Tuesday, November 03, 2009

Janji Manismu

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan


Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi..


Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan


Download Here 



Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negari Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa.Lagu mereka memasuki carta billboard US.


Pada 1983, Aishah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur. Nasibnya begitu baik kerana terus ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman Life Records dan muncul dengan dua lagu bersama Malek Ridzuan dalam album Jilid 5 kepunyaan Malek. Lagu yang popular ialah "Mawar Putih Mawar Merah".
Walau bagaimanapun, Aishah ketika ini menggunakan nama Natasa Aminah kerana takut dimarahi ayahnya kerana menyanyi. Ayahnya seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak mereka. Walau bagaimanapun, apabila rahsia itu terbongkar, nama Aminah terus lenyap dalam senarai penyanyi tanah air. Peminat langsung tidak mempedulikan 'kehilangannya'. Natasha tidak sempat merakamkan album solo kerana tidak lama selepas itu, dia terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalamjurusan Sains Politik di Universiti Auckland.
Di New Zealand, Aishah terus mencari peluang menyanyi. Pada 1986, dia memberanikan diri memasuki satu lagi talentime, "Telequest" dan mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak menjadi johan, dia tetap terharu kerana Aishah satu-satunya peserta Melayu ketika itu. Selepas pertandingan itu, Aishah membuat pita demo sendiri dan di bawa ke sana ke mari untuk mencuba nasibnya.
Kebetulan ketika itu, sebuah band, Soul On Ice, sedang mencari vokalis pengganti. Mereka berjaya mengesan bakat Aishah lalu mempelawanya menyertai band itu. Bagi Aishah, peluang menyertai Soul On Ice sesuatu yang menarik walaupun dia juga ditawarkan memasuki sebuah lagi kumpulan yang cukup popular ketika di negara itu iaitu Peking Man. Walau bagaimanapun, beliau menolak tawaran Peking Man kerana bekas vokalisnya, Margaret Urlich mempunyai imej yang hebat dan beliau enggan dibayangi populariti Margaret kerana beliau mahu membina identiti sendiri.
Selain Aishah, Soul On Ice juga dianggotai Paul Moss (gitar), Malcolm Smith (keyboard), Dave Larsen (dram) dan Glenn Peters (bass). Apabila menyertai CBS New Zealand, Soul On Ice akhirnya menukarkan namanya menjadi The Fan Club. Bersama kumpulan itu, Aishah sempat merakamkan dua album - SensationRespect The Beat. dan
Maka, pada tahun 1988, tiba-tiba industri hiburan sejagat digegarkan dengan kejayaan anak Malaysia - Aishah - bersama kumpulannya dari New Zealand, The Fan Club. Aishah and Fan Club bukan saja popular di New Zealand, Australia dan Malaysia, malah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Tapi,mengapa Aishah tidak diberikan anugerah sebagai artis yang pertama dan satu2nya yang berjaya ,menembusi pasaran dunia..Dalam ramai2 artis,tiada siapa yang boleh menjejaki jejak langkahnya...Tiada siapakah yang menyedari>Atau semua sudah lupakan jasanya? 

2 comments:

  1. sayam, ngape lately asyik sedey? ada org mainkn perasaan u ke? org yg kat miri tu main2kan u ke? meh i katuk paler dia..

    ReplyDelete

Komen apa yang patut