Saturday, March 26, 2011

Mampukah aku menjadi seperti mereka

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

Mampukah aku sesetia Muti'ah? 
wanita baik pekerti
taat pada suami
merupakan cermin bagi citra ketulusan 
dan pengorbanan seorang wanita

http://gadiskalispeluru.blogspot.com/



Thursday, March 24, 2011

Tempahan T-Shirt Travian



belakang tulis travian + letak nama kat tepi kolar

gambar depan..

* belakang tulis travian + letak nama kat tepi kolar.

* SAIZ :dari S Hingga XXXL

* Color:HITAM & PUTIH



HARGA:RM35 (Termasuk Kos Pos/By Hand RM30)





Tempahan Boleh dibuat sekarang..Sapa cepat dia dapat.dan Insyaaallah akan diberikan pada hari gath 16 APRIL 2011 nanti.Oleh itu tempahan segera diharapkan..(Boleh pakai time gath nanti)



* Sebarang Pertanyaan Dan tempahan sila hubungi :
* adriana damia sabrina di INBOX Facebook ni .utk diberikan ACC NO. untuk pembayaran.
* Nama Anda:
* Alamat Untuk Pengeposan:
* Saiz Yang Dikehendaki:
* Color :
* ID Yang Hendak Di Creat di T-Shirt:

**Cetakkan pertama :30 tempahan terawal




Sunday, March 20, 2011

CERPEN:SRIKANDI CINTA

Saya dan dia tahu ungkapan itu. Kami jelas maksud di sebaliknya. Kami faham ia. Malah kami bersetuju dengan ungkapan itu. Seorang lelaki adalah pelindung bagi seorang wanita. Lelaki buat wanita ibarat mega yang meneduhi insan daripada panahan sinar mentari. Lelaki dan wanita saling memerlukan. Lengkap-melengkapi antara satu dengan yang lain. Hawa lahir dari tulang rusuk kiri Adam. Wujudnya Hawa kerana rindu dan sepi Adam. Jelas! Lelaki perlukan kelembutan dan mawaddah wanita. Wanita perlukan kekuatan dan semangat lelaki.
            Saya terkilan. Hati saya meruntun mencari jawapan pada keterlanjuran sikapnya. Hairan! Begitu mudah dia melupakan makna ungkapan yang kami pegang selama ini.
            Dia rafiq terakrab saya. Tidak keterlaluan jika saya katakana, antara beribu bintang yang berkerdipan di lelangit malam, dialah kejora yang berkilau megah. Sudah lama kami tidak ketemu. Tapi hari ini tika saya sedang membelek-belek halaman hadapan Warta Perdana, satu warkah biru saya terima. Tersisip kemas lipatannya dalam sampul papyrus coklat.
            Tangan kanan mula bertindak balas menyiat bucu sampul surat, tanda menyetujui impuls yang dihantar otak. Naluri tertanya-tanya pengirimnya.

   107, Umar Thusuh Street,
      Damanhour, Mesir.
                                                                                          24 Oktober 2002.


Assalamualaikum wbt,
            Salam sesuci embun pagi kuhulurkan buat sahabat yang senantiasa di ingatan ini. Moga dirimu sihat hendaknya serta berada di bawah lembayung Rahmat dan Maghfirah Ilahi. Maafkanku kerana sudah lama tidak mengutusimu. Diam bukan bererti lupa. Percayalah! Namamu sentiasa wujud dalam kalam doaku.
Muadz,
            Kalau mampu aku benamkan segala nestapa yang bersarang di lubuk jiwa ini ke dasar Laut Merah, akan aku lakukan. Kalau boleh aku hanyutkan segala memori yang meracun fikiran ini ke Sungai Nil, akan aku usahakan. Kalau bisa aku lontarkan segala noda hitam yang menghantui diri ini ke Piramid Ghazi, akan aku laksanakan. Tapi Allah Maha Adil. Segala duri dosa tertancap kembali ke dada ini. Walau lukanya hampir sembuh, namun pedih dan parutnya masih ada.
            Kini aku ibarat pungguk yang rindukan sang qamar. Aku tahu, pungguk pastinya tidak mampu menggapai sang qamar yang nun jauh di persada malam. Tapi aku terlalu merinduinya, Muadz! Dan nyalaan rindu ini tidakkan pernah padam mahupun pudar dari kandil jiwaku.

            Saya bingung. Naluri saya meruntun mahu tahu apa titik hitam yang telah tercoret dalam kamus hidupnya. Siapa yang dia rindukan? Terlalu istimewakah insan itu? Saya susuri bait kalam warkahnya.

Muadz,
            Sejak kau membawa haluanmu dan aku membawa haluanku, kita terus terpisah. Tika itu aku tercari-cari rafiq sejujur dan sebaikmu. Nyata, ummi dan baba memahaminya. Ummi dan baba telah menyunting kuntuman wardah di bustan Imam Haji Ismail untukku.
            Wardah seindah namanya. Seharum puspa yang mewangi di taman. Tersusun bait bicaranya. Sopan gerak-gerinya. Mahmudah sifat yang dipertontonkannya. Kukira tiada palitan cela padanya. Wardah berkembang mekar di bustan jiwaku. Kusiraminya dengan titisan kasih dan cintaku.
            Setahun aku mengikat kasih bersama Wardah. Kami berdua telah bersetuju untuk membina mahligai bahagia setelah tamat pengajian. Tapi takdir telah menentukan kami berjauhan. Mungkin ingin menguji kesetiaan dan kejujuran antara dua insan ini. Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Indiana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. Wardah pula meneruskan pengajiaannya dalam jurusan Syariah Islamiah di Universiti Malaya.

            Kini saya faham sedikit-sebanyak susur-galur  kisahnya. Terus-terusan mata saya melirik tiap kalimah yang tertulis.

Muadz,
            Setelah setahun di rantau orang, aku makin faham asam garam kehidupan. Tapi fahamanku jelas tersimpang daripada adat budaya timur. Malah, lebih tersimpang jauh apabila fahamanku tersasar terus dari corak Islami. Entah bebayang hitam mana yang datang membaluti roh dan jasadku, hingga aku tidak sedar semakin hari aku semakin hanyut dibawa arus barat.
            Benteng imanku runtuh persis runtuhnya World Trade Centre. Aku lupa pada pencipta. Aku cuai dengan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Aku lalai dengan tugasku sebagai seorang pelajar. Hari demi hari aku semakin lupa, cuai dan lalai.
            Di sana aku lebih gemar keluar berfoya-foya di pub-pub berbanding keluar ke perpustakaan mentelaah pelajaran. Aku banyak menghabiskan masa berhibur dengan hiburan yang melalaikan daripada menghabiskan masaku di tikar sembanhyang menghadap Yang Kuasa,. Aku lebih suka bergelak ketawa bersama teman-teman daripada menitiskan air mata menangisi tiap dosa yang telah aku lakukan.
            Aku pernah melakukan noda hitam yang tidak mampu aku basuh walau dengan tujuh lautan sekalipun. Mungkin payah untuk kau mempercayainya. Tapi diri ini telah tersalut dengan debuan duniawi yang aku sendiri sukar untuk membersihkan diriku daripada debu hitam itu. Darah yang mengalir dalam tubuh ini terlalu kotor dan jijik kerana aku telah berkali-kali meneguk air haram itu. Benarlah sabda Rasulullah SAW, “Arak adalah ibu kepada segala kemaksiatan”. Malam itu aku hanyutkan bahtera dan berlayar bersama si jelita Sandra Lane. Aku berdosa, Muadz! Terlalu berdosa!

            Hati saya berdebar-debar. Jantung saya berdegup kencang. Aliran darah berlari deras di segenap kapilari. Bagaimana rafiq yang sama-sama belajar di sekolah agama dulu, boleh kecundang dengan hembusan syaitan dan nafsu? Ah! Rapuh sekali kota imannya. Lemah sekali benteng pertahanan dirinya. Ya Allah! Hindarkan kami daripada terjerumus ke lembah kehinaan.

Muadz,
            Dalam masa yang sama, warkah dari Wardah tidak jemu-jemu aku terima. Kandungan warkah itu pasti terselit kalimah nasihat dan kalam semangat daripadanya., Dia sering menasihatkanku supaya tidak meninggalkan solat kerana solat merupakan tiang agama dan pencegah kepada kemungkaran. Dia juga tidak lupa menyuruhku belajar bersungguh-sungguh dan tidak menghampakan harapan ummi dan baba serta harapan yang dia letakkan padaku. Wardah menyuruhku bijak memilih sahabat. Katanya sahabat yang mulia adalah sahabat yang mengajak kita ke arah kebenaran dan bukannya mengheret kita ke kancah kebatilan dan kemaksiatan.
            Tapi entah di mana silapnya, Wardah kian hari kian layu dari jambangan jiwaku. Nasihat dan tegurannya langsung tidak kupedulikan. Surat-suratnya tidak pernah aku balas malah kubakulsampahkan. Aku sedar Muadz, aku kejam! Terlalu kejam!

            Saya terpinga-pinga. Pintu hati saya diketuk persoalan. Begitu mudah cinta dilupakan. Begitu senang kasih dipersiakan. Walaupun dia rafiq terakrab saya, tapi saya kira dia boleh dihukum sebagai seorang insan yang lompang setianya dan kurang jujurnya.

Muadz,
            Aku kembali ke tanah air dengan tangan kosong, tanpa sebarang ijazah. Geruh hati ummi dan baba melihat keadaan diriku. Hatiku keras bak batu di gigi pantai walaupun berkali-kali dimarahi dan ditegur mereka. Aku bawa pulang warna hidupku di sana untuk aku corakkan penghidupankiu di sini. Aku palitkan warna hitam pada gaya hidupku walau sudah kutinggalkan bumi barat dan telah kujejakkan kakiku di bumi timur.
            Aku kesunyian tanpa teman-teman sealiran lebih-lebih lagi tanpa Sandra. Wardah tidak pernah aku temui. Malah dia sudah kuanggap mati dari kotak memoriku. Tapi suatu hari aku terserempak dengannya. Dia pulang bercuti. Wardah tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun. Berjubah hijau pekat dan bertudung labuh hijau muda. Dia seakan-akan terkejut kerana tidak diberitahu tentang kepulanganku. Aku membalas senyumannya yang kukira pekat kerana dibuat-buat. Kami berbual dan bertanya khabar walaupun naluriku meronta-ronta tidak setuju.
            Aku terpaksa ke rumah Wardah setelah didesak oleh ummi dan baba. Wardah menyambutku di muka pintu. Entah mengapa jiwaku muak memandang wajahnya. Hatiku meluat mendengar bicaranya. Rasanya mahu saja aku lari pulang. Tapi aku terpaksa kerana dipaksa. Aku tahu, Wardah sedar akan sikap dinginku padanya. Sepatah pertanyaannya, sepatah jualah jawapanku. Namun dia seorang wanita yang tabah dan sabar dengan kerenah dan sikapku.
            Pada Wardah, kesetiaan dan sayangnya padaku masih mewangi persis kasturi tapi aku sebaliknya. Kasih yang terjalin antara kami dahulu kuanggap terlerai kini. Pawana cinta yang bertiup dahulu kian hambar hembusannya. Dan waktu itu aku mengharapkan Wardah faham yang aku tidak mampu untuk membina mahligai bahagia bersamanya.
            Sejak aku pulang, hanya sekali itu sajalah aku bertemu Wardah. Aku tidak pernah bertanya khabarnya apatah lagi menelefonnya. Dia kuanggap seperti tidak pernah wujud dalam lipatan sejarah hidupku. Tapi Wardah gadis mulia. Dia tidak pernah menrungut malah masih mampu menjadi perindu setia cinta kami. Aku cuba bersikap dingin padanya supaya dia meminta ikatan pertunangan kami diputuskan. Tapi gadis bernama Wardah ini tebal sabarnya, kukuh kasihnya padaku.
            Hambusan bayu cinta Sandra, mata jelinya yang memukau, potongan tubuhnya, gerak-gerinya yang menggoda dan layanan yang diberikan padaku membuatkan aku terus-terusan meminggirkan Wardah. Pada waktu itu kurasakan Wardah kurang segala-galanya dan pada Sandralah kuletakkan segala harapanku. Walau Sandra jauh di mata namun dekat di hati. Bil telefon menjulang tinggi kerana aku sering menghubunginya. Aku rindukan suara romantisnya. Aku dambakan belaiannya. Aku gila bayang, Muadz!

            Hati saya membara. Kecewa dengan sikap sang rafiq yang luput setianya pada sillaturrahim yang suci. Dia kelabu memilih yang mana intan dan yang mana kaca. Saya singkap tabir warkah seterusnya.

Muadz,
            Cinta dan sayangku kini bertaut di tangkai hati Sandra. Aku melonjak keriangan apabila Sandra menyatakan padaku dia akan datang ke Malaysia menemuiku. Entah apa yang didamba, entah apa yang dicari oleh aku yang bernama lelaki. Walhal, di hadapanku jambangan puspa wardah yang mewangi setia menanti.
            Aku hanyut dalam usap belai Sandra. Dosa dan pahala tidak kuhiraukan. Akulah sang kumbang yang hampir mati dalam sakar madu sang bunga. Takdir Allah, aku terserempak dengan Wardah. Waktu itu, aku dan Sandra berjalan berpeluk-pelukan. Aku nampak Wardah, tetapi dia tidak kupedulikan. Langsung tiada perasaan malu atau rasa bersalah muncul dalam diri. Pastinya Wardah terkejut dengan perbuatan sundalku itu atau setidak-tidaknya hairan dengan tingkah-lakuku yang jelas melanggar batasan adat dan syariat.
            Malam itu kuterima panggilan telefon dari Wardah. Lembut suaranya, tersusun bait bicaranya. Kukira pasti ada taufan yang melanda jiwa sucinya namun anggapanku tersasar. Dia memintaku memberikan penjelasan. Katanya dia mahu mendengar dahulu pengakuan dariku sebelum dia meluahkan apa yang terbulu di lubuk hatinya. Ah, perempuan itu! Sabarnya tiada bertepi.
            Malam pekat itu menjadi saksi segala-galanya. Aku katakana pada Wardah yang sayangku padanya telah lama luntur. Kasihku padanya telah lama berinjak pada Sandra. Dan pada malam itu juga, permata jernih tumpah dari birai matanya lantaran pengakuanku. Aku tahu hatinya terguris. Hati wanita ibarat kaca. Andai terhempas, kalau tidak pecah pun, pasti ada retaknya.
            Atas permintaan Wardah, aku dan dia bertemu untuk kali terakhir. Katanya ada perkara yang ingin dibicarakan. Mulanya aku enggan tapi setelah Wardah meyakinkanku yang ia tiada kaitan dengan perhubungan kami,aku bersetuju.
            Satu tamparan hebat menerobos atma ini tatkala Wardah membentangkan satu persatu noda hitam yang pernah kulakukan sewaktu di Amerika dahulu di hadapanku. Aku tidak pasti dari sumber mana dia mengetahui semua itu tapi aku yakin pasti ada sahabatku di sana yang menjadi mata-mata untuknya. Wah, hebat sekali wanita ini!
            Bertubi-tubi nasihat ditujahkan padaku. Dan yang paling menggetarkan segenap roh dan jasadku ialah ayat Al-Quran yang bermaksud “Jangan kau hampiri zina.”
            Aku tahu aku kalah dengan tancapan bias kata-kata Wardah. Tapi kerana egoku mengatasi segla-galanya, aku humbankan Wardah dengan kata-kata kesat. Aku memarahinya dan menyuruhnya supaya tidak mencampuri urusanku. Kulihat ada memanik jernih membasahi pipinya dan ada sejalur sinar kecewa di wajah ayunya.
            Namun, entah syaitan mana yang merasukku ketika itu, aku menampar pipi Wardah. Dia terjatuh hingga kepalanya terhantuk pada batu lalu berdarah. Aku kaget. Panik. Serasa dadaku ditindih sesuatu. Pantas, Wardah kurangkul dan terus kubawa ke hospital.

            Degupan jantung saya makin laju. Dia memang bukan rafiq yang saya kenal dahulu. Dia tidak mudah hilang pertimbangan. Namun kini dia telah berubah.

Muadz,
            Wardah koma. Doktor mengatakan ada pendarahan pada otaknya. Dia mungkin akan hilang ingatan. Rembesan memanik jernih dari kolam mataku tidak henti-henti mengalir. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Seharian di sisi Wardah, aku kenangkan kembali setiap kalimahnya. Aku renungkan kembali bicara yang dihamparkan olehnya. Aku lempar ego jantanku jauh-jauh. Warna mazmumah yang terpalit di lubuk jiwa perlu aku padamkan dan kuganti dengan coretan warna mahmudah. Sampai bila aku harus hanyut? Benar kata Wardah, adakah aku akan bertaubat setelah kapan putih membaluti jasad? Adakah aku akan insaf setelah kerandaku di usung ke liang lahad?
            Seluruh kesyukuran dirafa’kan pada-Nya kerana Wardah tersedar jua setelah koma selama seminggu. Suatu keajaiban, Wardah masih mengenaliku, kenal kami semua. Seluruh keluarga bersyukur dan bergembira lebih-lebih lagi diri ini. Aku telah benyak bersalah dan menyakiti hatinya. Kini Wardah kembali mekar di bustan jiwaku dan aku rasa sungguh bertuah kerana Wardah sudi memaafkanku dan menerimaku semula. Sadra? Dia hanya mempermain-mainkanku selama ini. Aku hanyalah suatu persinggahan, tempatnya melampias nafsu dan melepas kesepian yang bersarang di jiwa. Ah! Aku menghina diri sendiri. Terasa kejinya aku. Rupa-rupanya dia telah lama menjalin hubungan dengan Alex, jua temanku ketika di Amerika dahulu. Dan perlahan-lahan aku menolak bayangannya jauh ke dada langit.
           
            Saya seka air mata yang membasahi pipi. Janji Allah adalah benar. Dia pasti bersama-sama hamba-Nya yang sabar dan tabah seperti Wardah.

Muadz,
            Wardah masih di hospital. Menjalani rawqatan susulan, memastikan dirinya benar-benar pulih. Suatu hari Wardah membisikkan kalam yang meruntun naluri ini. Katanya, kita bagai musafir kelana di bumi Allah ini. Setiap musafir pasti ada destinasinya masing-masing. Semuanya terserah kepada kita untuk memilih dentinasi tersebut samada ke arah yang baik atau sebaliknya. Dan destinasi abadi pastinya ke Alam Baqa’.
            Kita sebagai yang dicipta perlu mematuhi segala suruhan Pencipta dan meninggalkan larangan-Nya. Segala yang ditetapkan bukanlah bertujuan untuk memberatkan hamba-hamba-Nya, Cuma sekadar ingin menguji sejauh mana kasih dan setianya kita pada-Nya.
            Allah tidak pernah lokek untuk memberikan nikmat-Nya buat kita. Samada kita bersyukur atau kufur dengan nikmat-Nya, dia masih melimpahkan nikmat secara percuma kepada kita. Betapa kasih dan sayanganya Allah pada kita!
            Tersentuh naluri ini mendengar kalamnya, Muadz! Wardah memang puspa wangi yang beruntung jika dimiliki. Dia punya segala-galanya. Tidak keterlaluan jika aku katakan, ketaatannya sekamil Rabiatul Adawiyah, hatinya setulus Siti Aisyah, budinya seluhur Siti Khadijah, kebijaksanaannya sejernih Siti A’isyah.

Muadz,
            Tiada siapa menduga, itulah kali terakhir aku mendengar bicara indah dari bibirnya. Itulah kali terakhir aku menatap wajahnya nan ayu. Wardah pergi tika fajar menyinsing di kaki langit. Allah lebih menyayanginya. Dan aku? Sungguh! Aku tidak akan memaafkan diriku buat selama-lamanya.
            Aku bagai merpati yang patah sayapnya. Nur bahagia yang kukira telah menyinar kegelapan hati hilang bersama senja nan merah. Yang tinggal padaku hanyalah memori pengubat rindu. Kini aku bawa haluanku ke bumi anbiya’ menyambung cita-cita Wardah yang terputus di pertengahan jalan. Moga Allah menerima taubat hamba-Nya yang hina dan dhoif ini. Doakan kejayaanku. Moga-moga aku tidak terpesong arah lagi. Dan Wardah….Dia abadi sebagai srikandi cintaku….

Yang benar,
Haikal Wajdi

            Saya terpaku. Tidak menyangka kisah dia berkesudahan begini. Benar! Wanita adalah sayap kiri buat kaum Adam. Seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah. Di belakang lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita mulia yang sentiasa memberi semangat dan dorongan padanya. Dan saya akui kebenarannya. Haikal mungkin terlambat tapi saya masih ada masa. Di sisi saya ada tiga wanita yang perlu saya lindungi, yang perlu saya kasihi. Ibu, isteri dan puteri comel, pengikat kasih saya dan isteri. Dan merekalah srikandi cinta saya….

Nukilan: Ghafirah bt. Idris







http://gadiskalispeluru.blogspot.com/

Friday, March 18, 2011

Zikir Munajat - ustaz Dr Badrul Amin (VIDEO)

Rasulullah SAW bersabda; " Orang yang berzikir kepada Allah di tengah-tengah orang yang lalai seperti pahlawan di tengah para pengecut."
ZIKIR amalan mudah tetapi memberi kesan amat mendalam dalam kehidupan setiap Mukmin. Meditasi kosongkan minda menyalahi ajaran Islam yang mengingati Allah pada setiap perbuatan.
“Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’du: 28)













http://gadiskalispeluru.blogspot.com/


Wednesday, March 16, 2011

Al-Kisah Tentang Jodoh



Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.Namun,kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintah-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik,rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.Siapa jodoh kita?Berapa banyak rezeki kita?Dan bila?Itu bukan kerja kita.Jadi,berusaha...lah dengan baik,Allah pasti tidak akan mengecewakan kita.



"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.



"Pelik tu bang.Bagaimana jodoh abang diaturkan?"



"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya.



"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya?Kan itu dibenarkan oleh syariat?Barangkali sebab waktu itu tidak ada facebook & twitter? " gurau saya.



Memang belum ada.Tetapi ada cara lain.Gambar dan cara-cara yang lain ada,tetapi sebenarnya ada sebab lain...."



Dalam diam,saya rasa hairan.Dia orang yang sangat saya hormati.Sahsiah dan kepimpinanya sangat menawan hati.Tentu ada sebab yang kukuh dan ampuh untuk dia bersikap demikian.



"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah bercinta. Dia teman lama sejak sekolah rendah lagi," jelasnya.



"Habis mengapa putus?"



"Kami putus kerana dia ada jalan yang tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya.Lepas,bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."



SATU AMANAH



"Itu kisah sebelumnya.Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" tanya saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.



"Setelah putus,abang terus pinta guru agama carikan jodoh.Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."



"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru?Tidak dibenarkan?"



"Itu keputusan personal saya.Guru memberi kebebasan.Mahu melihat dulu,silakan.Tidak mahu,tidak mengapa."



"Dan abang memilih untuk tidak melihat.Kenapa?"



"Eh,kamu masih tegar dengan soalan asal.Begini,bekas kekasih abang dulu sangat cantik.Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan.Takut-takut,bakal isteri tidak secantik kekasih lama.Jadi abang tekad,nikah terus tanpa melihat wajahnya".



Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali,"Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan?Setelah nikah,abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga".



Sekali lagi dia senyum.Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan.Jauh di lubuk hati,saya mengakui dia memang bercakap dari hatinya.



"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dan wnaita yang telah kita nikahi....."



Pendek dia menjawabnya,namun terus menusuk ke hati saya.



Tanpa dipinta,dia menyambung," Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah,dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga.Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya.Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita.Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah.Pada waktu itu,bagaimanapun keadaan wajahnya,siapa pun dia,sudah menjadi soal kedua."



CANTIK ITU RELATIF DAN SUBJEKTIF

"Abang tidak takut,kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang?Maksudnya,er..er..kita masih manusia bukan?" Saya menduga hatinya.



Dia ketawa tiba-tiba.



"Ya,kita masih manusia.Tetapi kita bukan sekadar manusia.Kita hamba Allah dan khalifah.Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu.Untuk melaksanakannya,kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wnaita tetapi ilmunya,akhlaknya,pengorbanannya dan kesetiaannya."



"Jadi,untuk itu kecantikan tidak penting?"



"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya.Namun ingat,Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri.Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah,pasti tidak akan dikeecewakan-Nya.Orang yang baik berhak mendapat yang baik,bukan begitu?"



"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.



"Cantik itu relatif dan sangat subjektif.Beauty is in the eye of the beholder,bukankah begitu?Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama.Malah ia juga beruah-ubah mengikut masa,usia dan keadaan.Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.


"maksud abang?"


Dia diam sebentar.Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjemahkan bahasa rasa.

"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya.Orang budiman dan beriman,menilai kecantikan kepada budi dan akhlak.Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokuskepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."


Ketika saya ingin menyampuk,dia menambah lagi,"Cantik juga relatif mengikut keadaan.Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merengus.Sebailknya,wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum,sedia membantu dan memahami hati suami."



"Ya,betul tu!" kata saya.Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya,"Sedap di mata tetapi sakit di hati..."



WASILAH MEMILIH JODOH



" Bagaiman sebaik selepas berkahwin?Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.



"Memang dari segi kecantikan,isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."



"Maksudnya,yang dulu lebih cantik?"



"Kamu ni,masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga.Ingat,yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya.Itulah pengalaman abang.Hari ke hari,kecantikan isteri semakin terserlah.Entahlah,apa yang Allah ubah.Wajah itu atau hati ini?"



Wah,dia semakin berfalsafah!Kata-katanya punya maksud yang tersirat.



"Apa kaitannya dengan hati?" tanya saya.Ingin saya terus menvungkil mutiara hikmah daripadanya.



"Kalau hati kita indah,kita akan sentiasa melihat keindahan.Sebaliknya kalau hati rosak,keindahan tidak akan ketara,sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari yang lain."



'Ah,tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.



JADI ORANG BAIK DAN PILIHAN ORANG BAIK



"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"



"Pilihlah jodoh dengan dua cara.Pertama,jadilah orang yang baik.Insya Allah,kita akan mendapat jodoh yang baik.Kedua,ikutlah pilihan orang yang baik.Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."



"Tapi bang,ramai yang menolak kaedah kedua.Kata mereka,mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa.guru atau siapa jua sekalipun merek orang yang baik-baik."



"Tak mengapa,kalau begitu ambil cara pertama,jadilah orang yang baik.



"Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik.Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."



Abang tersenyum lantas berkata,"Kamu menyoal bagi pihak orang lain,bukan?"



Saya diam.Dalam senyap saya akui,inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.



"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak.Maksudnya,jika kita berusaha menjadi orang yang baik,Insya Allah...Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang yang baik.Ataupun,kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh,dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"



Wah,kedengaran berbelit-belit ayatnya,namun jika diamati ada kebenarannya.



"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik,bukan?"



"Kerana mereka bukan orang yang baik",jawabnya pendek.



" Bukan,bukan begitu.Bolehkah terjadi orang yang baik menolak pilihan orang yang baik?"



"Ya,tidak mengapa.Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik.Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya sama ada untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah.s.a.w.



"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"



"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi.Pertama,mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik.Hikmahnya,Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasanagn orang yang tidak baik.Bukankah Allah telah berjanji,lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"



Saya terdiam.Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.



JODOH URUSAN ALLAH



"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya.Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya.Ya,itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."



"Bagaimana pula jika anak itu baik,dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik,tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai.Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.



"Itulah takdir!Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya.Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"



Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar,tetapi ditolak.Akhirnya Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!



"Jodoh itu urusan Allah.Sudah dicatat di alam rahim lagi.Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami.Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik.Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.


"Apakah hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"


"Mungkin Allah hendak meninggikan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."


"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita,terimalah sebagai ubat.Katalah,kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah bernikah dengan pilihan orang yang baik,tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah..........bersabarlah.Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga.Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut,Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Aisyah."



Tok,tok,tok.Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk.Wajah"abang bayangan" saya pergi tiba-tiba.Tersedar saya daripada lamunan yang panjang.


Wajah isteri terserlah di sebalik pintu.Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri,apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?"


"Ah,hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu:


"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya,tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.Jadi,janji Allah bahwa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku di awal pernikahan,tetapi di pertengahannya,penghujungnya bahkan sepanjang jalan menuju syurga!"



~~ “Ya Rabb.... Aku tidak meminta seorang yang sempurna, namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMU..". ~~


http://gadiskalispeluru.blogspot.com/


Dipetik daripada majalah solusi Isu 29: Al-Kisah Tentang Jodoh




Friday, March 11, 2011

JangaN Mencari Terlalu Sempurna

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL.... 

http://gadiskalispeluru.blogspot.com/



Thursday, March 10, 2011

Sinopsis Filem Hikayat Merong Mahawangsa | The Malay Chronicles: Bloodlines

Filem yang penuh dengan aksi dan teknologi CGI. Filem yang dimaksudkan ialah The Malay Chronicles: Bloodlines atau dan versi bahasa Melayunya Hikayat Merong Mahawangsa.
Filem epik Malaysia yang dikeluarkan oleh KRU Studios dibawah arahan Yusri KRU ini dikatakan filem kedua termahal yang pernah dicipta selepas filem Puteri Gunung Ledang. Filem ini bukan saja ditayangkan di Malaysia, malah hampir 24 buah negara bakal memaparkan filem buatan Malaysia ini. Satu pencapaian yang membanggakan dari produksi 3 beradik ini.Memang saya kagun dan tabik dengan depa ni.Nampaknya KRU sekali lagi membuat tanda aras untuk industri filem Malaysia.
Sinopsis
Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.
Antara pelakon – pelakon yang menjayakan filem ini ialah Stephen Rahman-Hughes, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, dan juga beberapa pelakon melayu yang dikenali oleh peminat filem tanah air iaitu Khir Rahman, Jehan Miskin, Kuwasdinata, Umie Aida dan Dato’ Haji Rahim Razali.

Synopsis 

Based loosely on the 16th century historical document entitled The Malay Annals, The Chronicles of Merong Mahawangsa is an action-packed epic feature film, with mythical characters, magical moments and dazzling visual-effects sequences. Merong Mahawangsa was a descendant of Alexander the Great, a renowned naval captain and traveller who came to Asia several hundred years ago.

The year is 120 AD a time when the Roman Empire is at the height of its power, during the reign of Hadrian " one of the Five Good Emperors. Meanwhile in China, the Han Dynasty is firmly cemented as the ruling empire and is expanding into Central Asia... one hundred years before the period of the Three Kingdoms.

As the Roman fleet did their repairs and traded in Goa, they asked Merong Mahawangsa to escort a Roman prince to Southeast Asia, to wed a beautiful Chinese princess from the Han Dynasty. The Chinese princess and the Roman prince are supposed to meet halfway and be married on neutral grounds.

However, the pirate nation of Geruda had other plans. They decided to kidnap the Chinese princess and use her as ransom. En route to the Straits of Melaka, Merong Mahawangsas fleet was attacked by Gerudas forces while stopping at a small island to replenish supplies.

Will Merong Mahawangsa be able to rescue the Princess and re-unite her with her betrothed in a marriage that is set to bring together two great civilisations from the East and West?

Join KRU Studios in The Chronicles of Merong Mahawangsa where his journey will be revealed.












http://gadiskalispeluru.blogspot.com/

Wednesday, March 09, 2011

Punca bil air SADA tak boleh bayaq di Pejabat POS

Punca bil air SADA tak boleh bayaq di Pejabat POS kerana depa nak charge mahal..!!
Sada henti khidmat pos


ALOR SETAR - Semua pejabat pos di negeri ini tidak lagi berperanan sebagai agen kutipan bayaran bil Syarikat Air Darul Aman (Sada) berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Adzmi Din berkata, pemberhentian perkhidmatan itu terpaksa dibuat supaya pengguna tidak dibebankan dengan kos bayaran komisen yang dikenakan oleh pejabat pos kepada Sada.

“Isu ini tidak dapat dielakkan dan kita memutuskan hentikan khidmat di pejabat pos kerana ia merugikan Sada.

"Jika diteruskan juga kelak dibimbangi beban itu terpaksa dikongsi dengan pengguna.

"Untuk elak pengguna menanggung kos tambahan, kita tamatkan perkhidmatan itu,” katanya.

Menurutnya, kadar lama sebanyak 70 sen sebelum ini yang ditanggung sepenuhnya oleh Sada menyebabkan pihaknya kerugian hampir RM1.2 juta setahun.

“Bermula Mac juga kadar komisen dinaikkan kepada 90 sen, jadi jumlah kerugian akan bertambah hampir 30 peratus. Kenaikan ini dianggap tinggi dan membebankan Sada dan adalah lebih praktikal untuk hentikan khidmat itu,” katanya.

Adzmi berkata, setiap bulan pihaknya terpaksa memberi subsidi kepada pengguna hampir RM100,000 sebulan, kerana tidak mahu memindahkan kos tanggungan itu kepada pengguna.

“Jika kami setuju dengan kenaikan komisen itu bermakna pengguna perlu kongsi kos itu sebab Sada tidak mahu lagi tanggung kerugian.

"Notis awal sudah pun dikeluarkan di pejabat pos dan walaupun mendapat bantahan orang ramai, Sada akan adakan pilihan lain kepada pengguna,” katanya.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, Sada telah membuka kaunter di bandar-bandar utama, antaranya Jitra, Pokok Sena, Pendang, Baling dan Langkawi. Manakala kaunter baru juga sudah mula beroperasi, antaranya di Yan Kecil, Gurun, Sik, Kuala Ketil, dan Serdang. “Kita juga sedang dalam proses membina lebih banyak kaunter dan lokasi dalam perancangan ialah di Jeniang, Changlun, Kota Kuala Muda dan Air Hitam,” katanya.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah agen kutipan Sada dan buat masa ini hanya beroperasi di Alor Setar, Langkawi dan Sungai Petani. Kita sedang dalam perbincangan akhir untuk lantik semua pejabat TNB dan Kedai TNB sebagai agen kutipan pertengahan Mac ini,” katanya.

Adzmi berkata, perbincangan dengan Telekom Malaysia (TM) juga sedang dibuat bagi melantik syarikat itu sebagai agen kutipan.

“Kini pengguna mempunyai lebih pilihan, sama ada bayar di kaunter Sada, TNB, TM atau bayar di bank, antaranya Bank Islam, Bank Rakyat, Eon Bank, Maybank dan BSN. Bayaran secara online juga sedang dibincangkan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan menyediakan kaunter bergerak Sada di kawasan yang terpencil, dengan menyenaraikan lokasi pilihan pada bil bulanan.

“Hebahan akan dibuat dari semasa ke semasa. Malah kita juga akan edarkan notis pada Majlis Ketua Kampung (MKK) atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) untuk dimaklumkan pada orang ramai,” katanya.

Adzmi berkata, perkhidmatan kaunter bergerak hanya bersifat sementara sehingga pihaknya mendapatkan premis tetap.

Menurutnya, 95 peratus pengguna Sada adalah pengguna domestik, membabitkan 500,000 akaun pengguna

Monday, March 07, 2011

RE:Kenapa Tak Kahwin Lagi?

Mungkin kalian pernah diajukan soalan oleh teman mahupun kenalan, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Maka gelabahlah bagi mereka yang terlalu sensitif dengan soalan ini lebih-lebih lagi bagi muslimat.
Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” atau kadang-kadang, "Belum ada rezeki lagi.." Ada juga memberi jawapan, "Nak bantu keluarga dulu.." Baiklah, mungkin selepas ini kalian akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai.
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketetapan Allah s.w.t. Segala sesuatu sejak awal terciptanya Qalam sampai tiba hari Qiyamat telah tertulis di Lauh Mahfudz, kerana sejak permulaan menciptakan Qalam Allah telah berfirman kepadanya dalam hadith qudsi riwayat Bukhari dan Muslim : "Tulislah", Dia (Qalam) bertanya : "Wahai Rabb-ku, apa yang harus aku tulis?"
Allah berfirman : "Tulislah segala sesuatu yang terjadi". Kemudian dia (Qalam) menulis segala sesuatu yang terjadi sampai hari kiamat. Lalu Allah memerintahkan Malaikat untuk menulis empat perkara iaitu ajal, rezeki, amal, celaka atau beruntung.
Menurut Ulama' Ahli Sunnah yang dimaksud rezeki itu mencakupi rezeki zahir dan rezeki batin. Dan rezeki batin itu adalah jodoh. Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin juga pernah menghuraikan perkara yang sama
Kalau sebab miskin ataupun tiada duit, itu bukan persoalan utama. Allah menjanjikan suatu pertolongan kepada orang yang ingin bernikah, dalam surah an-Nur ayat 32 Allah berfirman yang bermaksud : “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya.
Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
Rasulullah S.A.W menguatkan janji Allah itu dengan sabdanya yang bermaksud : "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya”. (Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, bererti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Allah. Apabila Allah menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Allah Maha Mengetahui.
Apabila Allah telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Nah, ini jawapan yang Aku cari dan persembahkan buat sahabat-sahabat yang bertanya, mengapa masih belum berumahtangga lagi. Sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat dalam soal jodoh.
 Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, Semua ini adalah rahmat dari Allah swt .” Wallahu’alam
Oleh ibnuqalil

http://gadiskalispeluru.blogspot.com/






~

Sunday, March 06, 2011

Buat Kaum Adam



Bagi kaum Adam, renungilah sejenak apa yang ditulis di bawah agar kamu menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. Insyaallah.

1)       Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya.
2)      Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT.
3)      Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin.
4)      Menjaga hati dan perasaan isteri.
5)      Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri.
6)      Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri sehingga boleh memudaratkan dirinya.
7)      Hendaklah menjauhkan diri daripada mengeji isteri di hadapan orang lain sekalipun memuji wanita lain di hadapannya.
8)      Bersabar serta menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka kerana segala sesuatu dijadikan oleh Allah SWT dan mempunyai rahmat di sebaliknya.
9)      Mengelakkan diri terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga. 
10)   Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya.
11)    Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak.
12)   Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan kehendak Islam.
13)   Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
14)   Memberi kasih sayang dan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan bersama yang berkekalan.



Friday, March 04, 2011

9 JENIS ANAK SYAITAN

Umar al-Khattab r.a. berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1) Zalituun.
~> Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Kerjanya menggoda manusia supaya terus berbelanja lebih dan membeli barang2 yang tidak perlu.

2) Wathiin.
~> Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan menghasut mereka supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3) A'awan.
~> Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat serta berseronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4) Haffaf.
~> Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat2 maksiat supaya terus lalai. Contoh: Disko, kelab malam dan tempat yang menyediakan minuman keras.

5) Murrah.
~> Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini akan terus tenggelam dalam keseronokan dan keglemeran.

6) Masuud.
~> Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang datangnya dari mulut.

7) Daasim (Berilah salam sebelum memasuki rumah).
~> Duduk bertenggek di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah, Daasim akan bertindak agar berlakunya keruntuhan rumah tangga seperti suami isteri bercerai, suami bertindak ganas dengan memukul isteri, isteri hilang pertimbangan lalu bertindak menuntut cerai, penderaan terhadap anak2 serta pelbagai lagi bentuk keruntuhan rumah tangga.

8) Walahaan.
~> Menimbulkan rasa was2 dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat yang pastinya akan menjejaskan ibadat2 yang lain.

9) Lakhuus.
~> Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah matahari/ api.




Wednesday, March 02, 2011

Cara Senang Tambah Berat cara Kevin

Cara memambah berat badan bukan perkara yg susah as long as you have the keinginan, discipline dan well tahu caranya. Walaupun anda bole cuba mengunakan supplement weight gainer semata-mata, tapi cara yg lebih berkesan bergantung kepada 3 perkara:
  • Nutrition
  • Training
  • Supplements (Makanan Tambahan)

Nutrition

Samada seseorang itu ingin tambah atau kurangkan berat badan, kita perlu makan 5-6 hidangan sehari. Makanan seimbang mengandungi carbs, protein and fat dalam ratio calorie 50:35:15. Lebih kurang lah. But you have to eat and basically more than you would like to. If you have problems with doing this, weight gainers are great.

Weight Training

Weight training di gym memang sesuai untuk membantu anda bukan saja untuk tambah berat badan tetapi extra berat badan itu adalah otot yg akan menjadikan tubuh lebih sasa. End of the day you want to gain “good” lean weight and not just fat. Nasihat saya is that you berlatih untuk jangka masa panjang dan bukanlah untuk 3-6 bulan sahaja. Kalau anda kurang berpengalaman untuk cara weight training di gym, dapatkan panduan orang yg berpengalaman.

Supplements (Makanan Tambahan)

Untuk tambah berat badan, weight supplements seperti di bawah are actually very helpful and mainly just foods and occur naturally in our diet. The difference? Supplements are manufactured and processed to give you what you need tanpa perlu fikir banyak. Basically what you’ll need is:
  • Protein: This can be either from whey protein or weight gainers or other forms of protein supplements.
  • Creatine: for muscle/strength gain
  • Others: Glutamine, NOX etc

Want to gain weight and lose fat?

When you gain weight, you have to forget about your abs for now….whenever you gain weight, it’ll always be a combination of fat and muscles. Here it is your nutrition and training that will dicate that ration.
…whenever you gain weight, it’ll always be a combination of fat and muscles…
If you do a good job, it’ll be in favor of more muscles and “less fat” but never zero fat! So throw away the mirror for now, eat a lot and train hard (as that’s the only way for your muscles to grow)

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/apakah-dia-cara-yang-paling-senang-untuk-memambah-berat-badan/