Monday, May 13, 2013

Hukum Puasa Di Bulan Rejab & Syaaban


Soalan : Pada suatu hari, saya mendengar anda berbicara soal bulan Rejab. Anda mengatakan bahawa tidak terdapat suatu pun hadis sahih dari Nabi s.a.w. berkenaannya. Oleh itu, apakah hukum berpuasa dalam bulan Rejab? Adakah ianya termasuk perkara sunat ataupun bidaah?


 Dr Yusuf al-Qaradhawi menjawab:

Tidak dijumpai pun kenyataan saya berkenaan puasa rejab dalam perbincangan yang didengari oleh saudara. Walau bagaimana pun, saya mengatakan ketika itu bahawa bulan Rejab merupakan sebahagian dari bulan-bulan haram (suci). Berpuasa di bulan-bulan haram adalah diterima dan sunat (Mustahab). Tetapi, tidak terdapat dari Nabi s.a.w. bahawa baginda berpuasa sebulan penuh. Kecuali Ramadhan. Yang paling banyak puasanya adalah bulan Sya`aban, tetapi beginda tidak berpuasa setiap hari, inilah sunnah nabawiyah dalam perkara itu... baginda berpuasa dan tidak berpuasa pada setiap bulan. Seperti mana terdapat dalam sebuah hadis: Baginda s.a.w. berpuasa sehingga kami berkata baginda berpuasa tanpa ada hari baginda tidak berpuasa, lalu baginda tidak berpuasa sehinggalah kami berkata baginda tidak berpuasa. [Hadis Ibnu Abbas Riwayat Abu Daud: 2079] Oleh itu, perbuatan sebahagian manusia yang berpuasa di bulan Rejab secara keseluruhannya, sepertimana yang saya lihat di beberapa negeri sebelum ini, begitu juga yang saya lihat sebahagian manusia yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadhan dan enam hari dalam bulan Syawwal, dan menamakannya dengan “Hari-Hari Putih”, setelah itu barulah mereka tidak berpuasa. Mereka jadikan hari raya pada hari ke lapan dalam bulan Syawwal... menjadikan puasa pada tiga bulan dicampur dengan enam hari secara bersambungan, hanya tidak berpuasa pada hari raya ( Aidilfitri). Perkara ini tidak terdapat (contohnya) dari Nabi s.a.w. mahupun dari para sahabat dan salaf as-soleh. Maka lebih baik berpuasa satu hari dan tidak pada hari lain, tidak berturutan puasa. Setiap perkara itu adalah baik sekiranya mengikut orang terdahulu ( Salaf), dan setiap perkara menjadi buruk apabila direka oleh golongan terkemudian (khalaf). Siapa yang mahu mengikut, dan mengharapkan pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi s.a.w. Tidak berpuasa di bulan Rejab setiap hari , dan juga tidak berpuasa di bulan Rejab setiap hari. Inilah yang lebih utama. Rujuk Kenyataan Asal : al-Qaradhawi.net

 Penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai berpuasa di Bulan Rejab dan Syaaban


 
Soalan:
Banyak kami dengari dari khatib Jumaat – terutama pada awal bulan Rejab – hadith-hadith yang mereka riwayatkan tentang pahala yang besar yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang hanya berpuasa sehari di dalam bulan Rejab. Antara hadith ini ialah: “Rejab bulan Allah, manakala Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Apakah pandangan tuan dengan hadith-hadith sebegini? Apakah hadith-hadith ini sahih? Apakah pula hukum sesiapa yang meriwayatkan hadith palsu yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. kepada orang ramai?
Jawapan:
Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).”(al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.”Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan. Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku.”Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu …  iaitu ianya suatu yang didustai (atas nama Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa solat sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala … semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta. Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur para ulama berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu. “Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.: “Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid. “Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan untuk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid. Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maskudnya):  “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.”(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya). Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu.

1 comments:

ArericH K. on May 13, 2013 at 3:38 PM said...

Hadis2 Palsu Popular berkaitan Fadhilat bulan Rejab

1.“Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku… “

2.“Bahawasanya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai itu”.

3.“Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya’ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.”

4.“Sesiapa yg bersembahyang maghrib pada malam pertama di bulan Rejab kemudian bersembahyang 20 rakaat selepasnya, dia membaca disetiap rakaat surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sekali dengan sepuluh kali salam, nescaya Allah menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan diselamatkan dari azab kubur, dan dia akan melalui sirot seperti kilat tanpa dikenakan hisab dan azab”

5.“Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu – pintuNeraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu – pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan – kejahatannya dengan kebaikan – kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan.”

~Sumber : Fatawa Syeikh Athiyyah Saqr (Jil 3, ms 65, 443, 4762); Lathoiful Maarif, AlHafiz Ibnu Rajab Al Hanbali (Ms 217- 2353); Kasyful Khafa’, Syeikh Ismail Ajluuni4. Tahzirul Muslimin minal Ahadis Al maudhuah, Muhammad bin Al Basyir Al-Azhari5; : Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azm (jil 1/526);

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino