Monday, November 18, 2013

Gambar Villa Nabilla Yang Misteri



LOKASI di mana seorang remaja hilang selepas memasuki banglo tinggal, Villa Nabila sejak 16 November lalu di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang kononnya hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.

 "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan," katanya.

Sementara itu, sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial.

Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.






Credit KING JASON

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino