Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan.
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”
Lafaz Niat Puasa.
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”
PS: ini hanyalah lafaz niatnya didalam bahasa arabnye sahaja. Tidak menjadi kesalahan Cuma membaca niat di dlm melayu.
Sunday, August 31, 2008
Saturday, August 16, 2008
ToRReNT FeWeTT
aii..kali nie rna nk citer pasal dunia torrent dalam hidup rna..huhuuhh...activiti rna sekarang nie la.. ahakkk..Jom baca sejarah terlibat dengan dunia penorenan :D
Kisah nye bermula bila rna dikenalkan oleh adik,iaitu naim kepada dunia ternet nie..dan dia sertai RDC portal..rilekz dot com.ahahh..DIsini la rna mula kenal dengan mya(lilo) xmen(sempoi) PG.. dan lain2...dalam pada tu jugak rna kenal dengan kimi(kakitorrent) dan zoro..rna ajak la depa nie join RDC nie..kimi cakap best aa..ada redio..bal bal bal..tapi..bila RDC ada masalah dan tak dapat bukak,,macam busan la jugak...kire duk layam chat Ym n myspace jek aa masa tu..
Sampai suatu hari kimi ajak rna join satu site..dia cakap boleh download n ada radio..Dan dia jadik staff kat site tersebut..uhuhu..so,rna pon join la..nama site DUniamu..kat situ pon ada zoro..tak lama pastu..bila nak bukak site DUniamu nie dah tak boleh plak.adess..sunyik pulak pastu...
satu hari terserempak dengan zoro dan tanya die napa da tak boleh bukaka site duniamu...dia pon cakap dah takde..dan dia ajak join satu site lagik..DUniamu punya gak.tapi dah tukar nama..http://torrent.fewett.net .SO,rna pon join la..masuk2 tu memang tataw ape2 pon.apa itu torrent pon memang tatau hape jadah pon..masuk tu.kimi ajar buat avatar..huhuh.memang tak reti langsung nak buat..nak pakai imageshack buat url pon tak reti... Kimi dapatkan pic kat myspace rna dan suro buat URL.huhuhuh....Tengok2 ganbar rina tengah menulis tu la..
Masa tu rna sorg jek yg pakai abatar muka real..malu gak.tpi da tak reti nak carik yang lain,pakai jek la..huhuhuh..Masa tu nampak id pakcik,jeniang,lady eowyn,anairda,kakitorrent,raze,sarkawi..adess,,rindu lak depa ni bila sebut nama depa.dah lama giler tak nampak depa..dan ridu kenangan dlu...
Sambung lagik citer tadi..pastu rna taktahu pon nk download dan upload..asik chat kat SB jek..Tapi rna minat membaca..so activ kat Forum fewett la..SO,,mula2 oin memang suka duka penuh la.dah besa kena baned shout box..banned Forum..huwaaaaaaaa..smpai sekarang masih ingat kena banned.besa la.ai kan laser dan kasaq..anak kg tualang la katakan.ahakkkkk....paling sedih kena banned kat forum walaupon daku tak bersalah..cuma pertahankan pandangan dan tuduhan.huuhuh..sedis wo0o0o..pe nak wat..masa tu kita orang baru.dan bodoh2 lagik...huhuhuh....kena bulikkkk..dan orang yang betanggung jwab banned kat Forum tu adalah ALonggigi...masa tu ai dah kaler kunin dah...iaitu forumteam..huhuhuh
dan pernah majuk kat torrent sebab kena kena banned shout..huhuh ,pastu lama aa tak lepak SB.majuk dan terasa hati..
Masa main2 lepak kat torrent fewett nie,memang tak pernah donlot n upload pon...just sembng SB jek.huhuuhuh..Sampai dalam bulan 9 tahun lepas la rasanya..
SAMbunggggggggggggggggggggggggg....
Tuesday, August 12, 2008
Misteri: Teka-teki identiti Mona Lisa
Teori terbaru mengatakan wanita dalam lukisan Leonardo Da Vinci wajahnya sendiri dalam versi 'kewanitaan'
25mist10a_1 SEBUAH potret lama berusia lebih 500 tahun yang digantung pada satu sudut dinding Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri yang membingungkan ramai pihak sehingga kini.
Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.
Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.
Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar ‘Mona Lisa’ itu siap empat tahun kemudian.
Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.
Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.
Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu.
Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman ‘semisteri’ senyuman Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan
25mist10c Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan makna di sebalik senyuman itu.
Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan senyuman seunik itu.
Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan.
Hasilnya, program ‘pengenal emosi’ itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da Vinci itu berada dalam kondisi bahagia dengan peratusannya ialah 83 peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua peratus marah.
Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan, cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam lukisan itu.
Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya.
Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak dapat dilihat mata kasar, sebelum itu
"Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar," kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis. Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.
Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian berkenaan selepas melahirkan putera kedua.
Selain senyuman unik, satu lagi keistimewaan gaya lukisan Da Vinci menerusi potret berkenaan menyebabkan bebola mata Mona Lisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Mona Lisa untuk mengenalpasti siapa wanita itu sebenarnya.
Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang digunakan bermaksud Madam Lisa.
Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa; selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona Lisa ialah Isabella of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos.
Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
Bagaimanapun, teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.
Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!
FAKTA: Potret Mona Lisa
25mist10d_2
# Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
# Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
# Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah ‘La Gioconda’.
# Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
# Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
# Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.
Friday, August 08, 2008
KeGiaTaN MeMaNCiNg
beberapa hari lalu..dengan famly aku p mancing/mengail kat bendang ayahku..best wo0o0o sebab dapat banyak ikan ..walaupon hanya ikan puyu...Kami pakai umpan anak tebuan yang telah dilengat/dikukus..memang menjadi kegemaran ikan la kalau pakai umpan ni...Ni,beberapa keping gambaq yang adik aku rakamkan... :)
ikan puyu yang di pancing..
Ikan Yang ku pancing..
meniti di titian usang
ikan puyu yang di pancing..
Ikan Yang ku pancing..
meniti di titian usang
Sunday, August 03, 2008
Keindahan Cameron Highlands sukar DiLupakaN
BERKUNJUNG kali kedua selepas pertama kali melakukannya hampir sedekad lalu mengundang seribu satu persoalan. Bahkan diri sendiri tertanya-tanya benarkah dakwaan sesetengah pihak, pusat peranginan tertinggi negara, Cameron Highlands tidak lagi sedingin dan seindah dahulu?
Pastinya, pendakian jalan bengkang-bengkok dari Simpang Pulai, Ipoh yang merupakan laluan baru selain laluan sedia ada melalui Tapah, begitu mengujakan. Toleh saja ke kiri mahupun ke kanan, kehijauan gunung-ganang nyata mengasyikkan pemandangan.
Sampai di Tanah Rata sebelum subuh..Bertolak pukul 9 malam dari Alor Star..Bersama rombongan sebuah bas..
Cameron Highlands yang terletak di Banjaran Titiwangsa begitu popular di kalangan pelancong tempatan dan asing malah rata-rata yang pernah berkunjung pastinya merindui keindahannya.
Dikelilingi kawasan hutan simpan yang tebal, Cameron Highlands yang terletak kira-kira 1,829 meter dari permukaan laut merupakan antara destinasi pelancongan terbaik yang mampu dan mudah dikunjungi oleh semua.
berlatarbelakngkan ladang teh BOH
Terkenal dengan industri penanaman sayurnya, tidak hairanlah hampir di sepanjang perjalanan bermula dari Kampung Raja, batas-batas sayur pelbagai jenis yang diatur cantik kelihatan di kiri dan kanan jalan.
LADANG Teh Boh yang terletak di Sungei Palas dan Bharat Tea Plantation kira-kira 10 kilometer dari Tanah Rata ini masih menghijau seperti dulu.
DI Depan Logo/Lambang Teh Boh
Cantiknya Bharat Tea Plantation
Jika berkesempatan, anda boleh singgah di beberapa ladang sayur yang dibuka khusus untuk pengunjung yang mahu membeli terus produk tanaman yang diusahakan dengan harga yang cukup berpatutan.
Selain itu, kunjungan anda semestinya tidak akan sempurna jika tidak menjengah ke ladang-ladang strawberi yang diusahakan menggunakan teknologi moden hidroponik yang tidak kurang banyak jumlahnya di sekitar Tanah Rata dan Brinchang.
Dengan bunga bungaan wit my best friend and me at strawberry farm,cameron highland
Anda boleh menjamah strawberi segar yang dijual malah berpeluang memetik sendiri strawberi yang dihajati. Harganya bergantung kepada berat buah yang dipetik.
Di strawberi Farm...
mendekati beberapa ladang dan kilang teh yang turut menjual produk mereka dengan harga istimewa. Ia termasuklah
SAYURAN segar terus dari ladang ini dijual pada harga semurah RM10 untuk 18 bungkus!
Ladang Teh Boh di Sungei Palas dan Bharat Tea Plantation kira-kira 10 kilometer dari Tanah Rata. Anda juga boleh menikmati kelazatan teh segar yang panas sambil melihat kehijauan dedaun teh di lerengan.
Lawatan anda juga mungkin tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke pasar harian di Brinchang yang menawarkan pelbagai jenis produk menarik lain seperti kaktus, yang cukup sinonim dengan filem-filem Cowboy.
Di sini juga terdapat deretan kedai menjual bunga seperti ros, kekwa, lili nan mengharum yang dijual dengan harga cukup murah. Sebagai tanda kenang-kenangan, pastikan anda membawa pulang cenderahati pelbagai bentuk seperti pemegang rantai kunci yang boleh diperolehi pada harga serendah RM1.
Dalam perjalanan pulang, anda mungkin terserempak dengan kelibat Orang Asli sama ada di Tapah mahupun Pos Slim di Simpang Pulai yang menjual pelbagai barangan hutan seperti akar kayu, madu lebah asli dan rebung buluh segar.
PENGALAMAN bercuti juga lebih enak jika disulami dengan pembelajaran tentang kelebihan tempat yang dikunjungi.
Pastinya, kunjungan ke Cameron Highlands bukanlah sebarang percutian kerana ia menjanjikan seribu satu keasyikan yang tidak dapat ditemui di kawasan peranginan lain seumpama.
Pendek kata, pengalaman bercuti di Cameron Highlands sememangnya menyeronokkan apatah lagi jika anda sukakan alam semula jadi.