Saturday, February 28, 2009

**G Jusco Perda..

AKU PENAT BARU BALIK DARI BM....
Akhirnya dah jmpa HD 500GB dan 1TB..eyeyyeyeyeyeyee
@raya

tak sempat tol nak jalan2 rata jusco tu..dah tiba masa nak balik.uwaaaaaaa....p len cuti sekolah nie beberapa hari...
@lapar
G shooping sakan...

nak rest n nak rip sumting satttttttttt..stop dluan

Friday, February 27, 2009

**Yang Berjaya,Yang gagal.

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”
Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan
Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”
Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji
Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha
Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”
Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang
Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya
Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

Thursday, February 26, 2009

**UJIAN KEHIDUPAN

Salaam,
Untuk panduan kita bersama agar kuat dan tabah apabila menghadapi dugaan/ujian dari ALLAH swt. Jangan cepat putus asa atau menyalahkan takdir.....
Di dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak dapat terlepas daripada ujian. Itulah lumrah kehidupan kita di atas alam maya ini.

Sebagai seorang hamba kita perlu terima dengan dada terbuka dan kembalikannya kepada Allah Ta'ala, kerana Dia yang berikan kita ujian dan dia juga yang akan mengangkatnya daripada kita. FirmanNya di dalam surah :

و لنبونكم بشئ من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين

Maksudnya:...dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit rasa ketakutan,
kelaparan, kekurangan hartabenda dan jiwa serta tumbuh-tumbuhan. Dan
berilah berta gembira kepada orang-orang yang sabar.
al-Baqrah:155


Sebelum Allah Ta'ala hendak menguji hamba-hambanya, Dia anugerahkan kepada mereka akal, kehendak dan kekuatan untuk melakukan sesuatu. Dengan tiga perkara tadilah kita semua akan diuji. Ada di kalangan kita yang diuji dengan kesenangan, kemewahan hartabenda dan ada pula yang diuji dengan kesusahan hidup, kesempitan rezeki, jalan hiseolah-olah menjadi sukar baginya, didatangkan musibah, bala dan kemalangan yang silih berganti. Semuanya adalah merupakan uijian daripadanya untuk dinilai kemantapan iman seseorang.

Di dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas daripada menempuh ujian, samaada besar atau kecil. Bersabarlah ketika menghadapinya, kerana di sebalik ujian yang datang terdapat seribu satu macam rahmat yang kita tidak nampak. Setiap kesusahan ada kemudahan. Firman Allah:
فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا

Maksudnya: ...maka sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan,sesungguh nya sesudah
kesulitan ada kemudahan.
surah al-Syarh:5,6

Memang sudah menjadi tabiat kita manusia, inginkan kemudahan, kenikmatan sepanjang masa, kelapangan hidup. Namun begitu kita perlu ingat, tidak semua yang kita suka itu adalah baik untuk kita dan tidak pula sesuatu yang kita benci dan tidak suka adalah buruk untuk kita. Firman Allah:
و عسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون

Maksudnya: ...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan dia amat buruk bagi kamu.
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
surah al-Baqarah: 216

Bila kita dapat menerima ujian Allah, kita akan terasa ketenangan yang tidak terhingga di dalam diri kita, kerana kita sedar semua yang datang adalah daripada Allah Yang Maha Mengetahui. Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya, sebab Allah Maha Adil di dalam hukumannya. Apa yang kita perlu ingat ialah setiap musibah yang datang adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang kita lakukan. Kepahitan hidup, kesusahan dan mala petaka adalah untuk membersih dan menaikkan darajat kita di sisiNya.

Wahai saudaraku, bersabarlah ketika kita mengharungi kehidupan ini, sentiasalah ingat kepadaNya. Kerana hanya kepada Allah tempat kita mencurah rasa dan mengadu nasib. Dia akan membela kita, merahmati kita dan memberi jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi, dengan syarat kita hendaklah bertaqwa kepadanya.
Wallahu a'lam
Penulis asal: Nabiha Al-Khalidiy

:err::err::err::err:

**Kenapa

kenapa..
bila orang lain puji kita..
kita rasa istimewa sgt pujian tu.

tapi kenapa bila orang yang selalu dengan kita puji kita.. kita akan rasa benda tu dah biasa je..

kenapa..
mula-mula perkenalan..
kita akan care sangat n pandai amik hati pasal orang tu..
tapi bila dah dapat..
kenapa tak pandai amik hati orang tu n care pun jarang2.


kenapa..
sebelum couple nak sgt kat orang tu..
tapi kenapa bila dah couple..
nak tinggalkan orang tu pulak..

kenapa..
dulu kata tak boleh hidup tanpa orang tu..
sekarang lagi macam nak jauhkan.. kenapa ea??

kenapa..
dulu mula2 couple sanggup berkorban masa,tenaga dan macam2..
tapi bila dah couple.

sendiri mau ingat.


kenapa..
benda yang dah dapat n depan mata x reti nak hargai..
bila dah tiada dan mati..
baru meraung menagih simpati..
kenapa ea??????!!!! !

Wednesday, February 25, 2009

**Cinta, Sayang, Minat Dan Suka


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirannya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu




.

**8G Pada Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Tuesday, February 24, 2009

**Friend and Love

~~~...Fr!EnDsH! p...LoVe. ..~~~
"Friendship is a quiet walk in the park with the one you trust.
Love is when you feel like you are the only two around;
Friendship is when they gaze into your eyes and you know they care.
Love is when they gaze into your eyes and it warms your heart;
Friendship is being close even when you are far apart.
Love is when you can still feel their hand on your heart when they are not near
;Friendship is hoping that they experience the very best.
Love is when you bring them the very best;
Friendship occupies your mind.Love occupies your soul;
Friendship is a warm smile in the winter.
Love is a warming touch that sends a pulse through your hear;
Love is a beautiful smile to which nothing compares..
A tender laugh, which opens your heart,
A single touch that melts away your fears,
A smell that reminds you of the tenderness of heaven;
Friendship can survive without love..Love cannot live without friendship"

Dapat award..adehhh... Dari S a r a

:reading:adeh,,dapat award/tag S a R a la pulak.hu3.... Da lama tak dapat tag nie..ehehhe..sib baik mudah jek.... ni awardnye yang kena letak kt blog ai

10 fakta Tentang

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:.


*Seorang GaDiS.dah nama pon .:GaDiS KaLiS PeLuRU:.

@guling

* GaDiS Yang Single.

@sederhana


*GaDiS Yang Manja Dan Sensitif ..Tapi Cenge

@siul

*GaDiS Yang Banyak abiskan masa depan pc kalau takde kije.(lebih baik dari kuar poya2 dan abiskan wet kan )Walau korang asik nampk aku on9..tpi aku masih sempat mandikan,tidurkan anak sedara aku,masak dan lain2.hehhe

@takbole

*GaDiS yang menjaga seorang anak sedara kesayangan yang bernama Haris Abid. (buah hati pengarang jantungku.yang aku tak sanggup kehilangannya)

:cry:

*GaDiS yang bekerja sebagai seorang pendidik yang tak pandai pon mendidik :P

@gatai

*GaDiS Yang Tinggal di sebuah kampung di Negeri Jelapang Padi..

@nari

*GaDiS yang merupakan kaki torrent.ehhhee..download tak berapa suka..tapi upload suka :P

@adil

*GaDiS yang suka berkawan dengan mereka2 yang tidak sombong.

@cakap

*GaDiS yang bahagia melihat kebahagiaan mereka yang disayangi.

:flower:

Peraturan untuk menerima award ini ialah :
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" ini untuk diletakkan di blog anda..
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kepada anda..
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (korang bagi 5 fakta & 5 hobi pon boleyy!)
4. Anda perlu memilih penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda..
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag..

Dengan ini aku mahu mentag:-

*ZUL-Zaag
*Tin Kosong
*Syuc
*Miya
*Neng

**::LoVe iS Doesn`t matter.... But, TrueLy RelaTioNShiPs iS aLL i wAnT aBouT...:

Kalau esok org yg kamu syg BISU,apa yg kamu nak dia ucap?

Kalau esok org yg kamu syg PEKAK,apa yg kamu nak dia dengar?

Kalau esok org yg kamu syg BUTA,apa yg kamu nak dia lihat?

Tapi.

Andainya esok org yg kamu syg pergi untuk selama2nya.. ..??

INGATLAH

Tak ada lagi peluang utk kamu bersama2nya.

Renungilah & hargailah dirinya selagi dia masih ada.

LoVe iS Doesn`t matter.... But, TrueLy RelaTioNShiPs iS aLL i wAnT aBouT....

Monday, February 23, 2009

**Tujuh petanda kebahagiaan dunia

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

  1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
  2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
  3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
  4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
  5. Al malul halal, atau harta yang halal
  6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
  7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Sunday, February 22, 2009

** Hari Yang Tak Best

:err:Hari yang tak best arini... kena handle dua kelas.. ustazah tahun 5 tak mai.. uwaaaaaaa... tensen sungguh... Dah la budak2 darjah 5 tu ketegaq sume yang lelaki..walau pon tak sampai 10 orang.. Budak2 aku walau pon ramai takda la degil cmtu sekali.. Dah le lemah2 sume.. nakal je lebih..uwaaaa.... @marahtensen gila seyh... suara aku pon rasa macam hilang dah jerit kat budak2 nie..kalau seminggu camnie,aku rasa teruih ilang suara aku..adoisss...

Pastu ada lagi berita yang berat untuk ku dan famly harungi..doakan kejayaan milik famly ku .. Aminnn..

:err::err::err::err:

**Renungkanlah Sedalam-dalamnya.


Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat.. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Saturday, February 21, 2009

**Bila


Bila boss tak ada di ofis

Bila boss panggil

Bila kene attend meeting

Bila boss suruh gi training


Bila time tea break


Bila nk dekat2 pukul 5ptg

Bila esok hari cuti: 
Bila dpt ‘assignment’ baru dr boss
Bila ‘assignment’ yg boss bg susah giler nk buat
Bila dpt tau adalah mustahil untuk siapkn ‘assignment’ boss

OT untuk 2 jam


OT untuk satu malam

Boss suruh kita buat OT waktu weekend


Bila dah terbuat silap

Bila berjaya ‘perform’ sikit jer

Bila gagal, kecewa nk mati

Bila org finance lambat byr claim staff

Bila dpt tau takder BONUS tahun nih

Thursday, February 19, 2009

**Tabiat yg membunuh karier anda

Terdapat beberapa tabiat buruk yang akan memusnahkan kerjaya anda. Jika tidak dikawal, pasti prestasi kerjaya anda jatuh menjunam.

  1. Datang Lewat : dalam membina kerjaya, disiplin merupakan pokok utama. Lewat ke pejabat, gagal menepati temujanji dengan klien hanya akan melepaskan kerjaya anda.
  2. Bergosip : umpat-mengumpat di pejabat sememangnya menjadi budaya sebahagian daripada kita khususnya orang melayu. Namun, awas sikap bergosip ini tidak membawa sebarang faedah, hanya mengundang konflik yang akan memberi kesan buruk terhadap prestasi kerjaya anda.
  3. Menangguhkan Kerja : sikap sebegini hanya mengundang masalah. Penangguhan kerja akan menyebabkan anda melakukan kerja ala kadar sahaja. Jika dilakukan tergesa-gesa, pasti kualiti kerja terjejas.
  4. Menyalahgunakan Harta Syarikat : menyalahgunakan harta syarikat seperti telefon, mesin cetak dan sebagainya demi kepentingan sendiri adalah harus dielakkan. Berbual di telefon dalam jangka masa yang lama hanya membuat anda leka, kesannya banyak tugasan yang tangguh.
  5. Menolak Tugasan : Sikap memilih tugasan seperti enggan menerima tugasan luar, malas bertemu klien seharusnya dielakkan. Terima apa sahaja tugasan yang diberikan oleh bos anda selagi ia masih dalam skop pekerjaan anda. Sekiranya anda berterusan bersikap memilih, lupakan saja impian untuk cemerlang dalam kerjaya anda.
  6. Girlfriend/ Awek / Makwe : Sms, berchating YahooMessenger, MSNmesenger memanglah seronok terumatama mempunyai kekasih. Kisah romantik, cerita masalah, gurauan ini yang melalaikan. Perkara sebegini tidak perlulah berlaku diwaktu kerja, malah boleh berbincang selepas waktu kerja. Kadang-kadang dunia ‘chating’ juga boleh mendatangkan pergaduhan malah boleh mencacatkan emosi serta idea kita untuk membuat kerja.

Wednesday, February 18, 2009

**Kampung Ku..







...

Matahari petang di tengah bendang



Ini lah dia sawah kepunyaan ayahku.. dah menguning..dalam sebulan lagi dah boleh dituai..
hurm.. memang tenang sangat kalau tengah2 sedih dan susah hati ade kat bendang nie.. tenang dan damai e rasa..tengok bendang..padi menghijau..air dalam tali air..wuuuu... memang best bangat..nikmat wo0o0o0o..meh aa mai kampungku



Sape tak kenal mesin padi nie dia ha mesin padi.ehehhe