Friday, August 26, 2016

Hukum Keluar Angin Melalui FaR4j (Kentut V@G1N4)

Keluar Angin Melalui F@R4j (Kentut V@G1N4)

Perbahasan mengenai keluarnya angin melalui f@r4j atau v@g!n4 atau qubul ada disentuh oleh ulama. Mengikut kaedah saintifik, v@g!n4 adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan f@r4j. Bukaan f@r4j ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam v@g!n4 hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan f@r4j berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Keadaan ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada usus besar yang mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas mengeluarkan gas yang dikenali sebagai kentut. Maka dalam keadaan normal, v@g!n4 sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan v@g!n4 akibat pembedahan antara usus dan f@r4j. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam f@r4j.

Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan f@r4j.  Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan f@r4j.  Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka.  Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut.  Lebih menyulitkan lagi bukaan f@r4j tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan f@r4j secara yakin.

Namun begitu, keluar masuk angin di v@g!n4 berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas) Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari v@g!n4, wanita disarankan berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat f@r4j). Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari f@r4j. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan f@r4j.

Hukum dan implikasinya

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui f@r4j (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً
‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.

Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.

Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada f@r4j disarankan mengambil langkah-langkah berikut;

1. Berdehem selepas membuang air kecil.

2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.

3. Mengelap f@r4j sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.

4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Sikap berhati-hati dalam menunaikan ibadah solat amat penting agar solat sah dan diterima Allah. – Editor.

Dr Rosediani Muhammad.

(Pakar Perubatan Keluarga, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan)

Thursday, August 25, 2016

Tips-tips Nak PiliH Durian

Tips-tips nak beli durian
1) Pastikan durian tersebut tak merekah.

Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yg dah merekah ni dikhuatiri telah lama, mungkin dah sehari lebih. So dah tak fresh dah. Lagipun, gas2 durian tu dah hilang, so bila makan nanti, ‘uummpphhh’ dia dah takda.

2) Jangan beli durian tangkai yang kecut.

Sebab tangkai yang kecut ni selalunya buah yang lama, mungkin 2 hari.

3) Bau dulu di Buntut durian tu.

Kalau bau sedap , lemak, elokkk… Ambik je. Kalau bau x berapa ada, try pilih yang lain dulu.

4) Goncang durian dulu sebelum beli.

Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tak ‘Mangkaq’ @ keras, kita akan dengar bunyi bergoncang.

5) Suruh tokey durian tebuk dulu durian.

Ini untuk memastikan durian tu kompom masak, tak keras dan colek laa sikit rasa.. kalau saya selalu tebuk dulu kat costumer, biar diorang puas hati.

6) Pastikan duri durian tu keras.

Try rasa duri tu, tekan dgn jari. Jangan cucuk jari dah laaa… Kalau buah tu lama, duri tu akan lembut. Kalau baru lagi, keras laa.

7) Tanya dulu buah tu dari mana

Saja je test tokey durian tu, betul ke durian tu durian setempat. Kot2 la durian siam. Sesetengah orang tak suka durian siam. Tapi kalau test ok, sebat je la.kalau saya, batu kurau n balik pulau is the best.

8) Tanya tokey kalau buah tak masak boleh tukar tak?

Kalau tokey yang jujur, nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian tu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan. Ini beli mahal2, nak makan tak boleh, last2 dapat sumpah seranah je… Belum lagi costumer datang lempar durian mangkaq depan kedai. haha. Saya jual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati jugak.

9) “Saya nak buah isi kuning!”

Kalau korang nak buah yg isi kuning, bagi tau je tokey tu. Kalau dia berpengalaman, senang je dia pilih. Kalau dia kata tak tau… Nasib lah. Haha. Korang suruh dia potong sikit tangkai buah tu. Ada nampak urat2 kat tengah2 tangkai tu, kalau kaler kuning sikit, inshaAllah dlm tu kuning. Kalau tak, mungkin putih.

10) Jangan takut nak ambik buah yang ada getah kat bawah buah.

Sebenarnya, tokey durian letak getah sebab nak mengelakkan durian tu merekah je.

11) Pilih buah yang bentuk macam jantung.

Selalunya buah yang bentuk jantung ni, isi dia memang elok. Susah la nak jumpa yang problem.

12) Pilih buah yang berduri halus tajam atau duri besar tumpul.

Selalunya jenis ni tak pernah mengecewakan.

13) Pilih buah yang bertangkai panjang.

Pilih jenis ni, selalunya buah tangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita. Huhu… (Ini serius).

14) Elakkan beli di pasar malam.

Bukan nak tutup periuk nasi peniaga pasar malam. Tapi, contohnya kita beli durian di pasar malam, tiba2 dapat buah tak elok, esoknya kita nak tukar. Pasar malam tak ada dah, kena tunggu minggu depan pulak. Beli la kat peniaga yang jual tetap di suatu tempat.

Tu je la yang mampu saya kongsikan. Ilmu ini untuk dikongsi, tak luak pun. Kalau korang ada ilmu lain yang nak dikongsi jangan la segan2. Tak ke mana pun tips2 ni, saya pun belajar dgn org lama. Penjual durian pun manusia macam kita, depa ni berniaga , kalau kita terbeli buah yang tak elok , jangan marah2. Try settle pi tunjuk kat tokey durian . Kadang2 tu buah yang dia jual tu bukan buah dia, dia pun ambik kat peraih. Ikut budi bicara pembeli dan penjual. Ok jom tips lain pulak.

Friday, August 19, 2016

Video Menyayat Hati Kanak-Kanak Aleppo, Syria Berdarah




Gambar ini cukup mengganggu. Gambar ini mampu menjentik naluri kemanusiaan kita. Sedang kita berpayung redup kebebasan di negara tercinta, mereka masih mencari sehela nafas keamanan di negara sendiri.

Gambar yang cukup mengganggu ini gambar budak lelaki berusia 5 tahun, Omran Daqneesh yang baru diselamatkan dari runtuhan bangunan di #Aleppo #Syria selepas serangan udara. Tanpa air mata, Omran tampak keliru dan hanya terpaku memandang jurukamera yang merakamnya.

Sumber gambar dari visual Aleppo Media Center (AMC) ini turut diguna pakai oleh agensi-agensi berita seluruh dunia