
pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan
Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi,
Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di
Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama
seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di
universiti yang paling berprestij di dunia.
Biodata Beliau
-Nama: Muhammad Afifi Al-Akiti
-Tempat Lahir: Batu Gajah,Perak
-Pernah dilantik sebagai Imam di Masjid Ireland
-Tersenarai pendek dalam anugerah Muslim UK tahunan atas sumbangan beliau yang besar dalam ilmu
pendidikan islam.
-Dilantik menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun.
Tahun 2010,beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam negeri Perak,Pengistiharannya
telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak,Raja Nazrin Shah.
Pendidikan:
-Mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor.
-Menyambung di beberapa pondok sekita Indonesia,Maghibi dan Syria
-Melanjutkan pendidikan di Universiti Queen Belfast (Dianugerahkan penuntut terbaik 2001 di Universiti
Queen)
-Meneruskan perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Oxford.
Dr Afifi merupakan hasil acuan daripada pelbagai ulama,sehingga beliau berjaya memberi sumbangan yang besar dalam dunia pada hari ini.Beliau telah menerima ijazah kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains.Bermula dari situ,beliau mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk melanjutan pengajian beliau ke tahap yang lebih tinggi.
Ketika mana menuntut di Universiti Oxford,beliau telah mendapat ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang falsafah Arab Pertengahah(Medieval) sebagai seorang cendekiawan Clarendo pada tahun 2008.Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang Teologi Islam,Sejarah dan Sains.
Hasil tesis yang begitu menggagumkan telah diletakkan dalam kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun,dipersembahkan kepada teologis islam termasyur,Imam Ghazali(d,505,1111).Ianya memerlukan usaha yang begitu gigih dalam membuat kajian kira-kira 50 manuskrip arab zaman pertengahan(Medieval).Terdapat juga tiga hasil kajian beliau diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dan hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus,manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.
Beliau telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam
kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan
tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam
yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi.
Kepetahannya berbahasa dalam pelbagai bahasa menjadikan satu kelebihan buat beliau untuk berkomunikasi dengan pelbagai manusia.Antara bahasa yang dikuasai beliau ialah bahasa Latin,Arab,Inggeris,Jerman,Yunani dan Perancis.
Subhanallah,Allah yang telah memberikan anugerah kepada hambanya yang berusaha.Allah yang telah membimbing perjalanan beliau menjadi seorang ulama' dalam usia yang begitu muda.Semoga Dr.Muhammad Afifi diberkati Allah dan terus berjaya memberikan sumbangan buat umat islam dan yang lainnya.
Dr
Muhammad Afifi Al-Akiti ini merupakan lulusan sekolah pondok yang
berjaya mencapai kecemerlangan pendidikannya sehingga menjadi bangsa
Melayu pertama di dunia yang berjaya menjadi salah seorang tenaga
pengajar di universiti berprestij dunia itu.(siapa kata sekolah pondok tiada masa depan?)
Pada 2011, Dato' Dr Afifi Al-Akiti telah di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak di mana ia membawa kepada pangkat "Dato'".
Dato' Dr Afifi Al-Akiti ketika Menyampaikan ceramah khas Memperingati
Peristiwa Isra' dan Mikraj Peringkat Negeri Kelantan Bagi Tahun
1433H/2012M telah diadakan pada 26 Rejab 1433H yang lepas bertempat di
Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.Turut hadir ,KDYMM Sultan
Muhammad V dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
Bersama
Sultan Muhammad V pada program Diskusi Intelektual Islam 'Cabaran Masa
Depan Islam Secara Global' di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di Kota
Bharu.
Facebook Dr-Muhammad Afifi
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut