Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yang
bulat, begitu juga untuk bahagia, kita memerlukan hati
yang satu, sama ada telah kita berikan kepada
seseorang atau masih kita simpan sendiri.
Biar kepada sesiapa hati itu telah diberikan, pasti
pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika
anda memberikan hati separuh-separuh, anda akan
mendapat separuh; jika anda memberikan kesemuanya,
anda akan mendapat kesemuannya semula.
Cinta yang tulus memang memerlukan pengorbanan. Salah
satu pengorbanan yang perlu dilakukan ialah memberikan
hati. Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap orang
yang anda cintai itu, Tak usah reserve untuk orang
lain, nanti anda juga mendapat sebahagian hatinya
saja.
Jujur, balasannya nikmat; sebaliknya curang balasannya
derita. Sifir hidup ini mudah. Baik balasannya baik
manakala buruk dibalas buruk. Jika anda bermain-main
dengan hati, anda juga akan dipermainkan oleh hati.
Jujurlah dengan hati sebab kebahagiaan kita letaknya
di situ. Hati yang tidak tenang bermula daripada hati
yang dicebis-cebiskan untuk diberikan kepada ramai
orang, yang sebenarnya tidah berhak terhadapnya.
Hati seorang isteri seharusnya berada seratus peratus
di dalam diri suaminya. Manakala hati seorang suami
seharusnya berada sepenuhnya dalam diri isteri.
Masing-masing tidak boleh reserve walau secebis untuk
orang lain. Berbuat begitu bererti sengaja mencarik
bahagia. Teori bahagia ialah memiliki sepenuh hati
atau memberikannya sepenuh hati. Berada di
tengah-tengah bererti sengaja menyusahkan diri dengan
rasa-rasa tidak selesa.
"Hatimu untuk siapa?" Sebenarnya satu pertanyaan yang
perlu ditanyakan oleh setiap orang terhadap dirinya
sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya
untuk orang yang berhak, atau berkecai dan kini berada
di dalam diri ramai orang yang tidak sepatutnya
menerima?
Setiap kita memerlukan jawapan jujur sebab kedudukan
hati kita hanya kita yang tahu keadaan dan statusnya.
Jujurlah dalam memberikan jawapan. Kejujuran anda
memang bermula daripada hati yang betul. Jika anda
telah mencemamaikan hati dan selalu tidak berlaku
jujur terhadapnya, anda sukar memberikan jawapan
setulusnya.
Jadilah seperti serikandi tatkala membulat hati untuk
berjuang. Tiada apa-apa lagi buat dirinya kecuali
keseluruhan hatinya telah diberikan untuk matlamat
perjuangan. Jika anda telah bergelar isteri, saatnya
untuk memberikan sepenuh hati pada sang suami; biarpun
dia seorang penagih, tidak bertanggungjawab, malahan
curang. Sebab setelah anda merelakan diri untuk
menerima seseorang keseluruhan diri anda adalah
miliknya.
Dia bukan suami yang baik, itu urusan dia dengan
TUHAN-nya; dia bukan seorang suami yang soleh, itu
urusan dia dengan TUHAN-nya; dia seorang suami yang
zalim, tidak bertimbang rasa, curang, kaki perempuan,
itu urusan dia dengan TUHAN-nya.
Anda tidak sedikit pun akan dipertanggunjawabka n
terhadap semua kekalutannya, tapi anda akan
bertanggungjawab terhadap hati anda yang sewajibnya
anda berikan seratus peratus pada dia.
"Hatimu untuk siapa?" Sebuah epilog cinta dari dua
insan yang saling memerlukan. Sama ada anda merelakan
ia berpindah ke insan lain, atau anda simpan sendiri
itu hak anda yang tiada siapa dapat mempertikaikannya,
namun sekiranya hati itu hendak diberikan kepada
seseorang, biarlah seseorang itu insan yang betul
kerana jika insan yang salah menerimanya, anda akan
terus bersalah.
Fikir, renung dan tengok
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut