Saturday, January 31, 2009

**Hari- hari Dalam Islam

Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi s.a.w


Jumaat
Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.


Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian
Darrun Nadwah.



Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.



Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan
perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.



Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak
Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.


Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad
yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.



Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir
menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.


@bunga@bunga@bunga

**Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding :
Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah@kakros01

Friday, January 30, 2009

**Manusia , Malaikat , Syaitan ...



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz



Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!



Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)



Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah
dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

**Nak lajukan FireFox

Kepada anda yang selalu melayari internet menggunakan browser Mozzila Firefox.... di bawah ni aku nk kongsi dengan korang semua cara nk lajukan sikit firefox korang tu. aku dah lama guna setting cara ni, cuma malam ni ntah macam mana aku teringat nk kongsi ngan korang plak. cubalah..... .

Mula2 buka ler Firefox korang tu......dah buka FireFox.....

Pergi dekat Addrees bar kemudian taip about:config dan "enter"

Lepas tu kita boleh nampak satu benda dasyat nama dia filter....hehehehe. .....

pergi dekat filter tu taip network dan "enter"

bila dah tekan "enter" pegi cari dua benda ni....

1)-"network.http. proxy.pipelining", false
2)-"network.http. pipelining. maxrequests", 4

benda yang nombor satu tu pi tukar "false" jadi "true".

yang nombor dua pula tukar nombor "4" jadi "8".

macam mana nak tukar setting dia?? ha senang jer klik la kat ayat dia tu

lepas tu leh tutup. tengok ada perubahan tak....kira lajuler sikit dari biasa tu.....
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________

***Kalau xpuas hati lagi dan nk power sikit lagi cuba setting yg ini pula....
cara dia sama di atas...... cuma korang cari benda yg kt bawah ni dan ikut jer setting yg aku dah tulis tu.....

network.http. max-connections; 48
network.http. max-connections- per-server; 24
network.http. max-persistent- connections- per-proxy; 16
network.http. max-persistent- connections- per-server; 8
network.http. pipelining; true
network.http. pipelining. maxrequests; 0
network.http. pipelining. ssl;true

kredit to

** Anda Anak sulung, tengah, bongsu @tunggal?

Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.
Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalam an orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.
Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah

Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
p/s: takda yang kena dengan diri aku pon yang tengah tu..macam tak betul je,..cuma part berdikari tu jek .mcm betul
@jelir

Thursday, January 29, 2009

**Doa Yang Tidak Makbul

Daripada Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan- Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun: 51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”( al-Baqarah: 172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”

(Riwayat Muslim)

**7 Tips Jumpa Hantu.

Hari ini saya ingin berkongsi 7 tips dengan anda
mengenai cara-cara mengawal hantu.@setan

Tips ini saya perolehi melalui sumber-sumber
lisan dengan beberapa pihak yang boleh dipercayai.

Walaubagaimanapun, tips ini hanyalah sebagai
panduan sahaja. Bukan untuk tujuan komersial
untuk masuk 'Seekers'


Tip 1: Hantu Pocong
------------ -------
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang
baru masak ni memang mudah cari kelemahannya.
Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas
kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu
dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa
apa pun, selain kain kapan pembungkusnya
tu.


Tip 2: Hantu Langsuir
------------ ---------
Dia ni suka pandang muka kita, jadi
beranikan diri anda tenung balik muka dia
sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk
cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu
malu.


Tip 3: Hantu Pontianak
------------ --------- -
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak
dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama.
Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat
dari dia, tentu dia boring.


Tip 4: Hantu Raya
------------ -----
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar
jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang
saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,
bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh
kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak
kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti
lain dia nak buat.


Tip 5: Hantu Galah
------------ -------
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.
Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap.
Pasti dia tak perasan kita ada disitu.


Tip 6: Hantu Jerangkung
------------ --------- --
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka
saja,dan paling mudah untuk menewaskannya.
Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk
dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk

Gitulah al-kisahnya. .. ada yang seram sejuk ker?
@guling@guling@guling@setan

Tip 7 : Hantulaut

Tip bila jumpa Hantulaut ialah mintak RS dump banyak2 kat dia..@guling
Tapi,saye ada tip lain kalau jumpe dengan hantulaut nie..
Tips nya adalah rahsia..@takboleorang lain taleh tahu..
Dan hantulaut ini juga misteri @sederhana

Wednesday, January 28, 2009

**Tips sayang-menyayang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan
dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagal kerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke
semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu. Jangan
sesekali terfikir untuk mengubah apa-
apa tentang dia kerana sekali anda
mengubah, selamanya anda akan terus
mengubah dirinya. Tentu anda masih
ingat, anda terpikat padanya kerana
dia adalah dia. Maka, tiada alasan
untuk anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain.


3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih
sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan
sesekali cuba untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan
dia. Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima
cinta anda kerana kelak, yang anda
akan dapat darinya hanyalah cinta
simpati dan bukannya cinta setulus
hati.

5. Yakinkan diri anda akan
keistimewaan dia. Dia adalah satu-
satunya di dunia ini dan jangan
mengharapkan kesempurnaan dari dia
kerana dia telahpun cukup sempurna
semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan
anda akan sentiasa meletakkan diri
anda di tempatnya sebelum melakukan
apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat
menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia
untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan
berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya
seolah-olah setiap hari itu adalah
hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan
melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya
akan setakat menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup seperti
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi hatinya bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi anugerah
itu hanya layak anda perolehi setelah
anda berjaya menyayanginya sehingga ke
akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih
anda adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan
akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya
upaya untuk memenangi cintanya, maka
dengan itu haruslah juga anda berusaha
untuk terus menyintai dirinya dengan
apa jua keadaan sekalipun.

**HOW FRIENDSHIP BREAKS


Both Friends Will Think the Other Is Busy


L o v e b e a t s





And Will Not Contact
Thinking It May Be Disturbing


As Time Passes







Both Will Think Let the Other Contact








After That each Will Think Why I Should Contact First?






Here Your
friendship Will Be Converted To Hate




Finally Without Contact the Memory Becomes Weak








They Forget Each Other.








So Keep In Touch With All and Pass This TO All Your Friends...



. L o v e b e a t s

I Don't Want To be One Of This Kind.





So Here I Am sending Mail
L o v e b e a t s



To Say





Please keep in touch.


Wishing you all blessings of life

**Ayat Seribu Dinar Pemurah Rezek


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki
dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah
mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah

3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan

4. Dan ketika dirasakan perlu

Tuesday, January 27, 2009

**Ikhtiar Mencari Cinta

CINTA adalah satu perkataan yang tidak asing lagi di dengar oleh halwa telinga kita.Apatah lagi ungkapan cinta ini sangat diminati di kalangan remaja,kerana sudah menjadi sebati dan darah daging mereka,dan utaian lembut ini sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim dengan ungkapan rasa pasangan sejoli yang mabuk asmara.

Ada yang menyatakan cinta itu suci,cinta itu agung,cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata,hanya dapat dirasakan dengan sentuhan kulit hati.Bahkan ada yang menggambarkan oleh kerana tersangat indahnya cinta,syaitan pun berubah menjadi bidadari “racun dirasa bagaikan madu?”

Namun jelas kerana cinta,banyak orang yang merasa bahagia namun sebaliknya kerana cinta ramai pula yang tersiksa dan merana.Cinta dapat membuat seseorang menjadi sangat mulia,dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi sangat tercela.Apa yang ada pada cinta,tidak ada pada rindu.Apa yang ada pada cinta,tidak ada pada sayang.

Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah ra kepada Rasulullah saw yang rela mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi perjuangan si kekasih yang menjadikannya insan mulia dan dimuliakan.Sebalikn ya,perkara yang yang menyedihkan ada pemudi yang mengorbankan kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dilakukan atas nama cinta.Demi mempertahankan hubungan,ada remaja yang sanggup mempertaruhkan nyawanya hanya kerana cinta.Cinta berkalam noda itulah yang membawa mereka kepada kehinaan.

Persoalan,apakah yang di namakan Cinta yang sebenar mengikut perspektif Syara’?

Rupa-rupanya tepat seperti ungkapan Ibnu Qayyim Al Jauziah tentang cinta,bahwasanya;


“Tidak ada batasan tentang cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri.”


:flower::flower::flower::flower::flower::flower:

Sunday, January 25, 2009

**Mengapa Manusia Berubah ek..

Kenapa manusia boleh berubah?
kenapa perasaan org boleh berubah dlm waktu singkat?


[HARI NI]


cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah...


[ESOK]

ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...


[HARI NI]

bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2,
"x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u..
bila nak jumpa lagi... dah makan...
saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."


[ESOK]


bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2,
"xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."

[HARI NI]


Kalau leh, nak duduk je depan muka kita...
sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk...
nak tgk muka, rindu katanya....


[ESOK]


kalau leh, xnak pandang muka ni..
usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking
"oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv.
Bila datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."

[HARI NI]


kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan,
handphone asyik berbunyi je... sampai kawan cakap
"kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"..
. dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."


[ESOK]


usahkan kata 'miss col', msg pun x de...
membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset,
menunggu panggilan @ msg si dia....
sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp,
asal ngan handphone ko, rosak ke? senyap je..."
dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara


[HARI NI]


wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...


[ESOK]

free sms 10 pun setahun nak abis....
tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover...
ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...

[HARI NI]


kejap2 si dia msg... "selamat pagi",
"selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"


[ESOK]


8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas

[HARI NI]


kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan...
sambil si dia berkata "saya nak gengam awak erat,
x nak awak lari dari pangkuan saya"


[ESOK]
si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu...
malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar... lembab..."

Semua ni pernah berlaku kan...
dan mungkin sedang berlaku...
inilah hakikat..
susah nak cari seseorang yang memahami...

walau mcm mana pun si dia lakukan..
kita still setia kan...
walhal, mungkin ada ramai lagi yg boleh ganti...
itulah maknanya "SAYANG"....
lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....
lagi kita benci, lagi kita suka...
lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan....
nak wat cam ne....

redha je la...

walau pun terluka..... ....
hurmmmmm.... ......


:dizzy::dizzy::dizzy::dizzy::dizzy::dizzy::dizzy::dizzy:

Saturday, January 24, 2009

**Tapai Pulut

ehemmm.. kemarin mak aku suro buat tapai..dia da siap tanak..so,aku la disuruhnya proses buat tapai tu..adeh... maka aku kata dia buat tak pernah manis... aku buat manis la pulak..so,mau tak mau aku buat la jugak.. lagipon da lama tak makan tapai nie..@penat ni aku tunjukkan macam mana nak buat tapai..simple bangat ja nak buat dia...

ini ragi..



kalau takda ragi ni mana nak jadi tapai tu..
sebiji 8 kupang(80sen).dulu tahun lepas 5 kupang ja aku beli,,adeh deh..mahai kemain .. @pening@pening aku buat dalam sekilo je pulut nie.



Pulut Yang telah digaul dengan ragi

.so ragi yang digunakan tak perlu a sampai sebiji nie..amik setengah je... hancur2kan ragi tadi..dan gaul je dengan pulut bagi sebati.rata.. pastu bungkus la..ehhehee.. aku pakai daun medang


Daun nie kalau balut dia memang aroma dia lain..lagi sedap dari duan pisang...
@gatai




ni yang siap dibungkus...@sengihnampakgigi







ni tapai yang dah jadi..ntah manis ke tidak ntah la
@jelir





:err::pompom:@ipin02@henti