Wednesday, April 14, 2010

Filem Siam mengenai Empayar Pattani-Langkasuka


Dipetik dari laman blog lain:
Queenoflangkasukaposterri3
Di saat2 industri filem malaysia tgh hanyut & tak muak2 dgn film2
sampah.. lawak… cinta yg tak berkesudahan… Industri filem thai bangkit
lagi dgn sebuah produksi epik sejarah melayu-patani yg aku kira patut
dibikin oleh produksi tempatan. Filem tersebut merupakan sebuah
advencer dan legenda Permaisuri atau Ratu Langkasuka, sebuah kerajaan
Melayu-Pattani di utara tanah air Malaysia. Era keemasan Pattani muncul
setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Empat ratu
telah memerintah Pattani: Ratu Hijau (1584-1616), Ratu Biru
(1616-1624), Ratu Ungu (1624-35) and Ratu Kuning(1635- 86). Sekitar
1688-90, pemerintahan Pattani diambilalih oleh kerabat diraja ,
scenario ini bertukar sekitar tahun 1730 kerabat Pattani datang
memerintah Kelantan. (aku sendiri berketurunan Ratu Kuning). Aku agak
kesal bila filem sebegini tidak dihasilkan oleh produksi tempatan.
Selepas filem Puteri gunung Ledang, seperti tiada lagi initiatif untuk
mengambil elemen2 budaya & sejarah melayu yg masih bertimbun untuk
di tonjolkan di layar perak. Aku dah malas & cukup muak utk
ceritakan tentang senario industri film tempatan sekarang ini..
semuanya sudah sedia maklum… Bila senario ini akan berubah? Bila
pembikin filem merajinkan diri membuat kajian mendalam sebelum
menulis/menghasilka n sesebuah filem? Bila produser berhenti menanyakan
“boleh jual ke filem ni?” dan mula bertanya”ada kualiti ke filem ni?”
Atau memang tak akan berubah sampai bila2 sehingga habis semua khazanah
sejarah, seni & budaya tempatan dikorek/dikikis/ dijilat &
didagangkan oleh produksi luar… Yang sedih gak tu, bila kita lihat
character design diorang, (siap showcase drawing lagi tu!) kita dapati
banyak elemen2 sejagat yang kita pun ada seperti dokoh, pending,
sanggul.. agak sedih sebab kita terkena tempias. Pensyarah aku penah
berkata punca utama rancangan2 realiti dan filem2 seperti yang byk
membanjiri market selera tempatan adalah disebabkan sifat majoriti
bumiputra yang memang cenderung ke arah sorak sore. Sejarah membuktikan
dari asal usul kita memang gemarkan pesta berpesta. Itulah sebabnya
hanya segelintir sahaja yang ghairah tentang ilmu dan benda2 serius
berkait dgn budaya. Lihatlah buku2 ilmiah tentang apresiasi estetik
tradisi dan paling senang pasal persembahan wayang kulit. Semuanya
nama-nama orang asing yang mempelopori sampai menjadi pakar ttg budaya
kita. Walhal orang kita sendiri tak tahu langsung apa yang kita ada.
Agak malu juga sebab “Lanka” ni kita pun kongsi sejarah sejak
perkembangan evangelist epik Ramayana dahulu. (Sri Lanka, Langkasuka,
Langkapuri, Langkawi.. panjang ceritanya) Tengoklah set design diorang.
Bersungguh.. Rasanya situasi ini takkan berubah selagi kita leka
disorong bantal 2 khayal..
Pic04
Pic05

1 comments:

DiagnoVeritas on July 11, 2015 at 2:40 PM said...

Benarkah negara SriLanka ada kaitan dgn Langkasuka?

Terimakasih

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino