Tuesday, June 30, 2009
**Kedah siap sedia jadi ‘Jelapang Minyak’ 2013
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhasrat menjadikan negeri ini ‘Jelapang Minyak’ menjelang 2013 apabila tiga projek mega industri minyak dilaksanakan kelak.
:Menurutnya, tiga projek itu juga kini dalam peringkat akhir rundingan dan kerajaan negeri mahu melaksanakannya secepat mungkin.
:“Insya Allah, jika tiada halangan, ketiga-tiga projek itu akan berjalan lancar. Projek pembinaan depot simpanan minyak mentah oleh Pristine Oil bernilai RM1 bilion, dibangunkan atas tanah seluas 160 hektar di Gurun. Manakala majlis pecah tanah projek penapisan minyak Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) dijangka Ogos ini. Satu lagi projek di Jerlun-Bukit Kayu Hitam,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat peringkat negeri, di sini, semalam.
Saturday, June 27, 2009
****Alhamdulillah
LOS ANGELES - Raja Pop Michael Jackson akan disemadi dalam majlis pengebumian terbesar sepanjang sejarah dunia hiburan sekali gus mengalahkan pengebumian Elvis Presley dan James Brown, lapor sebuah akhbar semalam.
Berpuluh-puluh ribu peminat dijangka menghadiri majlis itu yang diramal sehebat pengebumian Puteri Diana.
Walaupun pengumuman mengenainya masih belum dibuat, Michael dijangka disemadi mengikut ajaran Islam berdasarkan pengumuman abangnya, Jermaine.
"Semoga Allah sentiasa bersama anda," kata Jermaine ketika mengumumkan kematian adiknya kelmarin. - Agensi
**Alhamdulillah..dia mati dan dikebumikan cara islam..kurang2nya org bukan islam tahu bagaimana caranya pengkebumian cara islam yang sistematik.. dan unik .. tidak seperti agama lain.sedikit sebanyak mereka akan tetarik dengan islam hendaknya..
Friday, June 26, 2009
**VIDEO : Michael Jackson Mati Kerana Kegagalan Jantung
Berita digemparkan dengan kematian Michael Jackson, Raja Pop Dunia pada jam 3.15 pagi waktu Amerika Syarikat pada usia 50 tahun. Berita juga memberitahu bahawa beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi iaitu serangan jantung.
Ahli paramedik yang tiba di rumahnya walaubagaimanapun memberitahu sudah tiada denyutan jantung dan memberitahu bahawa Michael Jackson sudah tidak diselamatkan lagi. Kejadian tersebut telah dilaporkan oleh adiknya La Toya Jackson.
**King of Pop Michael Jackson is dead - LA Times
U.S. pop star Michael Jackson speaks during a news conference at the O2 Arena in London March 5, 2009. REUTERS/Stefan WermuthBy Bob Tourtellotte
LOS ANGELES (Reuters) - Pop giant Michael Jackson, who took to the stage as a child star and set the world dancing to exuberant rhythms for decades, died on Thursday after being taken ill at his home, the Los Angeles Times said.
He was 50.
"Pop star Michael Jackson was pronounced dead by doctors this afternoon after arriving at a hospital in a deep coma, city and law enforcement sources told The Times," the newspaper reported on its website.
The paper's report followed news of Jackson's death first reported by the TMZ entertainment website.
There was no immediate comment from spokespersons for Jackson, who was known as the "King of Pop," for hit albums that included "Thriller" and "Billie Jean."
He had been scheduled to launch a comeback tour from London next month.
TMZ said on its website that "Michael suffered a cardiac arrest earlier this afternoon at his Holmby Hills home and paramedics were unable to revive him. We're told when paramedics arrived Jackson had no pulse and they never got a pulse back."
Earlier, the Los Angeles Times said the singer had been rushed to a Los Angeles-area hospital by fire department paramedics who found him not breathing when they arrived at the singer's home.
The newspaper said paramedics performed cardiopulmonary resuscitation at the scene before taking him to the UCLA Medical Center hospital.
COMEBACK CONCERTS
Jackson had been due to start a series of concerts in London on July 13 running until March 2010. The singer had been rehearsing in the Los Angeles area for the past two months.
The shows for the 50 London concerts sold out within minutes of going on sale in March.
His lifetime record sales tally is believed to be around 750 million, which, added to the 13 Grammy Awards he received, makes him one of the most successful entertainers of all time.
He lived as a virtual recluse since his acquittal in 2005 on charges of child molestation.
There were concerns about Jackson's health in recent years but the promoters of the London shows, AEG Live, said in March that Jackson had passed a 4-1/2 hour physical examination with independent doctors.
CHILD STAR TO MEGASTAR
Jackson was born on Aug. 29, 1958, in Gary, Indiana, the seventh of nine children. Five Jackson boys -- Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael -- first performed together at a talent show when Michael was 6. They walked off with first prize and went on to become a best-selling band, The Jackson Five, and then The Jackson 5.
Jackson made his first solo album in 1972, and released "Thriller" in 1982, which became a smash hit that yielded seven top-10 singles. The album sold 21 million copies in the United States and at least 27 million worldwide.
The next year, he unveiled his signature "moonwalk" dance move while performing "Billie Jean" during an NBC special.
In 1994, Jackson married Elvis Presley's only child, Lisa Marie, but the marriage ended in divorce in 1996. Jackson married Debbie Rowe the same year and had two children, before splitting in 1999. The couple never lived together.
Jackson has three children named Prince Michael I, Paris Michael and Prince Michael II, known for his brief public appearance when his father held him over the railing of a hotel balcony, causing widespread criticism.
Wednesday, June 24, 2009
**Amalan Di Bulan Rejab
FATWA-FATWA SEMASA
(AL-FATAWA AL-MU’ASARAH)
Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi
BULAN REJAB
Soalan:
Kita sering mendengar dari para khatib solat Jumaat – khususnya tiap permulaan bulan Rejab – berbagai hadis diriwayatkan mengenai keutamaan bulan tersebut dan mengenai pahala besar yang dijanjikan Allah bagi orang yang berpuasa dalam bulan tersebut walau hanya sehari. Di antara hadis-hadis itu ialah: “REJAB ADALAH BULAN ALLAH, SYA’BAN BULANKU DAN RAMADHAN BULAN UMMATKU.”
Bagaimanakah pendapat ustaz mengenai hadis-hadis seperti itu? Apakah isi hadis tersebut dipandang benar (sahih)?
Apakah hukumnya bagi orang yang menyampaikan kepada orang ramai hadis-hadis palsu dan dikatakannya berasal daripada Rasulullah SAW?
Jawab: (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi)
Tidak ada riwayat yang benar mengenai bulan Rejab selain yang menerangkan bahawa bulan tersebut termasuk empat bulan yang disebut Allah SWT dalam Al-Quran :
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, menurut ketetapan Allah pada waktu Allah menciptakan langit dan bumi, di antaranya adalah empat bulan yang suci..” (Surah Al-Taubah: 36)
Empat bulan itu ialah: Rejab, Zulqa’idah, Zulhijjah dan Muharram. Tidak ada hadis sahih menyebutkan kekhususun bulan Rejab sebagai bulan yang mempunyai keutamaan. Yang ada hanyalah hadis hasan (baik) yang menyebutkan: Bahwasanya Rasulullah SAW BANYAK berpuasa dalam bulan Sya’ban. Ketika dbeliau ditanya mengenai hal itu, baginda menjawab:
“Bulan itu (Sya’ban) ialah bulan yang (sering) dilupakan orang (iaitu) antara Rejab dan Ramadhan.”
Dari hadis tersebut dapat diambil pengertian bahwa bulan Rejab mempunyai keutamaan.
Adapun hadis yang menyebut: “REJAB ALLAH BULAN ALLAH, SYA’BAN BULANKU DAN RAMADHAN BULAN UMMATKU.” Adalah hadis munkar (hadis yang sama sekali tidak dapat dipercayai kebenarannya kerana diriwayatkan oleh seorang yang terkenal berkelakuan buruk dan tercela) dan sangat dhaif (sangat lemah). Bahkan banyak ulama’ yang menilainya sebagai hadis maudhu’ (palsu) dan tidak bernilai sama sekali, baik dilihat dari sudut ilmu mahupun agama. Demikian juga hadis-hadis lain yang diriwayatkan orang mengenai fadhilat bulan Rejab, seperti; Barangsiapa solat begini dan begitu, dia memperoleh pahala sekian, sekian. Barangsiapa beristighfar satu kali, dia beroleh pahala sekian, sekian…….! Semua itu merupakan hal yang sangat melebih-lebihkan dan jelas merupakan satu kepalsuan.
(Teks ini ada sambungannya tetapi saya tidak memanjangkan tulisan fatwa Dr. Yusoff al-Qardhawi kerana ‘kita’ memfokuskan kepada jawapan hadis tersebut dan tentang kelebihan bulan Rejab)
PUASA BULAN REJAB
Soalan:
Pada suatu hari saya pernah mendengar Ustaz (Al-Syeikh Dr. Yusoff) berbicara tentang bulan Rejab. Ustaz mengatakan bahawa mengenai itu tidak ada hadis sahih yang berasal daripada Rasulullah SAW. Jadi bagaimanakah hukumnya puasa bulan Rejab? Apakah itu termasuk sunnah ataukah bid’ah?
Jawab: (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi)
Saya tidak pernah mengemukakan masalah puasa bulan Rejab dalam kuliah saya yang didengar oleh saudara. Yang saya katakan ialah bahawa bulan Rejab termasuk empat bulan hurum (bulan mulia/diharamkan berperang padanya), dan berpuasa di dalam bulan-bulan hurum ini adalah maqbul (diterima) dan mustahab (dibolehkan). Tidak ada riwayat yang berasal daripada Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa beliau berpuasa sebulan penuh, selain dalam bulan Ramadhan. Dalam bulan-bulan hurum itu Rasulullah SAW paling kerap/sering berpuasa di dalam bulan Sya’ban, tetapi tidak sebulan penuh. Itulah sunnah Nabi SAW. Dalam masa empat bulan itu beliau ada kalanya berpuasa dan ada kalanya tidak, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud:
“Beliau berpuasa hingga kami katakan (sangka) bahawa beliau tidak berbuka-buka. Dan beliau berbuka sehingga kami katakan (sangka) beliau tidak berpuasa-puasa.”
Kini, ada orang yang dalam bulan Rejab berpuasa sebulan penuh, seperti yang kita lihat dahulu di beberapa tempat. Saya (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi) pernah menyaksikan sendiri ada sejumlah orang yang berpuasa terus-menerus selama bulan-bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Bahkan ditambah lagi dengan berpuasa enam hari pada permulaan bulan Syawal iaitu hari-hari yang mereka namai “Hari-hari Putih” (Ayyamul-Bidh). Setelah itu barulah mereka berhenti puasa. Mereka berhari raya pada tanggal 8 Syawwal, sebab pada tanggal 1 Syawal mereka tidak berpuasa. Tegasnya ialah mereka berpuasa terus-menerus selama tiga bulan dan eman hari. Hanya satu hari saja (1 Syawal) mereka tidak berpuasa. Berpuasa secara demikian itu tidak berasal daripada Nabi SAW, tidak berasal daripada para sahabat Nabi dan tidak pula berasal daripada kaum salaf yang soleh.
Yang terbaik ialah berpuasa beberapa hari dan tidak berpuasa beberapa hari, tidak berturut-turut tanpa putus-putusnya. Sebagaiman telah saya (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi) sebutkan pada bab terdahulu: Mengikut Jejak Salaf Adalah Kebaikan, dan Merekacpta Ibadah Adalah Keburukan. Oleh kerana itu sesiapa yang mengikuti jejak yang benar dan menginginkan pahala yang sempurna hendaklah dia mengikuti jejak Rasulullah SAW. Beliau tidak berpuasa sebulan penuh dalam bulan Rejab dan tidak pula dalam bulan Sya’ban.
==========================================
Pendapat mengenai amalan solat sunat puasa, umrah bersandar kepada hadis lemah
REJAB bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa juga bentuk peperangan.
Kalendar Islam yang mempunyai 12 bulan ada empat bulan dimuliakan Allah dalam firman yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang bertakwa." - (Surah at-Taubah, ayat 36)
Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran "maka janganlah kamu menganiaya diri kamu" dalam ayat itu bermaksud jangan seseorang menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.
Jika firman Allah hanya menunjukkan ada empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi SAW memperincikan nama bulan itu: "Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban." - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Rejab termasuk dalam bulan dimuliakan Allah. Lantaran itu tersebar dalam masyarakat kita amalan memiliki fadilat yang besar dikhaskan sempena Rejab ini. Namun begitu pada hakikatnya tidak wujud satu dalil sah menunjukkan amal ibadah tertentu bersempena Rejab.
Hal ini diperakui tokoh ulama hadis bermazhab Syafie iaitu al-Hafidz Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab yang mana menurut beliau tidak ada hadis sahih mengenai keutamaan Rejab (melainkan ia termasuk bulan haram), puasa Rejab dan solat malam pada Rejab yang dapat dijadikan pegangan.
Adalah masyhur di kalangan masyarakat disunatkan untuk berpuasa pada hari pertama Rejab, Khamis minggu pertama Rejab, 15 Rejab dan 27 Rejab sempena Israk Mikraj.
Selain daripada itu, ada juga yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Imam Ibnul Qayyim berkata: "Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan itu secara terus menerus seperti dilakukan sebahagian orang dan Baginda sama sekali tidak berpuasa pada Rejab dan Baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada Rejab seperti diriwayatkan Ibnu Majah."
Walaupun begitu jika seseorang itu berpuasa pada Rejab tanpa niat mengagungkan bulan berkenaan tetapi berpuasa bertepatan dengan hari disunatkan berpuasa seperti Isnin dan Khamis atau puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) pada Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan syarak.
Ada juga pandangan bahawa pada Rejab disunatkan untuk mengerjakan ibadah umrah. Namun begitu, menurut 'Aisyah, Rasulullah SAW tidak pernah mengerjakan atau menganjurkan umrah untuk dikerjakan pada Rejab.
Daripada Mujahid dia berkata: "Aku masuk bersama Urwah bin az-Zubair ke masjid, ternyata 'Abdullah bin 'Umar sedang duduk di samping bilik Saidatina 'Aisyah. Kemudian dia berkata kepadanya: Berapa kali Rasulullah SAW melakukan umrah? Dia (Ibnu 'Umar) menjawab: Empat kali Rasulullah SAW melakukan umrah. Dia (Ibnu 'Umar) menjawab: Empat kali, salah satunya pada Rejab. Lalu kami pun enggan untuk membenarkan perkataannya. Dia (Mujahid) berkata: Kami mendengar dia (iaitu 'Aisyah) sedang bersiwak. Kemudian Urwah bertanya kepada 'Aisyah: Wahai ibu orang mukmin! Benarkah apa yang dikatakan oleh Abu 'Abdurrahman? 'Aisyah berkata: Apa yang dia katakan? Aku menjawab: Dia berkata bahawa Nabi SAW pernah mengerjakan umrah pada Rejab. Beliau berkata: Semoga Allah merahmati Abu 'Abdurrahman. Rasulullah tidak melakukan satu Umrah pun melainkan dia (yakni 'Aisyah) ikut bersama Baginda dan Baginda tidak pernah mengerjakan umrah pada Rejab." - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Tarikh 27 Rejab dikaitkan dengan Israk dan Mikraj dan pelbagai program diatur bagi mengingati peristiwa bersejarah itu. Ia adalah usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam supaya mengambil pengajaran daripadanya.
Namun, wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai tarikh berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj seperti dijelaskan Ibu Hajar al-'Asqalani: Ulama berselisih pendapat mengenai waktu berlakunya al-Mikraj. Ada yang mengatakan sebelum Baginda SAW dilantik menjadi nabi. Pendapat ini ganjil kecuali dianggap terjadi dalam mimpi. Kebanyakan ulama berpendapat selepas Baginda SAW menjadi nabi.
Selanjutnya dalam kitab itu Ibnu Hajar menyebutkan pendapat ulama seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah bahawa tidak ada dalil yang tegas menunjukkan bila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj ini.
Bahkan, Imam Abu Syamah al-Syafie menegaskan: "Sebahagian ahli cerita menyebut bahawa Israk dan Mikraj terjadi pada Rejab. Dalam hal ini, menurut ulama hadis ialah satu pembohongan.
Ibn Rajab al-Hanbali pula berkata: "Diriwayatkan bahawa pada Rejab terjadi banyak peristiwa yang istimewa. Tetapi, tidak ada satu pun dalil yang sahih dalam hal ini. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW lahir pada awal malam Rejab, diangkat menjadi Nabi pada 27 Rejab, ada yang menyatakan tarikh 25 Rejab dan sebagainya. Semua riwayat itu tidak sahih."
Kepentingannya untuk membawa perbezaan pendapat mengenai tarikh peristiwa Israk dan Mikraj supaya peristiwa itu diketahui secara jelas dan pada masa sama, tiada ibadat khusus atau sambutan tertentu seperti puasa, solat, bacaan wirid mahupun doa bersempena tarikh berkenaan.
Ada golongan yang lebih ekstrim beranggapan bahawa beribadah pada malam 27 Rejab lebih utama berbanding ibadah pada malam lailatulqadar. Jika ada amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj tentu generasi salafussoleh mengetahui dengan pasti bila sebenarnya ia berlaku seperti amalan sunnah lain iaitu puasa 'Asyura pada tarikh 9 dan 10 Muharam dan beribadah pada malam lailatulqadar yang boleh berlaku pada mana-mana malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan.
Ia memperlihatkan tidak ada amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Jika memperingati malam Israk dan Mikraj dengan ibadah tertentu itu disyariatkan serta membawa kebaikan di dunia mahupun akhirat, tentu sekali orang pertama melaksanakannya adalah Rasulullah SAW serta sahabat.
Tiada amalan khusus untuk Rejab yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang dijumpai dalam hadis sahih. Jika ada pendapat yang meriwayatkan mengenai amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab, ia bersandar kepada hadis lemah.
Banyak lagi amalan sunat yang umum belum kita amalkan boleh dipraktikkan pada Rejab sebagai persediaan menanti kedatangan Ramadan dengan membanyakkan solat malam, puasa sunat Isnin dan Khamis serta tadarus al-Quran.
sumber:bharian
Sunday, June 21, 2009
**Cara Membuat Alarm Pada Komputer Untuk Kejutkan Tidur
Buka Aplikasi windows Scheduled Tasks melalui Start Menu.
» Klik Start Menu -> Programs -> Accessories -> System Tools -> Scheduled Tasks.
Setelah Paparan "Scheduled Tasks" dibuka, lalu klik kanan mouse pada area kosong di bawah "Add Scheduled Task" item. Sebuah popup-menu akan muncul, dan pilih [New] lalu klik [Scheduled Task]. Sebuah task baru muncul dan berikan nama. contoh: beri nama "Alarm".
Selesai memberi nama task baru, klik kanan mouse pada task "Alarm", maka popup-menu akan muncul dan pilih [Properties] . Paparan "Alarm" ditampilkan dan disini kita perlu melalukan pengaturan seperti berikut:
- Pada tab "Task", Klik [Browse] dan cari file-file berformat audio yang sesuai dijadikan sebagai Bunyi Alarm. Format audio dari file yang dipilih sebaiknya berformat wav,mp3 atau mid. Pilih file audio yang berbunyi keras ataupun tidak sedap didengar. Sebagai contoh dengan memilih file audio dengan alamat "D:\My Music\Lagu Techno\Audio Style.mp3".
Setelah itu tick (tanda)pada 2 item pilihan iaitu:
[√] Run only if logged on
[√] Enabled (scheduled task runs at specified time
Dan Klik [Apply]
- Setelah itu, pada tab "Schedule" -> klik dan setkan jam berapa anda ingin dibangunkan.
Contohnya:
Scheduled Task: Daily
Start Time: 6:00
Scheduled Task Daily: Every 1 day(s)
Klik [Apply] dan selesai.
Program ini akan beroperasi apabila tiba jam 06:00 AM.
- Pada tab "Settings" -> klik dan kosongkan semua tanda ataupun pastikan tiada apa-apa tanda, kecuali pada "Wake the computer to run this task." (biarkan ditanda bagi tujuan jika komputer berada dalam posisi Standby) dan Klik OK.
Sekarang task "Alarm" sudah beroperasi, Pastikan sound speaker pada Komputer anda di setkan dengan volume yang tinggi.
Selamat Mencuba..
credit to Ukiran Cinta ™
Friday, June 19, 2009
*Menghitung Hri
Menghitung Hari
Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan
Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu
Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali
Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan
Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga
Thursday, June 18, 2009
**Terbuka hijab sebelum meninggal
NABI S.A.W bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya.
Dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat." (Ibn Umar r.a)
Huraian:
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat.Wednesday, June 17, 2009
**Mengetahui Alamat IP Address di Yahoo Messenger
Cuba kirimkan file apa2, contohnya file gambar ke teman chatting anda ini di yahoo messenger.
- Ketika proses pengiriman file sedang dilakukan, lakukan arahan ini.
1. start - run - ketik CMD - tekan enter
2. lalu di layar command prompt yang sedang terbuka, klik, netstat lalu tekan enter.
3. maka nanti akan terlihat beberapa IP address, seperti yang terlihat di bawah ini .
contoh :
C:\Documents and Settings\>netstat
Active Connections
Proto Local Address Foreign Address State
TCP win06v5:1045 localhost:1046 ESTABLISHED
TCP win06v5:1046 localhost:1045 ESTABLISHED
TCP win06v5:1047 localhost:1048 ESTABLISHED
TCP win06v5:1048 localhost:1047 ESTABLISHED
Kemudian perhatikan Alamat IP address yang memiliki akhiran seperti ini. number IP :5101 SYN_SENT
Contoh : 63.21.55.22: 5101 SYN_SENT
YM menggunakan port 5101 untuk mengirimkan file. maka apabila ada number ip dengan akhiran port :5101 , maka itulah alamat IP address teman anda.
Tuesday, June 16, 2009
**Bulan Rejab Banyak Cerita Duka Rasullullah SAW.
Baginda menghadapi dua musibah berturut-turut iaitu kehilangan dua insan yang sangat berjasa dan dikasihi yang pergi buat selama-lamanya menghadap Ilahi.
Peristiwa itu adalah kewafatan Siti Khadijah, isterinya. Tidak lama kemudian menyusul pula bapa saudaranya, Abu Talib.
Tahun itu adalah tahun duka cita bagi Rasulullah. Baginda bukan sekadar kehilangan seorang isteri yang menumpahkan taat setia, kasih sayang dan ketabahan luar biasa, malah Siti Khadijah menjadi sumber inspirasi dalam perjuangan Baginda.
Sebagai insan berharta, Siti Khadijah menyumbangkan sebahagian harta miliknya dengan penuh ikhlas dan rela, demi kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam usaha menegakkan risalah Islamiah.
Sokongan Siti Khadijah juga menyebabkan beban berat yang dipikul Nabi Muhammad berasa lebih ringan. Ia turut mengubat kedukaan Baginda hingga Rasulullah mendapat kekuatan dan semangat untuk mengembangkan Islam.
Siti Khadijah banyak berkorban dan memberi sokongan, baik dengan harta mahupun jiwa raganya dalam usaha pengembangan agama Islam.
Demikian juga halnya dengan kewafatan Abu Talib, bapa saudaranya yang bermati-matian membela dan melindunginya daripada ancaman orang kafir Quraisy.
Lantaran Abu Talib tergolong dalam orang yang disegani di kalangan bangsa Arab, menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Nabi secara terang-terangan.
Setelah Abu Talib dan Siti Khadijah wafat, mereka tidak lagi segan-segan mengganggu, mengejek serta mengancam Rasulullah.
Selepas Nabi Muhammad berasa ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan umat Islam tidak lagi begitu terjamin, Rasulullah memutuskan untuk pergi ke Taif.
Rasulullah berharap penduduk Taif akan menerima seruan Baginda, sekali gus membantu perjuangannya. Bagaimanapun, di luar dugaan, penduduk Taif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Baginda menerima pelbagai cacian, penghinaan dan penganiayaan.
