DARIPADA Aisyah, isteri Rasulullah SAW, dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah: Kerana itu aku cemburu kepada Baginda. Setelah Baginda kembali, dia memperhatikan tingkah lakuku dan Baginda bertanya: "Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?
Jawabku: Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda? Tanya Baginda: Apakah syaitanmu sudah datang pula menggodamu? Jawab Aisyah: Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan? Jawab Baginda: Ya! Aku bertanya: Anda sendiri juga? Jawab Baginda: Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat." (Hadis riwayat Muslim)
Pendekatan tipu daya syaitan adalah pelbagai. Ini bergantung kepada jenis manusia yang didekati. Syaitan membelit orang berilmu melalui ilmunya, sedangkan ahli ibadat dihasut dengan amalnya.
Orang kaya dirosakkan dengan harta bendanya, sedangkan orang miskin lebih dekat dengan kekufuran disebabkan kesusahan dialaminya.
Setinggi mana pun ilmu dan sebanyak mana pun amalan dilakukan seseorang tidak dapat menjamin sepenuhnya bahawa ia akan selamat daripada tipu daya syaitan. Oleh itu Rasulullah SAW menasihat supaya lebih bersabar dan bermujahadah melawan godaan syaitan laknatullah.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut