WASHINGTON 5 Nov. – Rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih calon Demokrat, Barack Obama semalam sebagai Presiden kulit hitam mereka yang pertama, dengan memberi beliau kemenangan bersejarah ke atas calon Republikan, John McCain. - AFP
Obama yang berketurunan Afrika Amerika berasal dari Kenya dan nama penuhnya ialah Barack Hussein Obama. Bapanya, seorang Islam telah merantau dari Kenya untuk belajar di Amerika dan di situ bertemu jodoh dengan ibunya. Nama Barack yang diberi oleh bapanya merujuk kepada perkataan Arab “barakah” yang membawa maksud berkat. Sehingga hari ini keluarga Obama masih ramai di Kenya dan semuanya beragama Islam. Ibu Obama pernah mengahwini seorang rakyat Indonesia dan mereka menetap di sana selama 4 tahun. Ketika inilah Obama bersekolah di Indonesia dan berpeluang bergaul dengan ramai orang Islam dan mengenal budaya orang Melayu. Saya ada mengikuti beberapa siri ceramah Obama melalui internet dan begitu tertarik dengan pendekatan dan kerendahan hati budinya. Beliau, buat kali pertamanya, benar-benar membawa mesej harapan kepada rakyat Amerika. Dengan tema “Perubahan Yang Kita Boleh Yakini” (Change We Can Believe In), Obama berjaya menyatukan pelbagai kelompok rakyat Amerika terutama golongan muda, kulit putih dan hitam, untuk menyertai arus perubahan yang dipeloporinya. Kekuatan oratorinya dan mesej yang jelas dan mudah menjadikan gelombang perubahan ini menjadi semakin menggunung dan terus popular. Di peringkat awal dahulu, Obama tidak diberi peluang langsung oleh penganalisa politik Amerika malah telah diserang bertubi-tubi oleh media Amerika berhubung latarbelakang Islam keluarganya (walaupun beliau kini seorang Kristian) dan persekolahannya di Indonesia (ditohmah sebagai madrasah yakni sekolah agama Islam). Tetapi kemenangannya di Iowa, kawasan majoriti kulit putih, telah membuka mata banyak pihak bahawa insan bernama Obama ini bukanlah calang-calang calun kulit hitam, dan dengan itu perlu diberi perhatian. Sejak itu, Obama tidak lagi berpaling ke belakang malah sebaliknya memberi cabaran yang sangat sengit kepada Clinton.
Mesej Obama adalah mudah, antaranya, lebih berdiplomasi dan berinteraksi dengan dunia luar termasuk dengan negara “musuh”, membawa balik tentera Amerika daripada Iraq, memberi tumpuan kepada memperbaiki ekonomi negara, “berkebajikan” kepada rakyat dalam aspek khidmat kesihatan, pendidikan, dan perumahan, mengurangkan pergantungan kepada minyak dan memberi tumpuan kepada sumber tenaga yang bersih dan mesra alam, menyatukan rakyat Amerika tanpa mengira warna kulit dan seks, berupaya memukau seluruh lapisan rakyat Amerika. Beliau juga mengakui bahawa bukan mudah melaksanakan semua ini dan memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakannya. Menurutnya, kegagalan itu satu kemungkinan tetapi yang pasti beliau tidak akan jemu mencari jalan untuk mengatasinya. Obama juga begitu anti kepada pelobi-pelobi yang menguasai pejabat Presiden Amerika sejak sekian lama. Samada pelobi Israel, syarikat minyak atau rokok dan sebagainya, beliau menganggap bantuan daripada pelobi-pelobi ini merupakan bencana kepada rakyat Amerika kerana mereka mempunyai agenda tersendiri di sebalik sumbangan dana pilihanraya. Serangan ini merupakan sesuatu yang baru di lanskap politik Amerika dan fenomena ini menarik minat ramai masyarakat Amerika. Obama kini dianggap sebagai harapan untuk masa depan Amerika dan diakui sebagai calun yang ikhlas dan berwawasan. Tidak hairanlah jika kita lihat semakin hari semakin ramai golongan manusia termasuk para selebriti yang menyatakan sokongan terbuka kepada beliau.
- Pernah memakai pakaian Islam seperti gambar di bawah
- Anti Obama menakutkan rakyat Amerika Israel dengan dakwaan bahawa mereka akan tidur dengan mata terbuka jika Obama menang nanti
- Louis Farrakhan berusia 74, pemimpin Nation of Islam di USA juga menyokong Obama
Pernah ibu tiri Obama bernama Sarah Hussein Obama mengatakan :
“I am a strong believer of the Islamic faith,”
Bahkan adik beradik Obama semua adalah muslim
Badi’euz Zaman Sa’id al Nursi diambang kejatuhan Daulah Islamiah terakhir iaitu kerajaan Uthmaniah di Turki, kata Almarhum:
Wahai umat Islam!, saya melihat Kerajaan Islam Uthmaniyyah sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak barat dan saya juga melihat dunia barat sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak Islam.
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut