Friday, October 16, 2009

Seandainya Dia Jodohku

Sekiranya kita cinta kepada manusia
 tidak semestinya manusia cinta kepada kita
 Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
 kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai 
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah 
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga

 Ya Allah 

andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
 Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua 
Namun andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku
 berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Dikau berikan kepadaku..


 

1 comment:

Komen apa yang patut