tag:blogger.com,1999:blog-6280695110948204912.post8127554562529129972..comments2024-02-25T10:07:06.516+08:00Comments on .:GaDiS KaLiS PeLuRu:.: Hukum Puasa Di Bulan Rejab & Syaaban.:GaDiS KaLiS PeLuRu:.http://www.blogger.com/profile/17288001606222356194noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-6280695110948204912.post-23658892897491153422013-05-13T15:38:04.105+08:002013-05-13T15:38:04.105+08:00Hadis2 Palsu Popular berkaitan Fadhilat bulan Reja...Hadis2 Palsu Popular berkaitan Fadhilat bulan Rejab

1.“Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku… “

2.“Bahawasanya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai itu”.

3.“Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya’ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.”

4.“Sesiapa yg bersembahyang maghrib pada malam pertama di bulan Rejab kemudian bersembahyang 20 rakaat selepasnya, dia membaca disetiap rakaat surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sekali dengan sepuluh kali salam, nescaya Allah menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan diselamatkan dari azab kubur, dan dia akan melalui sirot seperti kilat tanpa dikenakan hisab dan azab”

5.“Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu – pintuNeraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu – pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan – kejahatannya dengan kebaikan – kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan.”

~Sumber : Fatawa Syeikh Athiyyah Saqr (Jil 3, ms 65, 443, 4762); Lathoiful Maarif, AlHafiz Ibnu Rajab Al Hanbali (Ms 217- 2353); Kasyful Khafa’, Syeikh Ismail Ajluuni4. Tahzirul Muslimin minal Ahadis Al maudhuah, Muhammad bin Al Basyir Al-Azhari5; : Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azm (jil 1/526);ArericH K.https://www.blogger.com/profile/04352305096444345581noreply@blogger.com