Kita memang selalu down, bila boss marah kita, kengkawan nyisihkan kita, mak berleter ngan kita atau cikgu marah ngan kita.
Kita juga makin kurang bersemangat bila perniagaan kita menurun, rakan sekerja kurang beri kerjasama atau buat donno saja.
Bila dalam keadaan begini, apa nak buat? Mestilah ubah mood kita jadi hepi, ceria dan bertenaga.
Macam mana nak menghepikan diri sendiri? Mulakan dengan:-
1. Niat di hati
Katakan pada diri sendiri "aku mau jadi hepi, aku nak jadi bersemangat! ".
2. Ubah pernafasan.
Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.
Lakukan ketika berdiri. Ulang 5 hingga 7 kali untuk kesan maksima.
3. Ubah postur badan dan gaya berjalan.
Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh konpiden, bior nampak bertenaga!
4. Menyanyi kecil
Menyanyi-nyanyi boleh merubah mood kita contohnya menyanyi lagu2 nasyid ker ..motivasi ker, Elak menyanyi lagu sedih, sebab ia merubah mood Anda bertukar menjadi sedih. Kita nak hepi, ye tak?
5. Banyakkan istighfar dan zikir
Bila kita down, ada amarah kecil dalam hati kita, means kita tak puas hati tentang sesuatu, benda atau perkara, sebab itu emosi kita down lalu jadi kurang bersemangat.
Untuk menghilangkan amarah tu, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi bila sebelum itu, Anda mengambil wuduk..
-Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesan istighfa tu meresap masuk jauh ke sanubari Anda, sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga Anda benar-benar terasa damai, sedamai yang mungkin.
Selepas itu, bersyukurlah atas semua apa yang Anda ada hari ini, saat ini, ketika ini.
Misalnya, bersyukur sebab Anda ada tempat kerja untuk mencari rezeki, bersyukur sebab hujung bulan Anda ada pendapatan tetap bayar bil-bil Anda, bersyukur sebab Anda bertemu dengan blog iMotivasi yang menaikkan semangat Anda.
-Rajin bersyukur merubah jiwa anda menjadi lebih tenang, lantas menjadi lebih bersemangat!
Pilih untuk menjadi orang yang hepi. Be happy, choose to be happy!
satu petua yang sangat berguna..
ReplyDelete