1. PENGUMUMAN
1.1 KULIAH PAKSI Di menara zakat ada 12.11 berjalan seperti biasa1.2. KULIAH di kediaman MB pada 13.11 2010 DIBATALKAN. kawasan persekitaran masih dalam pembersihan akibat banjir.20.11 - BERCUTI HARI RAYA HAJI.27.11 - KULIAH DATO DR. HARUN DIN
2. POSTER UNTUK DISUMBANGKAN
MARI KITA HULURKAN SUMBANGAN KEPADA SAUDARA KITA MANGSA BANJIR
SUMBANGAN YANG KEKAL LAMA
KEDAH dilanda banjir, ramai yang mahu meraih pahala dari bala yang datang lalu ramailah yang menyumbang. Samada wang ringgit, barang keperluan , tenaga , kenderaan ,buah fikiran apa sahaja yang termampu. Namun dicelah-celah bala terdapat manusia yang mahu cari bala lagi. Tangan kiri menghulur tangan ....kanan menerjah penumbok. Manusia apa ini ?.. Siapa mereka ? MOga Allah memberi hidayat kepada mereka.
Sepanjang 7 hari membantu mangsa banjir terlalu banyak barang keperluan harian disalurkan oleh pelbagai pihak. Beras, gula, sardine,susu lampin pakai buang , biskut, roti, air mineral dan pelbagai lagi. Sikap prihatin rakyat Malaysia amat tinggi. Tapi hati ini terasa ada yang kurang. Ada lagi sumbangan yang belum kita sampaikan. Ada yang terlepas pandang.
Dalam keadaan seumpama ini kita jangan lupa Allah. Sumbangkan kepada mereka PERINGATAN ALLAH DAN PESANAN RASULULLAH. Ini lah yang utama dan kekal lama. Oleh itu bagi melengkapkan sumbangan kita kepada saudara kita yang ditimpa musibah ini YAYASAN PAKSI menerbitkan sekeping poster untuk diedarkan kepada mereka. Saiz A3 warna penuh dengan peringatan berikut
KETIKA DITIMPA MUSIBAH
UCAPKANLAH
(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH KEPUNYAAN ALLAH DAN KEPADA ALLAH JUALAH KAMI KEMBALI."
Al baqarah 156
BERAMALLAH
. Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah) DENGAN BERSABAR DAN DENGAN (MENGERJAKAN) SEMBAHYANG; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar
(Al-Baqarah, 2:153)
Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.”
(HR Muslim)
Contoh poster seperti sertakan.
Kami membuka peluang kepada saudara untuk sama-sama menyumbang poster ini dengan menyalurkan sejumlah wang bagi mencetak poster ini. Masukkan sumbangan saudara ke akuan YAYASAN PAKSI O2011010098651 ( Bank islam) atau dimana-mana kelas paksi atau hubungi terus setiausaha YAYASAN PAKSI cikgu sukarno 0195987842 sukarnohamid@yahoo.com.
source:kedahlanie
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut