Friday, October 22, 2010

Erti Tangisan Seorang Wanita


Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya
yang dulu.

Selamanya....

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah
.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya
.

Jika seorang wanita pernah menangis kerana mu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupnya.

Jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merusak
kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya....

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang

dirasakannya?


Fikirkan....
Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan keranamu......

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan
Dia menangis,Kerana menangis dengan diam-diam
tidaklah memungkinkan lagi.


Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah anda
lakukan untuknya.

Hanya anda yang tahu jawapannya....
Pertimbangkanlah, Kerana suatu hari nanti,
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk ungkapan 'MAAF'

source:http://yenny910.blogspot.com/2010/10/arti-tangisan-seorang-wanita.html

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino