asalamulaikum serta salam sejatera buat semua warga relexjap dan juga moderator yang budiman, berapa ramai di antara warga relexjap yang pernah ditahan dan diminta menunjukkan lesen memandu ketika melalui sekatan jalanraya yang rata-ratanya kita lebih suka menyebut roadblock dalam istilah bahasa inggeris, kata orang utara mana-mana yang tak ada lesen mesti gabra/cempra (berkeadaan gelisah, runsing )mana-mana yang tak ada lesen mesti akan patah balik, apa tidaknya dah tau kalau pi juga memang cari nahas. sekatan jalanraya ini selalunya dilakukan oleh pihak polis/polis trafic dan jpj, mengapa diadakan sekatan jalanraya? sekatan jalanraya sering dilakukan apabila terdapat beberapa kes seperti kes langgar dan lari, tahanan melarikan diri, pelatih pusat serenti, kes pembunuhan, penyeludupan, pergaduhan, lain-lain kes yang biasa ialah permeriksaan biasa, iaitu pemeriksaan lalulintas, pemeriksaan ini bertujuan untuk mengenalpasti salah laku pemandu, seperti memandu dalam keadaan mabuk, pengubahsuaian kenderaan, membasmi lumba haram.
ketika melalui sekatan jalanraya anda sebagai pemandu mestilah menghormati isyarat papan tanda yang berbunyi "Berhenti Permeriksaan Polis"apabila anda melaluinya anda sebagai pemandu yang berhemah perlu berhenti seketika walaupun anda tidak diminta untuk berbuat sedemikian oleh mana-mana anggota polis, jpj yang bertugas disitu, itu adalah sebagai tanda anda menghormati papan tanda dan petugas yakni polis atau jpj di situ, dari pengalaman saya terdahulu pihak polis atau jpj lebih memberikan perhatian kepada penunggang motorsikal, dan kebiasaan dalam suasana begini, anda sebagai pemandu kereta pada ketika itu beranggapan yang kereta anda tidak perlu berhenti ketika melalui sekatan itu, saya menyatakan tanggapan anda adalah salah, kerana sekiranya anda berfikiran sedemikian dan anda mengambil keputusan untuk tidak berhenti anda boleh didakwa atas kesalahan mengingkari arahan papan tanda, semacam anda tidak berhenti di kawasan "stop logo" berhenti di persimpangan atau lebih kritikal anda boleh didakwa melanggari sekatan jalanraya.....
sebagai seorang anggota polis salah satu perkara yang tak menarik hati ialah bertugas di sekatan jalanraya, cuba kita fikir dah kalaulah tugas tu kena buat tengah panas, passtu kena dalam keadaan hujan lagi dan berhabuk.... ini sikit sebanyak mendatangkan mood yang tak bagus.... tetambah pula kita buat perangai masa ditahan ,atau buat dek aja lalau terus, aku ingat lagi masa nak pi kenduri kat rumah kawan aku, masa tu siap bawa mak aku lagi.... kita pi naik kapcai aja coz masa tu memang menatang tayar empat tak ada lagi.... aku ngan selamba aja lalu kat sekatan jalanraya.... tapi masa tu tak le bawa laju... kalau time tu lalu betul-betul slow kalau aku terkentut pun polis kat situ tu boleh dengar punyaa.... walaupun polis kat situ buat dekkkk aja korang tau apa dah jadi lepas tu...... sebaik aja aku dah lepas lebih kurang 5 meter aku disergah oleh sorang polis kat situ minta aku patah balik..... siap tanya nak pi mana lagi passtu kata dia"hang tengok sat kat aku apa yang tertulis kat papan tu sat aku nak dengaq".so aku baca le...."berhenti permeriksaan polis"'passtu tu dia terus menyampuk,".oooo... aku ingat hang tak tau baca",apa lagi dia minta lesen aku and then minta tengok road-tax motor, dia pun cakap kat aku rasanya dia gempaq aku kot katanya".hang tau dak aku boleh tembak tayar motor hang kalau hang tak berhenti tadi",sambil sengeh kat aku.... dia minta aku hormat sikit masa dia orang tengah kerja, aku paham memang salah aku... tak hormat kat depa..... errr hormati tugasan depalah. start dari tu aku dah dapat belajar, kita perlu menghormati perkerjaan seseorang... tetambah polis.....
kita semua manusia tak dapat lari daripada sebarang masalah, kes macam aku tadi... katalah.. polis tu memang semalam ada masalah peribadi ngan tunang dia ka, bini dia ka... kut-kut semalam tak dapat.... tak naiya ka... buta-buta aja dapat surat cinta. selama lebih 13 tahun aku memandu aku dapati beberapa faktor berikut amat berguna sekali kepada kita pengguna jalan raya ketika menghadapi sekatan jalanraya.
1. pastikan anda punyai lesen dan cukai jalan yang sah ini adalah amat penting jika lesen mati, cukai jalan mati anda tentunya akan bermasalah jika menghadapi sekatan jalanraya.
2. perlu ada kejujuran jika anda disoalkan mengenai kenderaan anda, anda perlu ikhlas menyatakan motor atau kereta ni adalah kepunyaan anda, jangan ceritakan kereta kawan, kereta sewa dan macam-macam lagi perlu ingat jangan sesekali menipu coz aku pun pernah buat macam tu juga anda harus tahu bahawa dalam bidang kepolisian mereka mampu mengesan sebarang penipuan melalui raut wajah air muka anda kerana mereka telah dilatih untuk mengenal pesalah melalui "penyoalan"aku nyatakan daripada fakta yang aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai.
3. bersifat berbudi bahasa so korang jangan buat muka yang terdapat sedikit hampa sebab sekatan jalanraya melewatkan perjalanan anda, menunjukkan muka masam sebab anda tahu yang anda clean and clear, semuanya lengkap lesen hidup, roax-tax hidup tentu saja anda tidak bermasalah, tapi anda bermasalah sebab kena tahan juga, so kawal perasaan anda tenang senyum ,kalau rajin ucap selamat tanya ada apa-apa masalah ke ''selalunya kalau mood baik dia orang akan bagi "ada kes langgar lari, bunuh insyallah lesen tak minta road-tax tak tengok minta anda jalan terus aja.... cuba praktikkan,
4. onkan lampu tengah kenderaan sewaktu menghampiri sekatan jalanraya onkan lampu tengah kenderaan sekitar jarak 10-15 meter, ini bertujuan untuk memberitahu jumlah penumpang yang ada dalam kenderaan tersebut, anda perasaan tak kalau anda tak onkan lampu tersebut polis yang bertugas akan menyuluh ke muka anda dan dalam kenderaan anda dan road-tax dan minta lesen anda, so jangan bagi pak polis ni buat keja lebih..... sampai nak suluh sana sini.... kekadang depa ni feedup juga nak buat semua tu... tapi bila korang dah onkan lampu kat tengah tu.... dia dah boleh nampak dah apa yang dok ada kat dalam, ini adalah tips yang amat berguna sekali korang try buat dan 90% akan berjaya... errr maksud aku lepaskan korang macam tu aja.. aku nyatakan sebab aku dah melalui semua ini, and then masa kau pi k. l ngan kawan aku dia yang drive, dia ni tak dak lesen ,lesen agung aja, oleh kerana mamat ni cekap abis jalan kat k.l so kita kasi dia yang bawa..... sampai kat k.l malam minggu korang paham2 ajalah sana sini road-block ..... semua yang aku bagi tau tadi dialah yang ajar... so kami melalui 3 sekatan jalanraya dengan tiada sebarang masalah...... macam tak percaya aku... tapi itulah kenyataannya.
5. matikan radio atau keset atau setidak-tidaknya perlahankan bunyi radio ni kekadang apabila bunyinya kuat amat menyukarkan komunikasi antara anda dan pak polis, ini sedikit sebanyak menunjukkan yang anda tidak menghormati mereka ketika mereka dalam tugasan, so selalunya anda akan diminta perlahankan radio, untuk sessi soalan daripada mereka...... errrrr susah sangat ka nak offkan radio.... please try and let me know the result.
insayallah kalau masih ada kekosongan ada tip untuk mengelakkan daripada speed trap.
Credit to intan50.fotopages
bagus semua tips ko
ReplyDeleteaku bawak motor jer skang neh
nanti ada kereta aku follow tips pakai kereta lak
haha
elok le tu.tp bkn tip aku
ReplyDelete