Saturday, July 11, 2009

**Resepi Jeruk Maman

Dah lama tak makan jeruk maman.So,kelmarin jiran aku bagi seikat pucuk maman. aku pon dengan panrtasnya memetik/memotong daun2nya untuk dijadikan jeruk.

NI pokok maman yang telah dipetik..sebelum dipotong untuk dijadikan jeruk...

NI aku bagi resepi JERUK MAMAN.:-

Bahan2:-

-Seikat pokok maman..
-Garam secukup rasa.
-Sedikit nasi.
-Sedikit air(sekadar tenggelam daun maman)

Cara-cara membuatnya:-
1-Potong maman seperti potong pucuk paku,kemudian bersihkan dan toskan(sejatkan).
2-Masukkan Garam Kasar dan nasik lalu ramas dan gaulkan sebati.

3-Masukkan sedikit air ,sekadar tenggelam daun2 maman tadi.
4-Simpan di dalam bekas bertutup.
5-Selepas 24 jam ,atau selepas daun maman bertukar warna,boleh lah dimakan.
6-Untuk hiasan hidangan,potong cabai melaka dan bawang kecik .
7-Siap untuk dimakan.Cubalah.

1 comment:

  1. Ma'seh la bagi resepi ni, dulu Mak seluloi dok buat, tapi tak peghenah dok peghati. Ni nak cuba try test buat tengok, kalu jadi, buleh pekena seluloi. Salam, NOK.

    ReplyDelete

Komen apa yang patut