Rasulullah kembali ke Makkah dengan perasaan hampa. Betapa beratnya penderitaan yang diterima oleh Baginda ketika itu.
Dalam keadaan seperti itu, untuk menghibur dan meningkatkan iman Rasulullah, maka Allah memerintahkan kepada Jibril agar Rasulullah melalui peristiwa Israk Mikraj.
Peristiwa yang menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad.
Israk Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian.
Sunday, June 14, 2009
**Cinta anugerah istimewa Allah
Maha suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada sekalian hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui yang mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.
Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan cinta.
Cinta nikmat bagi hati setiap insan. Tanpa cinta, manusia akan terus hidup dalam kesakitan dan kesukaran. Tanpa cinta, manusia akan saling benci membenci. Manusia akan hilang perikemanusiaan. Manusia akan sanggup menyakiti insan lain demi mencapai kepentingan diri.
Justeru, sucikanlah cinta dan suburkanlah perasaan itu dengan takwa kepada Yang Maha Esa. Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia.
Ketika Nabi Adam di dalam syurga yang penuh kenikmatan, masih terasa ‘kekosongan’ di hatinya. Lantas, Allah Yang Maha Mengetahui, segera menciptakan seorang perempuan, Hawa bagi mengisi kekosongan tersebut. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam.
Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia.
Syurga adalah matlamat setiap manusia yang beriman. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan apa dilarang. Orang yang layak menghuni syurga adalah mereka dalam kalangan yang baik-baik iaitu para rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga.
Justeru, cinta juga boleh dijadikan alat untuk mencapai hasrat itu. Jadilah kita insan yang baik-baik agar tergolong dalam kalangan penghuni syurga.
Cinta dilahirkan di tempat baik (syurga), dianugerahkan Yang Maha Baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (Nabi Adam AS) dan diwariskan kepada orang-orang yang baik (para solihin). Cinta lahirnya di syurga dan akan berakhir di syurga.
Bercinta kerana Allah
Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia.
Cinta adalah ‘hadiah’ daripada Tuhan. Maka, kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan ‘pemberi’. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taasub dengan cinta hingga merana jiwa dan lupa daratan.
Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah.
Bagaimanapun, jangan biarkan cinta pada manusia mendahului cinta pada Allah. Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Manusia yang sanggup lupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta. Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.
Jangan biarkan jiwa terus hanyut kerana kekecewaan dalam cinta. Bacalah al-Quran kerana anugerah ketenangan jiwa dengan mengamalkannya adalah cinta daripada Allah.
Seperti mana firman Allah:
Kami turunkan daripada al-Quran penawar-penawar dan rahmat bagi orang mukmin (al-Isra’: 82)
Begitu juga dengan amal ibadat lain. Jangan diabaikan kerana kita perlu cintai Allah melebihi segala-galanya. Ini termasuk mendirikan solat kerana menerusinya, kita mampu menghindarkan diri kita daripada ingkar terhadap ketentuan Allah dan dikurniakan ketenangan dalam hati.
Sentiasa menjaga peraturan cinta
Sebagaimana kurniaan lain, cinta dicetuskan dengan beberapa peraturan. Peraturan inilah yang mendorong manusia agar berada di landasan yang benar. Tanpa landasan ini, manusia akan tersasar kerana mengejar cinta.
Ia adalah syariat. Hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus.
Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Jauhilah yang haram kerana yang kemanisan dengan menempuh yang haram, maka akan berakhir dengan kepahitan. Bagi yang makruh dan harus, gunakanlah pertimbangan yang waras untuk melakukan atau meninggalkannya.
Pelihara cinta dalam rumah tangga
Cinta adalah ‘warisan’ Nabi Adam AS pada orang baik pada kemudian hari. Justeru, jadikanlah cinta sebagai alat untuk melakukan perkara yang baik-baik dalam rumah tangga. Sabar, reda dan mujahadah semasa menjalankan tanggungjawab dan peranan dalam melayari bahtera rumah tangga.
Tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai. Maka, tempuhilah ujian itu dengan penuh sabar dan ketenangan. Ingatlah, ujian datang tanda kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya. Semakin sayang Tuhan kepada kita, maka semakin hebat ujian diberi. Semuanya menuntut kesabaran dan ketakwaan. Malah kecewa dalam bercinta di alam rumah tangga ujian kepada umat Islam selepas mengakui beriman kepada Allah.
Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta (al-Angkabut: 2-3).
Contohilah Ummu Sulaim yang mengingatkan suaminya bahawa anaknya adalah ‘pinjaman’ daripada Allah dan apabila anak itu kembali ke rahmatullah, ertinya ia dikembalikan kepada pemiliknya (Allah). Mungkin contoh itu terlalu sukar untuk diteladani, namun contohilah ketabahan mereka dengan memaniskan wajah, menahan kata-kata yang buruk dan bertindak sebaiknya ketika ujian melanda rumah tangga. Justeru, hadapilah setiap ujian dalam percintaan itu dengan tenang kerana yang terbaik sudah tentulah datangnya daripada Allah.
Friday, June 12, 2009
**Musim Buah Datang Lagi
terutama pokok durian dan rambutan(moktan kata orang kedah) .
Tahun lepas jadi sebijik ja durian pokok tu.tahun nie 3o lebih. alhamdulillah..isi pon cantikkkk...
Ni Semasa buahnya sedang membesar,belum tua lagi masa nie.
nampak je buah macam tak elok. tapi isi nyum nyum nyum...mabeles..
Buah rambutan(moktan) pon dah masak.tak sempat lak aku nak kuar g amik gmbar buah yang dah masak.
Nie masa buah moktan tua. Banyak jugak jadinya,tapi semut banyak seyh kat buah nie..
geram betol. dah buboh ubat pon banyak jugak lagi.degil la semut2 hitam tu.isk...
Nie buah nangka,tapi ntah napa selalu bila masak dia buruk,so..
amik msa tua je la selalunya.Buah gulai nangka..
sedap wo0o0o gulai nangka ikan talang.akak aku dia meniaga ,
so dia la yang rajin balik mai amik buah nangka tua nie.
Ni pulak kalau sapa2 belom kenai.ni la buah kuinin..nampak macam buah pelam kan..tapi,ini namanya kuinin.. banyak seyh buah nie jadi ,tak larat makan ,sedekah bertimba2 je kat kawan2... bend anie kalau kat depan mata, bukan kita nak makan sangat,tapi benda yang takdak depan mata tu la yang kita lapaq sangat..
ehehhe .kalau sapa nak makan moktan tu mai le umah aku,tapi kait sendiri la na... Tu belum sempat amik gambar buah2 kat kebun di bukit Nyan.Jalan nak p Kubur Panjang. Ala..dekat la dengan rumah fauzi Nan,pemain bola sepak kedah dulu tu.sekarang mana tataw la dia main.. Rumah lama kami dan tempat aku dibesarkan sehingga setahun usiaku.kat sana lagi la macam2 pokok2 dan buah2an ada.
Cempedak,duku,rambai,jering,durian,petai.rambutan.. Banyak pulak tu menjadi buah2 tu musim nie.
.Nanti kalau aku p bleh la bawak camera untuk snap gambar kat sana plak..
Thursday, June 11, 2009
**Al-Hadith : Bumi Menjadi Saksi
Rasulullah s.a.w. membaca (yang bermaksud) 'Pada hari itu bumi akan memberitahukan khabar-khabarnya' (Surah Az-Zalzalah, Ayat 4)'
Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Adakah kamu semua tahu apakah khabar-khabarnya itu?" Para sahabat berkata,"Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui."
Beliau s.a.w. lalu bersabda, "Sesungguhnya khabar-khabar yang akan diberitahukan itu ialah bahawa bumi itu akan menyaksikan pada setiap hamba, lelaki atau perempuan, perihal apa yang dilakukan di atas bumi itu. Bumi akan mengucapkan, 'Orang ini akan melakukan begini dan begitu pada hari ini dan itu. Inilah khabar-khabarnya. '"
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Wednesday, June 10, 2009
**Berperang Dengan Along
Jom Main Perang2 kat Attack Shop di fewett Forum.masuk geng aku,aku akan pertahankan hampa..