Monday, March 23, 2009
**Rahsia Angka 13
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Sunday, March 22, 2009
Saturday, March 21, 2009
**Kenduri Kahwin Mawar(Baeyah) & Iriz


Hadiah kami kongsi berempat.

Antara Teman2 siber yang hadir

Majlis Perkahwinan Mawar dan iriz arini..ramai gak geng2 yang pergi... waaa.akhirnya daku jumpa jugak dengan alongigi..

Pengantin Lari
uuuuuii.sedeyh seyh.kak ogy dah nak g ober c..sopx3..tah bila lak nak boleh jumpa kak ogy sekeluarga
Ayam kepci.ero yang belanja.mekasih ero..
Sambung esok. tengahs akit gigi nie..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Thursday, March 19, 2009
**Melancong Ke Langkawi
P time cuti skolah memang kena kapak sikit aa,tapi standart la kan keta sentra tu RM90.sebab kalau ikutkan RM120.hehhehee..




Kereta Kabel Langkawi
Terletak di Gunung Mat Cincang.Sekiranya cuaca cerah, korang boleh melihat sebahagian kawasan Thailand di utara dan Indonesia di barat-daya. Pendakian kereta kabel ini yang mengambil masa selama 20 minit adalah suatu pengalaman yang membuat kita teruja melewati hutan hujan yang tebal dan air terjun di bawah .Air terjun Telaga Tujuh yang anda dapat lihat dari atas kereta kabel.
Terdapat dua buah stesen dan sebuah pelantar pemerhatian yang membolehkan kita menikmati pemandangan seluruh Pulau Langkawi. Sememangnya suatu pengalaman yang penuh keseronokkan dan amat berfaedah.Sapa yang takut dan gayat tu tak payah la.ehehhehe..Kang nyesal pulak.sebab memang tinggi..Pemandangan yang tidak dapat ditandingi di puncak ini! Sayang kalau melepaskan peluang menaiki kereta kabel ini sekiranya berkunjung di Langkawi.
Bayaran masuk kalau berikan IC .dewasa RM15 kanak2 RM5.Kalau takde ic bayaran naik kereta kabel nie RM30..ho3...


Dataran Lang Senja Di Pantai Cenang


eksen sikit di tengah panas kat Di dataran Lang
Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah. Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang.
Menurut Lagenda, Langkawi mendapat nama dari perkataan ‘Lang’ yang merupakan nama pendek bagi ‘helang’. Manakala ‘kawi’ mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat. Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat. Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah, restoran, jejambat, jeti dan teres yang berbumbung. Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam. Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi.
Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam. Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi.
Dataran Lang merupakan salah satu daripada mercu tanda terbaru dibina di Langkawi dengan ukuran 12.6m x 21.6m memakan belanja sebanyak RM 12.5 juta. Mercu tanda ini merupakan ilham yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Tiket Feri

Tuesday, March 17, 2009
**P Poya2 Lagi
Monday, March 16, 2009
**KEbizian
tetamu istimewa ku..eheheee,,kena la layan kan..
bawak g jalan2 dan lain2..heheehe....
Sunday, March 15, 2009
**Jom Makan Kenduri
kenduri sebelah pengantin pompuan dah ...
Menu kanduri arini...
sayur daging/sup ayam masak merah
air asam Gulai nangka
Nasi apolo hahah kt tempat korang ade tak nasik yang dimasak dalam apollo macam nie..bekas masak dia macam apollo sebab tu pangei apollo..nasik apollo..nasi kukus la..da tak ramai yang masak cmnie skrg..lambatttttttt..hu3..

Pengantin Awek mana tah yang comel tumpang possing :P
Saturday, March 14, 2009
**AIR SEMBAHYANG
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.
Friday, March 13, 2009
**Derian Merah???
-
Ahaaa..pernah tengok ke??? Baca2 email tadi,tengok2 kuar email derian merah nie...macam tak lalu pon ada kan..tapi tengok buah dia dari luar kuning...nampak ranum... nyum nyum nyum...macam mana tah rasa.. macam pelik je kan? tapi benar...
Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Durio graveolens Becc.
Durian Merah ini adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Tetapi kalau tak silap aku di Semenanjung Malaysia memang susah nak jumpa durian jenis ni. Di Sabah Sarawak mungkin ada banyak la agaknya. Nama saintifiknya Durio graveolens. Durian Merah ini oleh masyarakat Dayak Kenyah disebut durian daun, mungkin disebabkan lebar daunnya hampir selebar telapak tangan orang dewasa. nda pernah makan durian merah ni,??? Sedap sangat ke durian jenis ini?
Dengar kata sedap.walau bau nya agak busuk..
Dan terbaca jugak banyak di sabah...
**Morning
Live every moment, so that you have beautiful memories when you look back in time...
**Hidup Perlu Steady
#motivasi untuk aku sendiri
Thursday, March 12, 2009
Wednesday, March 11, 2009
**Apa itu RFC
Sila klik gambar kecil di atas untuk melihat dengan lebih jelas.
RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa.Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya.Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal,bebas dari penggunaan antibiotik,bebas dari penggunaan beta agonist(enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.
RFC Alor Setar dirasmikan pada 7hb Feb 2009
RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri.Chili sos,tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.
Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA.Manakala restoran RFC pula akan di "franchise" kepada ahli-ahli HPA yang berminat
Modal: RM 1.5 juta, rujuk syarat-syarat http://hpa.com.my/rfc/tips.htm
Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia.InsyaAllah.