MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum
Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat
mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada
Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar
Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang',
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan
darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan
Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh
melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan
larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan
bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak
terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi
perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan
kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadik an 'Arasy.
Allah menjadik an Luh Mahfuz.
Allah menjadik an alam.
Allah menjadik an Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut