Kali ini ada statement menarik dari bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo./CR7 .Cristiano Ronaldo menyatakan keinginanya mempelajari Al Qur’an, Ronaldo tertarik kerana kebiasaan rakannya Mesut Ozil yang sering membaca Al Qur’an sebelum bertanding.
Dan berikut statement Ronaldo yang dipetik harian Marca:
Ronaldo: “Memang saya sangat suka jika mendengar Ozilmembaca Al-Qur’an. Karena hati
saya jika mendengarkan bacaan Al-Qur’an merasa damai dan sejuk.”
“Memang beberapa orang tidak percaya kalau saya ingin belajar membaca Al-Qur’an. Tetapi saya
memang sangat suka belajar membaca Al-Qur’an pada ia, dan saya sudah hafal beberapa huruf
hijaiyah.”
Subhanallah ,,, Semoga saja CR7 tergerak hati nya untuk jadi Mu'alaf .. aamiin ,...
Sumber: MARCA
Saturday, March 30, 2013
Friday, March 29, 2013
Resepi Peknga Nyioq /Lempeng Kelapa
Kuih Tradisional Yang Sangat Mudah Dan sedap.. orang kedah sebut Peknga(tempek belanga) Orang Selatan Sebut Lempeng Kelapa..
-2 cawan kelapa di parut halus
-1 1/2 cawan tepung Gandum
-setengah cawan gula (atau ikut citarasa anda)
-Sedikit Garam
-air secukupnya (2 Cawan)
-Sedikit minyak masak untuk melenser
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan . Kacau hingga semua sebati. Sukatan air bergantung kepadakeadaan dan jenis tepung . Adunan pek nga tidak terlalu pekat. Lebih kurang macam nak buat lempeng gandum biasa.
2. Panaskan Kuali/ belanga tidak melekat. Lenserkan minyak dengan menggunakan daun pandan supaya lebih wangi..
3. Sendukkan adunan sebanyak 1 senduk dan dituangkan ke dalam kuali..bakar dengan menggunakan api kecil hingga pek nga masak.
4. Ulang hingga adunan habis. Enak dimakan dengan sambal bilis atau kari ayam/daging atau hanya dicicah dengan susu pekat.Atau dimakan saja
Makanan tradisi yang sedap ,memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!
-2 cawan kelapa di parut halus
-1 1/2 cawan tepung Gandum
-setengah cawan gula (atau ikut citarasa anda)
-Sedikit Garam
-air secukupnya (2 Cawan)
-Sedikit minyak masak untuk melenser
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan . Kacau hingga semua sebati. Sukatan air bergantung kepadakeadaan dan jenis tepung . Adunan pek nga tidak terlalu pekat. Lebih kurang macam nak buat lempeng gandum biasa.
2. Panaskan Kuali/ belanga tidak melekat. Lenserkan minyak dengan menggunakan daun pandan supaya lebih wangi..
3. Sendukkan adunan sebanyak 1 senduk dan dituangkan ke dalam kuali..bakar dengan menggunakan api kecil hingga pek nga masak.
4. Ulang hingga adunan habis. Enak dimakan dengan sambal bilis atau kari ayam/daging atau hanya dicicah dengan susu pekat.Atau dimakan saja
Makanan tradisi yang sedap ,memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!
Pasaraya NSK Selayang Nafi Jual Daging Babi Segar
Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.
Menurutnya, imej daging dalam troli yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit adalah kambing sejuk beku dari New Zealand.
“Sejurus mendapat maklumat di laman sosial, semakan mendapati daging kambing itu disalut plastik sehingga dilihat seperti daging babi dan menimbulkan kekeliruan.
“Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berharap penjelasan itu akan dapat menepis segala kekeliruan yang timbul sekali gus pengguna tidak ragu untuk terus membeli daging di NSK Selayang.
Difahamkan, gambar memaparkan imej dua ketulan daging didakwa babi mula tersebar di laman sosial, bermula semalam.
Sumber mendakwa, daging itu diletakkan dalam troli tanpa berbalut sementara menunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil.
Sumber berkenaan turut bimbang sekiranya daging babi itu dijadikan kepingan kecil menggunakan mesin pemotong sama dengan daging lain di pasaraya berkenaan.
SINAR HARIAN
Hasil pemeriksaan oleh Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Hub Halal Jakim mendapati bahawa daging babi yg didakwa di NSK Selayang ialah carcass bebiri dari New Zealand. Ia dibuktikan melalui rekod pembelian daripada pembekal serta rekod jualan. Pemeriksaan dibuat bersama KPDNKK,Majlis Perbandaran Selayang dan Jab Perkhidmatan Veterinar Shah Alam. - Sahabat Halal Jakim
Thursday, March 28, 2013
Dun Negeri Sembilan Cipta Sejarah Terbubar Sendiri,
Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.
Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.
Ketika ditemui wartawan di Seremban semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Adun negeri itu perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran Dun secara automatik.
Kata beliau, biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya Umum 2008 tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.
Beliau yang juga Adun Rantau berkata, semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.
Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.
Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bagi memaklumkan Dun akan terbubar secara sendiri dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.
Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.
Lazimnya, hampir kesemua Dun dan Parlimen telah dibubarkan serentak sepanjang 12 pilihan raya umum lalu.
Malah ini juga kali pertama Dun negeri yang diperintah oleh BN terbubar dengan sendiri sementara mandat penggal ke-12 Parlimen berterusan.
Kesemua negeri kecuali Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh perikatan bernama Pakatan Rakyat.
Pada 8 Mac lalu, BN memenangi 21 kerusi manakala Pas (satu), DAP (10) dan PKR (empat). Pada Oktober 2009, BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi Dun Bagan Pinang.
SINAR HARIAN
Teguran Dr Harlina Halizah Siraj kepada Rozita Che Wan Berkenaan Isu Hak Seksi
FROM DR HAR WITH LOVE
TEGURAN IKHLAS BUAT YANG BERKENAAN
Salam ukhuwah
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini : Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)
https://www.facebook.com/pages/Friends-of-Dr-Harlina-Halizah-Siraj/137884202953365?ref=ts&fref=ts
Wednesday, March 27, 2013
Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel..
Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel..
Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey,namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut. Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F.
wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo: "Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?"
Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab: "Saya berada di bumi Palestin."
Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey,namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut. Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F.
wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo: "Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?"
Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab: "Saya berada di bumi Palestin."
Tips mendidik anak menjadi kreatif
5 Tips mendidik anak menjadi kreatif
1. Lebihkan pujian dari teguran.
2. Bezakan kesalahan sengaja atau tidak sengaja agar anak-anak tidak
takut mencuba selepas melakukan kesalahan yang tidak disengajakan.
3. Bimbing anak-anak agar rasa bersalah atas perbuatan yang tidak betul supaya anak-anak tahu batas perbuatan.
4. Mempunyai nilai diri yang sama seperti diajar kepada anak-anak supaya mereka tidak keliru.
5. Bezakan antara perbuatan nakal dan jahat.
Majalah Solusi.
Sunday, March 24, 2013
Hukum "Like" Gambar Tak Tutup Aurat
*Hukum "LIKE" gambar kawan-kawan yang mendedahkan aurat?
-"LIKE" itu maknanya suka.Suka tu ada dua makna,suka melihat gambar dia
dan suka melihat dia mendedahkan aurat.Kalau suka dia mendedahkan aurat
hukumnya Haram dan jika kita "LIKE" bermakna kita sokong dia,hukumnya
tetap HARAM
Akikah:Bahagian Bagi Anak Lelaki
Soalan
Akikah bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing,tetapi jika lembu
berapa bahagiankah dari seekor lembu tersebut.
berapa bahagiankah dari seekor lembu tersebut.
Jawapan
Bagi anak lelaki dan perempuan memadai dengan menyembelih binatang akikah
dengan seekor kambing atau satu bahagian daripada sesekor lembu. Walau
bagaimanapun bagi anak lelaki lebih afdhal menyembelih dua ekor kambing
bersamaan dengan 2/7 lembu..
dengan seekor kambing atau satu bahagian daripada sesekor lembu. Walau
bagaimanapun bagi anak lelaki lebih afdhal menyembelih dua ekor kambing
bersamaan dengan 2/7 lembu..
Cara Semak Daftar Pemilih
Cara menyemak Daftar pemilih Melalui ONLINE , anda boleh layari http://daftarj.spr.gov.my/ Dengan memasukkan Number Kad Pengenalan Anda, Maklumat Daftar Pemilih Anda akan tertera.
Untuk Menyemak Secara SMS pula , sila ikuti Langkah-Langkah Di Bawah:-
Untuk Menyemak Secara SMS pula , sila ikuti Langkah-Langkah Di Bawah:-
Untuk Semakan Taip : SPR SEMAK NO. Kad Pengenalan
Contoh : SPR SEMAK 821220122222
Hantar Ke : 15888
Mudah Dan Senang ;)
Wednesday, March 20, 2013
DerMa Ikhlas
Saudara2,
mohon bantuan untuk derma ikhlas kepada Azlan Yahya ShiRoma Lanz
(CANTIK) salah seorang travianier yang berpengalaman dalam server
travian malaysia, yg telah menghidap kanser peringkat kritikal..
Derma ikhlas diperlukan secepat bagi menampung kos perbelanjaan
perubatan beliau yang menelan kos sekurangnya RM1000 sebulan. Jasa baik
dan budi saudara2 semua didahului dengan ucapan terima kasih..
Semoga derma ikhlas ini. kita akan mendapat ganjaran yg besar hingga ke Akhirat.. insyaallah..
Bantuan derma tersebut boleh la dimasukan ke akaun bank
156094029953 - Maybank
06050075459522 - CIMB
atas nama [Azlan B. Yahya ]
Wednesday, March 06, 2013
Polis Tahan Penyanyi ,Nouri Kerana Bunuh Suami
PETALING JAYA: Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.
"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.
Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.
Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.
Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.
Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999